"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 08, 2008

Anwar mahu bermu'aruf dengan Umno

PETALING JAYA: Hampir 12 jam selepas didakwa atas tuduhan meliwat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah bermusuh atau membenci Umno.

Sebaliknya, kata bekas Timbalan Presiden Umno itu, beliau akan sentiasa mahu mendekati Umno dengan mengajak para pemimpinnya berma'aruf untuk permuafakatan bangsa Melayu.

Kata beliau, dalam apa keadaan sekalipun kepentingan bangsa Melayu tidak akan diketepikan termasuk dalam apa jua bidang.

"Saya tidak akan berganjak untuk membela kepentingan orang Melayu tetapi dalam masa yang sama tidak akan mengetepikan nasib kaum lain," katanya pada ceramah perdana PKR bertajuk "Pembongkaran Konspirasi: Menjawab Tuduhan" di Taman Medan di sini malam tadi.

Anwar berkata, beliau turut akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini dengan mengetengahkan isu ekonomi.

Katanya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah ditugaskan untuk mengetuai jentera pilihan raya PKR di Permatang Pauh.

Selain Anwar, beberapa peminpin PKR termasuk Azmin dan ahli dewan undangan negeri Taman Medan Haniza Talha turut berucap pada majlis itu yang dihadiri hampir 5,000 orang itu.

Semalam Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun

Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathi Suppiah membenarkan Anwar, yang akan menyambut hari jadinya ke-61 Ahad ini, dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini, didakwa melakukan perbuatan itu antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas di Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

  • Anwar bebas bon peribadi, sebab Saiful tidak didakwa
  • Kronologi detik Anwar muncul di mahkamah

  • -mSTAR Online

    No comments: