"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 07, 2008

Anwar mengaku tidak bersalah

kemaskini 6:31pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menambah, Anwar tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana mahkamah yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Anwar dihadapkan ke mahkamah susulan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808Menurut kertas pertuduhan terhadapnya (lihat carta), Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Beliau keluar dari mahkamah jam 11.10 pagi dengan disambut kira-kira 500 penyokongnya yang berada di beberapa tempat, termasuk di perkarangan kompleks mahkamah dan di luar pintu utama.

Anwar tiba di kompleks mahkamah itu pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Sementara itu, seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata anak guamnya gembira dengan keputusan mahkamah membenarkan jaminan peribadi.

"Ini adalah kuasa mahkamah. Kali ini mahkamah mengambil keputusan yang kuat dan adil. Keputusan jaminan hari ini adil," katanya.

Peluang anak guamnya "bagus" jika sistem kehakiman berjalan adil, tambahnya.

Berdasarkan pertuduhan yang dibuat, Anwar mempunyai alibi kukuh, katanya.

"Kita ada alibi. (Perkara) ini telah diberitahu kepada polis apabila kenyataannya (Anwar) dirakam pada 16 Julai di balai (ibu pejabat polis Kuala Lumpur).

"Jadi, kami tidak faham kenapa dakwaan terhadap Anwar dibuat," kata Sankara.

Menurut peguam lagi, pada tanggal dan masa Anwar dituduh melakukan kesalah itu, anak guamnya berada di kondominium berkenaan bersama lebih kurang lima orang lagi.

"Beliau ada di tempat itu (Desa Damansara Condominium), tetapi ramai orang di sekelilingnya disebabkan mereka ada pertemuan.

"Beliau telah memberikan nama orang-orang itu dan polis telah merakamkannya," kata Sankara.

Ditanya kemungkinan Anwar menghadapi dakwaan lain, peguam itu berkata: "Kalau ada dakwaan, biasanya (dibuat) bersama."

Setakat ini, Anwar diwakili sembilan orang peguam, diketuai Sulaiman Abdullah.

Selain Sankara, peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Kumpulan peguam ini mungkin bertambah, kata Sankara.

Turut hadir di mahkamah pagi ini, peguam-peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan-badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

-malaysiakini

No comments: