"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 07, 2008

Sebutir Peluru Hidup dan Ucap Selamat Hari Jadi

ADA dua perkara yang mungkin tidak disedari oleh ribuan mereka yang berhimpun di kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan sekaligus mengecam tindakan pendakwaan ke atasnya berhubung kes liwat yang dilihat sebagai sengaja untuk menganggui prosesnya perjalanannya menunju ke Parlimen.

Dalam keadaan berasakan di kompleks berkenaan berlaku sebaik Anwar keluar dari mahkamah untuk pulang tiba-tiba sebutir peluru (dipercayai pistol) telah terjatuh dekat arah Nurul Izzah dan bergolek menghampiri kaki ibunya Dr Wan Aizzah Ismail yang juga sedang mengiring Anwar untuk keluar.

Kehadiran perluru berkenaan menjadi tanda tanya, apakah ianya sengaja dilempar ataupun tercicir dari mana-mana anggota polis atau mereka yang membawa senjata berkenaan? Kejadian ini turut disedari oleh ahli Parliemn Batu, Tian Chua yang kemudian memaklumkan kepada polis untuk mengambil dan menyiasatnya!

Sementara itu di dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, hakim SM Komathy Suppiah secara tidak sengaja atau sedar telah mengucapkan selamat hari jadi kepada Anwar Ibrahim. Kejadian ini berlaku ketika hakim berkenaan menyemak butiran diri Anwar dan menyedari mengenai hari jadi anwar jatuh pada 10 Ogos. 10 Ogos nanti Anwar genap 62 tahun.

"Selamat hari jadi," begitulah kira-kira lapaz hakim berkenaan kepada Anwar.

Tanpa prejudis kalau sifat hakim berkenaan ia memberi gambaran bahawa beliau seorang yang berpegang kepada fakta dan peka dengan tarikh. Apakah dengan memberi gambaran mesra begitu hakim berkenaan tidak akan melakukan tindakan ataupun aksi-aksi yang pernah berlaku ke atas hakim yang membiarkan Anwar dalam kes seumpama itu sebelum ini?

Dan semasa berarak untuk peluang saya berjumpa dengan seorang peguam senior yang mengenali hakim berkenaan. Peguam ini membuat sedikit ulasan dan memberi pandangannya berdasarkan pengalaman mengenai hakim itu.

Biarlah saya tidak mencatat apa-apa di sini tentang apa yang diucapkan itu bagi mengelakkan timbul prejudis. Tegasnya bagi saya ulasan peguam berkenaan memberikan harapan tinggi bahawa proses perbicaraan kelak (kalau berlaku) ianya tidak akan meributkan! Dan memang menjadi harapan semua agar Anwar mendapat keadilan. Keadilan paling awal ialah dengan membuang atau pun membatalkan pendakwaan berkenaan!

-MSO

No comments: