"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 07, 2008

BN tetap berusaha walau apa jua cabaran - Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan berusaha sedaya upaya untuk merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini walaupun apa jua sentimen pengundi di kawasan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata para pengundi di kawasan Parlimen itu wajar diberi pilihan dalam menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai wakil mereka di Parlimen.

"Setiap kali ada pilihan raya kecil kita akan bertanding... tidak pernah BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil. Pengundi wajar diberi pilihan siapa yang mereka hendak sebagai wakil mereka," katanya ketika ditanya mengenai keyakinan BN untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos ini manakala pengundian pada 26 Ogos jika terdapat pertandingan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Setakat ini BN belum mengumumkan nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan bahawa nama calon hanya akan ditetapkan selepas perbincangan dengan Umno Bahagian Permatang Pauh.

-mSTAR Online

No comments: