"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 07, 2008

DSAI di Mahkamah

Assalamua'laikum to all,

DSAI telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Jln Duta. KL. Keadaan penuh sesak. Tuduhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan telah dibaca yang DSAI meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 jam 3-4pm di Desa Damansara Kondominium.

Peguamcara Negara Dato Idrus Harun menawarkan jaminan sebanyak RM20,000-00. Peguam utama Hj Sulaiman membantah dan memohon DSAI dilepaskan atas bon peribadi.

Hakim Puan S.M. Komathy Suppiah bertanya kepada Pegawai Penyiasat DSP Jude Pereira yang memberitahu Mahkamah DSAI telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.

Hakim Puan Komathy bertanya kepada Peguamcara Negara apa komen beliau tentang S. 388 Kanun Acara Jenayah untuk melepaskan DSAI atas bon peribadi. Dato' Idrus tak berikan sebarang ulasan cuma menyatakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B adalah tidak boleh dijamin terutamanya kes ini adalah serius.

YA Puan Komathy menyatakan bahawa prinsip perundangan ialah seseorang dianggap tidak bersalah selagi tidak dubuktikan. Oleh itu Hakim membenarkan DSAI dilepaskan dengan bon peribadi RM20,000-00. Bon peribadi maknanya seseorang tu tak perlu berikan duit kecuali kalau dia gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Sebenarnya ini satu sejarah kerana jarang kes seumpama ini diberikan bon peribadi. Saya rasakan Hakim Puan Komathy ni agak berani. Tapi apa yang dibuat adalah menurut undang-undang.

So all out nampak kita di Permatang Pauh.

Adios

-Zulkifli Noordin

No comments: