Datuk Ahmad dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya semalam berhubung kenyataannya bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama seperti Bumiputera.
Tengkarah itu semakin meningkat apabila Datuk Ahmad Isnin lalu memberi amaran agar kaum Cina jangan cuba mencari kuasa politik.
'Kesabaran orang Melayu dan orangIslam ada hadnya. Jangan cabar kami sehingga kami terpaksa bertindak balas,' kata beliau dalam satu sidang akhbar.
'Orang Cina jangan cuba hendak jadi macam orang Yahudi di Amerika. Mereka sudah ada kuasa ekonomi, sekarang mereka mahu kuasa politik pula,' tegasnya.
Menyusuli kenyataan tersebut, Parti Gerakan memutuskan hubungan dengan cawangan Umno Pulau Pinang, sehingga mencetus kebimbangan ia akan melakukan hal yang sama di peringkat kerajaan pusat.
Pemimpin Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam berkata Gerakan akan memutuskan langkah selanjutnya selepas Umno memutuskan apa tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas Datuk Ahmad.
Datuk Seri Abdullah berkata selepas satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa parti itu 'kesal dan marah' dengan kenyataan berkenaan.
Umno, kata beliau, akan membuat keputusan mengenai nasib Datuk Ahmad hari ini (Rabu).
'Tindakan segera akan diambil kerana sebarang kelengahan akan membuat lebih banyak orang jadi marah. Tindakan tegas akan diambil,' kata beliau.
Datuk Seri Abdullah bagaimanapun menegaskan Barisan Nasional tidak akan berpecah dan akan menghadapi semua cabaran secara bersama.
'Kita ibarat pasukan bola sepak. Kita agresif tetapi sama-sama mahukan gol. Kita mahu menang,' tegas beliau.
Namun Datuk Ahmad tetap dengan pendirian tidak akan minta maaf dan berkata orang Melayu 'kecewa' dan 'maruah' mereka kini tercabar.
'Separuh orang Cina berkata saya perkauman tetapi sebahagian besar orang Melayu berkata saya nasionalis yang membela bangsa,' tegasnya.
-KLPOS.com
TP -Aku pulak kata - ngko ni Mat... bongok... sombong... perangai macam hewan liyar... hang kene campak ataih muka bumi ni ade Allah cakap kat hang sempadan ni untuk sape, sempadan ni untuk sape?
Bingai... Allah bagi free, ngko pulak mengaku ni hak melayu, ni hak cina, ni hak india... oi... ngko tuhanke???
