"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 10, 2008

Betul Ke Pak Lah?

KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan bersifat perkauman yang mencetus tengkarah di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Datuk Ahmad dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya semalam berhubung kenyataannya bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama seperti Bumiputera.

Tengkarah itu semakin meningkat apabila Datuk Ahmad Isnin lalu memberi amaran agar kaum Cina jangan cuba mencari kuasa politik.

'Kesabaran orang Melayu dan orangIslam ada hadnya. Jangan cabar kami sehingga kami terpaksa bertindak balas,' kata beliau dalam satu sidang akhbar.

'Orang Cina jangan cuba hendak jadi macam orang Yahudi di Amerika. Mereka sudah ada kuasa ekonomi, sekarang mereka mahu kuasa politik pula,' tegasnya.

Menyusuli kenyataan tersebut, Parti Gerakan memutuskan hubungan dengan cawangan Umno Pulau Pinang, sehingga mencetus kebimbangan ia akan melakukan hal yang sama di peringkat kerajaan pusat.

Pemimpin Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam berkata Gerakan akan memutuskan langkah selanjutnya selepas Umno memutuskan apa tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas Datuk Ahmad.

Datuk Seri Abdullah berkata selepas satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa parti itu 'kesal dan marah' dengan kenyataan berkenaan.

Umno, kata beliau, akan membuat keputusan mengenai nasib Datuk Ahmad hari ini (Rabu).

'Tindakan segera akan diambil kerana sebarang kelengahan akan membuat lebih banyak orang jadi marah. Tindakan tegas akan diambil,' kata beliau.

Datuk Seri Abdullah bagaimanapun menegaskan Barisan Nasional tidak akan berpecah dan akan menghadapi semua cabaran secara bersama.

'Kita ibarat pasukan bola sepak. Kita agresif tetapi sama-sama mahukan gol. Kita mahu menang,' tegas beliau.

Namun Datuk Ahmad tetap dengan pendirian tidak akan minta maaf dan berkata orang Melayu 'kecewa' dan 'maruah' mereka kini tercabar.

'Separuh orang Cina berkata saya perkauman tetapi sebahagian besar orang Melayu berkata saya nasionalis yang membela bangsa,' tegasnya.

-KLPOS.com

TP -Aku pulak kata - ngko ni Mat... bongok... sombong... perangai macam hewan liyar... hang kene campak ataih muka bumi ni ade Allah cakap kat hang sempadan ni untuk sape, sempadan ni untuk sape?

Bingai... Allah bagi free, ngko pulak mengaku ni hak melayu, ni hak cina, ni hak india... oi... ngko tuhanke???

7 comments:

ADI SHAHRIZAN said...

TP,.
Fahami dulu apa yg berlaku.
Komen anda menunjukan anda tidak faham isu sebenar,isu pokok.

Saya sbg org melayu nampak Dato Ahmad sebenarnya memainkan peranannya yg tersendiri dlm mempertahankan hak org melayu.

Sya setuju dato Ahmad diambil tindakan,dipecat atau di ISA kan,tapi jika org bukan melayu masih berani mempersoalkan hak ketuanan melayu, lebih ramai "Dato Ahmad" akan muncul.

Anonymous said...

masaalahnya...apahal nya sampai ngungkit orang cina numpanglah apalah... habis yang mamak ni dtg dari mana....bukan numpang skali kat sini. Macamana mamak boleh jadi melayu ni?. Habis cina baba nyonya kat melaka tu bolehlah kategorikan melayu gak ke sebab budaya mereka dah hampir sama dengan budaya melayu.... cuba try hangpa habaq celah mana mamak2 yang kununnya melayu ni, boleh jadi org melayu... cuba hangpa buat cerita sket tak kira la kisah benaq ka kisah karut ka...cek dok pikiaq lama dah ni... mamak boleh jadi melayu...hemmmm..

Anonymous said...

Bukan ketuanan melayu ditentang tetapi tuan2 melayu dari UMNO lah yang menyebabkan banyak hak2 orang melayu tergadai.. tuan2 melayu yang leka inilah lansung tidak peduli tuntutan rakyat marhain yang kebanyakannya melayu semakin hari semakin dihimpit kesusahan akibat nafsu serakah pemimpin membolot kekayaan dan lemah mentadbir negara.

Anonymous said...

tulah...UMNO yang selama ni gadai ketuanan melayu....tp ramai tak sedar....bahasa melayu dipinggirkan, Islam di permain-mainkan...Islam Hadhari la...pirah la mabuk!!!bini ko suruh pakai tudung elok2 la wei!!!!ptuihhh!!!!!

Nina Nurziana said...

btul beb..aku setuju...
tuan2 melayu yg ameno tuh yg asik nak jadik tuan, atas dasar ketuanan melayu..
tp, melayu lain? terpinggir gak..
sume negare pon ade ketuanan dorg kat negare masing2..
contoh cam american,diberi hak istimewa di america.tp, kalau die pegi australia, die xdpt gak hak keistimewaan wlaupon kulit depa sama putih..
contoh paling baik.education di luar negara.
kalau warganegara depa, murah.
kalau foreigner mahal..
tuh salah 1 lah..
bg aku,mmg bagus ade hak keistimewaan bg bumiputera, ketuanan melayu dan sume2 nih..
tapi..bg la hak tuh sama rata utk suma melayu, bkn utk certain melayu..
sape xnak jadik tuan di tempat sendiri..sume nak beb~
mane lagik kte nak dpt hak ketuanan melayu nih?xkan kat China plak kan??? huhu~

K.I.T said...

Nina daydreamer,..

Contoh hg bagi tu bukan hak ketuanan,.tu hak warganegara. Takkan org amerika nak tuntut sama hak kat australia,..kat mana logic nya??
DiMsia sume warganegara dpt hak yg sama xdak beza,.Hak Ketuanan Melayu suatu yg lain,suatu yg istimewa.

Apa maksud hg "bagi sama rata utk suma melayu"? Cuba bagi ctoh hak melayu yg xsama rata sesama melayu.

Adakah melayu PAS xbleh kje dgn kerajaan BN? atau adakah anak melayu PKR ditolak permohonan masuk U sbb bapak dia PKR?

Aku faham maksud hg projek juta2 tu,.. ok,..katakan gomen nak bagi projek tu kat org melayu mcm aku dan hang,..kita boleh buat ka?

Dah tentu kena bagi pd golongan yg pakar dlm bidang tertentu. Golongan pakar ni plak ramai,bukan sorang dua.Jadi bukak tender suruh sapa yg layak masuk apply la. Bila dah masuk tender xbley duduk diam, klu diam alamat leboh,..kena tawar-menawar, lobi-melobi mmg adat org meniaga. Sapa pandai,cekap dia dapat bergantung kpd usaha dan rezeki.

Tapi apa yg terjadi ialah sapa yg dpt projek terus dituduh kronie wpun mmg xdikenali sbelum tu. Yg tuduh tu sapa? org yg xdpt projek la,..klu dia dpt org lain pula tuduh dia kronie.

Utk projek kecik2 plak,..sendiran standard,.,"hang boleh la dpt projek,hg org UMNO". Bila tanya plak hang nape x apply? hg ada lesen apa? Baru ternganga2,.. baru tya lesen apa? kat mana nak apply?

Bagi saya hak melayu di malaysia semuanya sama tak kira umno,pas,pkr atau xberparti. Usaha dan kerajinan yg penting. Rezeki ditentukan oleh Allah s.w.t. Allah suruh kita berusaha merebut rezeki yg ditaburNya,.bukan dengki dgn rezeki org lain.

Akhir sekali,.jika benar berlaku diskriminasi sesama melayu,jika benar melayu PAS/PR dinafikan hak, bayang selama 51 tahun UMNO/BN memerintah,sejauh mana mrk ditinggalkam,..

wallahhu a'lam

Nina Nurziana said...

hak warganegara yek?
abis cina warganegara msia, asal xdpt masuk uni tempatan? asal byk muke melayu je? kan ke itu hak ketuanan/keistimewaan org melayu?
org putih kat us dpt hak lebih dari org itam kat us..
sbb ape?sbb ketuanan lah...
org yg asal situh, dpt lebih sket..
samada hak tuh dibahagi sama rata atau x pade sume melayu?

1-kerja kerajaan
kalau xde kabel atau kaki, jgn haraplah nak dpt kerja kerajaan..

2-uni tempatan
lepas komplen panjang berjela pon,
kalau nak mintak tukar, xde kaki,
xde melobi, jgn harap la nak dpt..

so0o0..mane hak sama rata tuh?

cine dpt peluang, die wat tul2..
letak je 1cine kat 1 uni..
die blaja tul2 pastuh bukak kompeni..ingat die nak kasik melayu keje?????die amik cine dulu beb...pastuh melayu 2-3 kerat..

melayu dpt kontrak bilion?
ape die wat?
kasik cina la..ape lagik..
dan cine kasik cine lain dan suma cina..
cina dpt kontrak bilion?
nak pandang melayu?
harapan anda mmg tipis lah kan...

jadik kat sinih...nak bgtau lah kan..
cine nih,..bkn bgus sgt pon...
cume org melayu nih, suke sgt melebihkan depa nih...
hak melayu sendrik xterbela...