"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 10, 2008

Penyakit Lembu Gila Menyerang Pulau Pinang

Kenyataan akhbar Kesatuan Nasi Kandar dan Nasi Bungkus Pulau Pinang telah meminta masyarakat Pulau Pinang agar jangan ‘memboikot’ warong dan restaurant nasi kandar.

Kenyataan ini juga telah menafikan yang ahli-ahli mereka terlibat dalam penjualan kari daging yang diberitakan telah membawa ‘ mad cow disease’.

Khabar-khabar angin tentang nasi kandar adalah punca ‘mad-cow disease’ ini bermula apabila orang ramai terutama penduduk Pulau Pinang melihat kelakuan seorang yang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang mamak telah melocat-loncat dan mengoyak-ngoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sir Richard Gelimard pakar perubatan dari Holborn Hospital London telah menerangkan bahawa Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), lebih di kenali sebagai Mad-Cow Disease (MCD), amat bahaya dan boleh membawa maut.

Menurut Sir Gelimard yang telah menyelidiki penyakit ini semenjak tahun 1986 berkata bahawa tanda-tanda awal penyakit ini ialah meloncat-loncat dan menyiat-nyiatkan kertas-kertas. Kadang kala orang yang di hinggapi oleh penyakit ini akan menjerit beramai-ramai.

Berita yang masih belum di sahkan ini masih lagi sedang mencari siapakah dia lelaki yang terjerit-jerit dan terloncat-loncat itu. Adakah ianya Melayu atau Mamak.

-Tukar Tiub

No comments: