"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 10, 2008

Samseng Pulau Pinang Digantung Ahli 3 tahun (sahaja)

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau perkauman bulan lalu.

Pada masa yang sama, MT Umno mahu parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain mengambil tindakan sedemikian pada masa depan.

Ia diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.

Malah, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu dan terdesak terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan kaum.

Semalam, pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan mereka tidak boleh terima kenyataan Ahmad mengenai kaum Cina negara ini.

Semua semua pemimpin parti komponen telah memberikan pandangan masing-masing terhadap isu berkenaan dan mereka semua sebulat suara mahu Umno mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Semalam BN mengambil pendirian bahawa oleh kerana Ahmad adalah pemimpin Umno, maka hanya Umno yang boleh mengambil tindakan terhadapnya mengikut prosedur sedia ada.

Ahmad telah mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas bahawa masyarakat Cina ialah pendatang di negara ini, dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara

Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah "Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.

Mereka berada di hadapan Menara Datuk Onn itu selama hampir 10 minit sebelum bersurai sebaik Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sampai untuk mempengerusikan mesyuarat khas MT pada kira-kira jam 2.45petang.

-mSTAR Online

2 comments:

Anonymous said...

Mat... aku memang sokong kau mempertahankan kedudukan dan keistimewaan orang melayu dari dirampas bangsa asing. Tapi Mat aku tak boleh ikut cara kau mengamok tunjuk kehebatan melayu. Orang melayu zaman sekarang guna kepala otak untuk tundukkan pihak lawan.

Contohnya, kau tengok melayu PKR lawan melayu UMNO ….! Hanya dengan dengan tarikh 16hb. september saja, UMNO jadi huru hara. Ini menunjukkan akal orang melayu hebat, Mat…!! Akal penipu….he..he..he..Kalau kau ada idea untuk menyatukan melayu PKR,PAS,UMNO, aku dan anak buah aku akan sokong kau Mat…..Hidup Melayu!!

Anonymous said...

MAT BERAPA PAK LAH JOLOK HANG BESAQ TAK POJEK HANG DAPOAT, MAKAN TAK ABIS NOO! TAPI KESIANLAH DRAMA SWASTA HANG NGAN SUKUN TAK MENDPT PERHATIAN DR DAP & PKR PASAI KALAU DEPA JOINT SEKAKI HARI TU KONFIRM KENA ISA PUNYA, MASA TU HANPA BERDUA DAH CABUT KAT OBERSI DAH.