"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 10, 2008

Ghani Pun Nak Merc Jugak

JOHOR BAHRU 9 Sept. - Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 juta bagi menyenggara 15 kereta rasmi kerajaan negeri jenis Proton Perdana Executive bagi tempoh empat tahun sejak 2005.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kenderaan itu digunakan oleh beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan, Exco-exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

"Kos keseluruhan penyenggaraan itu adalah RM962,261 dalam tempoh empat tahun.

"Kos penyenggaraan pada tahun 2008 sebanyak RM341,268, 2007 (RM345,502), 2006 (RM169,163) dan 2005 (RM133,651)," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang dan ADUN Sungai Abong, Sheikh Ibrahim Salleh pada persidangan DUN Ke-12 di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, kenderaan tersebut adalah dengan nombor pendaftaran JDT 1 hingga JDT 13 dan JCS 1 dan JCS 2 yang dibeli pada tahun 2004 hingga 2006 dengan harga kira-kira RM117,000 sebuah.

-Utusan Malaysia Online

TP - Keh keh keh keh keh... ala Ghani... hang habaq je la hang pun nak pakai Merc jugak... tak yah la pakai trik lama ni... straight to the point je... apa ada hal? UMNO boleh..!

No comments: