Kata Mukhriz - Umno perlu mengkaji dan membuat andaian mengenai mengapa golongan muda kini mempunyai minat untuk mendaftar sebagai pemilih.
"Kita pasti ada sesuatu yang mendorong mereka untuk mendaftar dan ini sudah tentu disebabkan kesedaran politik yang terlahir daripada golongan muda ini,"
Syed Hamid pulak (nak muntah tiap kali baca nama ni) menyarankan supaya Umno memahami minat golongan muda agar mereka sentiasa merasakan Umno sebagai sebuah parti yang mudah didekati.
"Mula-mula kita perlu tahu kehendak dan kemahuan mereka agar mereka sedar bahawa Umno sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
"Inilah proses awal peremajaan Umno kerana Umno perlu mendapat sentuhan golongan-golongan muda,"
Kata pemimpin-pemimpin UMNO pulak - 'Jangan terlepas pengundi muda baru ke tangan pembangkang'
Kata aku pulak - memang golongan muda sekarang penuh dengan kesedaran. golongan muda hari ini telah sedar bahawa nasib dan masa depan negara Malaysia tidak akan kemana dan tidak akan berkembang dibawah parti totok UMNO dan gabungannya Barisan Nasional.
Golongan muda hari ini sedar bahawa apa yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan oleh UMNO selama ini hanyalah sekadar "retorik" dan juga hanya sekadar "gula-gula" politik yang tidak akan membawa Malaysia kemana-mana malah semakin hari semakin galak UMNO menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini.
Yang lebih jelas lagi pada golongan muda hari ini ialah betapa rakusnya UMNO menjahanamkan institusi keagamaan.UMNO tidak pernah cuba untuk mengangkat agama Islam ketempat yang sepatutnya malah UMNO mereka-reka pula sistem Islamnya sendiri dibawah label "Islam HadHari" yang amat mengelirukan masyarakat.
Sudahlah institusi agama dipermainkan sebegitu rupa tanpa malu, segan dan perasaan takut kepada "Pencipta" malah UMNO galak juga menyuburkan maksiat disana-sini sehingga jika dilihat pada golongan muda hari ini, ramai yang kecundang dilorong-lorong dikhayalkan dengan racun dunia, ramai juga yang hanyut dikelab-kelab malam saban hari menikmati minuman "khayal" hasil dari istana syaitan dan macam-macam lagi.
Apa yang UMNO usahakan untuk sekurang-kurangnya mencegah dari orang-orang Islam murtad?
Apa yang UMNO usahakan untuk menaikkan ekonomi orang-orang Islam? (UMNO cuma ada DEB untuk orang "melayu" tetapi UMNO lupa bukan semua orang "melayu itu beragama Islam dan UMNO juga lupa bukan semua yang beragama Islam itu "melayu")
Apa yang UMNO usahakan untuk memartabatkan Islam di Malaysia?
Apa yang telah UMNO lakukan selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia?
Golongan muda bakal pengundi baru memerhatikan semua itu selama ini dan hanya menunggu masa untuk meluahkan "rasa" mereka diatas "sekeping kertas bermaruah" iaitu kertas undi.
Kemana UMNO selepas PRU13??? mampukah lagi UMNO meninggi diri???

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, November 14, 2008
Malaysiakini - Malaysia Memang Negara Yang Memeningkan...
Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.
Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.
''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.
''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.
Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.
TP - tambah pening hidup aku sebagai rakyat Malaysia... apa yang aku tengok melalui video tu, ianya bukanlah "rakaman" (mustahil untuk merakam seksaan kubur) sebaliknya hanyalah "lakonan" dan ianya memang menimbulkan kesedaran kepada yang menontonnya...
Sekali lagi aku dalam dilema... apa pula kata ulama-ulama, mufti-mufti, majlis fatwa dan juga ilmuan-ilmuan agama yang lain-lain ya???
Jangan la dok tambah pening umat Islam di Malaysia ni... adui... penat sungguh...
Sementara itu, mengulas mengenai fatwa pengharaman pengkid, Dr. Asri berkata, Majlis Fatwa perlu menyemak kembali fatwa tersebut kerana kemungkinan ada pihak termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merasakan ada kewujudan pilih kasih dalam fatwa tersebut.
Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard.
''Kita mengetahui kes lelaki lembut menyerupai perempuan lebih banyak daripada kes pengkid yang ada kalanya perlu dicari dan diselidik dengan teliti.
''Bagaimanapun, bagi kes lelaki lembut menyerupai perempuan ini saya berpendapat ia lebih ramai daripada pengkid... kalau ingin haramkan adalah lebih diharamkan kedua-duanya," jelasnya.
TP - bab fatwa ni pulak bagi aku, majlis fatwa tak perlu nak menyemak kembali fatwa pengkid yang dah dikeluarkan tu... apa yang perlu majlis fatwa buat ialah menetapkan pula fatwa bagi pelaku-pelaku mak-nyah dan juga lelaki-lelaki gay yang diketahui umum semakin berleluasa di Malaysia.
Apa kata majlis?

Berapa Banyak Tangguh Daaa...???
Pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.Jumaat lalu Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Komathy memutuskan bahawa perintah pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.
Katanya, kes itu menimbulkan situasi yang unik di mana pembabitan peguam negara akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran keadilan jenayah.
Bagaimanapun, pagi ini, pihak pendakwa mengemukakan permohonan kepada Komathy supaya tidak menetapkan tarikh perbicaraan kes ini sehingga rayuan mereka terhadap keputusannya itu, diputuskan.
Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu. Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.
Komathy belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan pihak pendakwa itu.
-malaysiakini
Anwar's sodomy trial faces further delay
breaking news Anwar Ibrahim's sodomy trial looks set to be delayed again following an application by the prosecution today for a stay of proceeding pending their application to appeal for the matter to be moved to the High Court.
The Sessions Court this morning was to have fixed a date for the trial to be heard before Sessions judge SM Komathy Suppiah.
Last Friday Komathy had dismissed an application by the prosecution to have the case transferred to the High Court.
Her ruling was based on her finding that the transfer order signed by Attorney-General Abdul Gani Patail was invalid.
"This case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice," she had said.
However the prosecution had filed an appeal against the decision on Nov 11.
This morning the prosecution applied to Komathy not to fix a date pending their appeal against her decision.
Anwar's lawyers have objected the stay application. They have also complained that they have not received several documents from the prosecution as promised last week.
Lead prosecutor Yusof Zainal Abiden however gave his undertakings that the documents would be given soon.Komathy has not decided on the prosecution's application for a stay.
Anwar was charged three months ago with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
If convicted, he could face up to 20 years in jail. He is currently out on a RM20,000 personal bond.

MINYAK WAJIB SEGERA TURUN BAWAH PARAS RM1.92
Hari ini harga minyak dunia sudah mencecah bukan lagi paras $70 USD setong...tetapi sudah berminggu mencecah di bawah harga $65-60 USD setong....harga minyak kita sepatutnya sudah turun di bawah paras harga RM1.92...tetapi menteri rambut putih dgn selumbernya menipu rakyat terutamanya mereka yang taksub dgn UMNO...kepala hotak berselut hanya fikirkan projek tebas rumput,cuci parit & longkang...tetapi kepala hotak depa yang tak di cuci dgn statement bengong Menteri UMNO nih...
Kita juga ada menyaksikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak naik mendadak hanya bersifat sementara walaupun di sangkal oleh menteri air liur saberi chik...hari ini sudah terbukti,tetapi mereka juga lupa sebab lumpur2 di dalam kepala mereka masih ingatkan projek longkang & parit....ibu2 tunggal & org2 kampung masih mengharapkan kain batik & pelikat dari UMNO sewaktu kempen pilihanraya...hinggakan tidak memberi ruang kepada akal & minda mereka berfikir secara waras...
Kelmarin,bekas perdana menteri yang mereka sanjung dulu sampai skrg sudahpn mengeluarkan kenyataan bahawa dalam perlembagaan Perdana Menteri Malaysia tidak semestinya MELAYU...mana dia pemimpin2 UMNO yang sibuk bertumbok,baling kerusi dalam Mesyuarat UMNO & Berdemo bila kerajaan baru PR pulau pinang nak hapuskan DEB,yang telah terhapus pada awal 90-an serta mempelbagaikan bahasa papantanda di kawasan perlancungan.....mana mereka ini...di mana mereka ini?WOI UMNO!!!
Melayu Mudah Lupa?Melayu Sudah Lupa?Melayu Buat2 Lupa...atau memang hampa puaka2 yang hanya jaga perut,serta bawah perut...penting diri...mulut bagaikan najis melaungkan HIDOP MELAYU....walhal kamulah pelingkop AGAMA,BANGSA & TANAHAIR...aku cabar orang2 UMNO....jgn nanti berdalih kata madey nyanyok sudah...aku dh jemu dgn alasan paklah tido,mahadey nyanyok...apa bezanya Najib-skandal yang bakal di tabalkan UMNO sebagai PM yang ke-6?
Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter
Bukan itu saja....rakyat malaysia yang menyokong atau taksub dgn parti UMNO...lupa bahawa kita negara pengeluar minyak....minyak yang banyak dgn pelaburan bijak petronas dgn membuka pelaburan hingga luar negara...sepatutnya rakyat negara kita tidak di cengkam dgn kenaikan yang menyebabkan semua golongan dari atasan hingga bawahan membayar kenaikan minyak serta harga2 barang keperluan dgn kesan jangka panjang tidak di sedari oleh semua pihak apabila golongan kapitalis (pemodal besar) ini mengaut keuntungan yang berlipat ganda hasil kenaikan bahan bakar itu...Bila Naik harga Minyak tak mahu pikir rakyat terbanyak... bila nak turun,kerajaan pikir Peniaga Stesen Minyak & Kapitalis (Pemodal Besar)... ADILKAH macam ni?
Kita juga ada menyaksikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak naik mendadak hanya bersifat sementara walaupun di sangkal oleh menteri air liur saberi chik...hari ini sudah terbukti,tetapi mereka juga lupa sebab lumpur2 di dalam kepala mereka masih ingatkan projek longkang & parit....ibu2 tunggal & org2 kampung masih mengharapkan kain batik & pelikat dari UMNO sewaktu kempen pilihanraya...hinggakan tidak memberi ruang kepada akal & minda mereka berfikir secara waras...Wujud juga media perdana & cybertrooper BN yang memutar belit fakta2 pemimpin pakatan rakyat serta menyanggah beberapa isu bagi melupakan rakyat yang kepala hotak penyokong UMNO yang berselut lagi jijik dgn pemikiran sempit....terutamanya isu2 mengenai perkauman,agama & lain2...walhal,merekalah yang memusnahkan semuanya....bahasa melayu...hancur....islam hanya nampak pada acara tahunan tilawah & sambutan maal hijrah...lain2 hancur dalam senyap...
Kelmarin,bekas perdana menteri yang mereka sanjung dulu sampai skrg sudahpn mengeluarkan kenyataan bahawa dalam perlembagaan Perdana Menteri Malaysia tidak semestinya MELAYU...mana dia pemimpin2 UMNO yang sibuk bertumbok,baling kerusi dalam Mesyuarat UMNO & Berdemo bila kerajaan baru PR pulau pinang nak hapuskan DEB,yang telah terhapus pada awal 90-an serta mempelbagaikan bahasa papantanda di kawasan perlancungan.....mana mereka ini...di mana mereka ini?WOI UMNO!!!
Melayu Mudah Lupa?Melayu Sudah Lupa?Melayu Buat2 Lupa...atau memang hampa puaka2 yang hanya jaga perut,serta bawah perut...penting diri...mulut bagaikan najis melaungkan HIDOP MELAYU....walhal kamulah pelingkop AGAMA,BANGSA & TANAHAIR...aku cabar orang2 UMNO....jgn nanti berdalih kata madey nyanyok sudah...aku dh jemu dgn alasan paklah tido,mahadey nyanyok...apa bezanya Najib-skandal yang bakal di tabalkan UMNO sebagai PM yang ke-6?Aku harap,kalau minyak masih tidak turun....Sebelum atau pada perhimpunan Agong UMNO nanti...rakyat akan Bangun Dengan Kekuatan ker Pejabat2 YB BN nyatakan hasrat menolak kepimpinan yang ada serta menyokong pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat...
Dibawah ini ialah Statement Bangang seorang Menteri rambut putih UMNO-yang pastinya aku bukan Menantu Raja Gula Malaysia hidup senang jika harga minyak mahal
Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum
“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam
Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak (khakk ptuihhh 78sen tak mendadak).“Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan
Bravo Musa Hassan Tapi Aku Musykil La...
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.
Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.
"Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini.
Beliau berkata tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.
"Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati," katanya.
Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan.
"Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya," katanya.
Beliau berkata polis sentiasa memerlukan kerjasama Jabatan Agama Islam dan jabatanjabatan lain untuk mendapatkan maklumat terutama berhubung isu yang boleh mengugat keselamatan negara dan agama Islam.
Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan "pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.TP - Pertama kali aku cukup-cukup bersetuju dan menyokong 100% kenyataan Musa Hassan. aku sokong supaya tindakan dikenakan kepada pendemo-pendemo yang tak reti bahasa ni...
Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa hanyalah untuk mereka yang beragama Islam... hangpa yang bukan Islam tak payah la nak melatah tak tentu hala...
Kalau dah agama hangpa tak larang benda-benda gitu, hangpa go-on jela... lain la hangpa ada niat nak masuk agama Islam... kalau ada niat nak masuk agama Islam tapi tak sedia nak terima sebarang fatwa dari majlis fatwa kebangsaan, baik hangpa batalkan je niat nak masuk Islam tu...
Pahamkan ajaran Islam betul-betul baru boleh nak melatah.
Entah-entah ada yang jadik "tukang cucuk" kot dekat belakan hangpa ni... siapa ye? apa agendanya? "perpaduan kaum" ke? musykil jugak tu...
Musykil sebab tengok dalam video tu, budak-budak je yang dok berdemo... biasenya bebudak ni senang sangat "dipergunakan" untuk kepentingan...
Lagi pulak aku musykil... awat masa depa buat demo tu tak de pun polis dekat situ? kalau ikut rakaman video tu, separuh dari Kuala Lumpur depa pusing... polis tak tau ke?
Musykil sungguh...
Najib Mahu Anggota Umno Contohi Semangat Perjuangan Veteran
IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para anggota Umno kembali kepada nilai-nilai asas iaitu mengutamakan perjuangan parti jika mahukan Umno kembali kuat dan menebus kekalahan pada pilihan raya umum lepas.
"Kita perlu kembali kepada asas dan nilai perjuangan... parti lebih penting daripada kepentingan diri," katanya semasa mrasmikan Perhimpunan Agung kedua Veteran Umno Malaysia di sini Khamis malam.
Timbalan Presiden Umno itu berkata bagi Umno mengembalikan kekuatan dan untuk membela kekalahannya, Umno perlu kembali kepada imejnya yang dihormati oleh semua pihak.
"Tidak guna jika menang ketua bahagian atau apa-apa jawatan jika DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen kita kalah... berjuanglah dengan jujur dan ikhlas," kata Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata nilai dan semangat perjuangan yang dimiliki oleh anggota veteran Umno menjadi contoh terbaik kepada generasi sekarang.
"Umno dulu mempunyai nilai perjuangan berkorban apa sahaja kepada parti, kepentingan diri diketepikan. Dulu tidak ada istilah salam kosong atau salam berisi, yang ada hanya salam perjuangan," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 200 perwakilan yang hadir.
Najib berkata ahli Umno dulu berkorban tenaga dan harta untuk perjuangan dan nilai seperti itu perlu diikuti dan diamalkan oleh generasi sekarang yang merupakan generasi pewaris atau penyambung perjuangan.
Najib berkata semangat yang ditunjukkan oleh veteran Umno perlu dicontohi dan peranan mereka tidak seharusnya diketepikan dan jangan sekali-kali dianggap sebagai tidak berguna ibarat "manisan yang sudah habis".
Katanya anggota veteran merupakan satu kumpulan yang membawa kekuatan kepada Umno kerana mempunyai semangat perjuangan membara.
"Tidak bermakna umur 30-an dan tenaga kuat tetapi perjuangan yang mengalir di dalam darah tidak tulen dan sejati, " ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Veteran Umno Malaysia Tan Sri Tajudin Ali dan dua naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Thursday, November 13, 2008
S'gor bantu penghuni PPR bayar sewa
Kerajaan Negeri Selangor akan membantu golongan yang tidak berkemampuan yang tinggal Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menyelesaikan masalah sewa mereka.
Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kerajaan negeri yang prihatin terhadap kebajikan dan keselesaan rakyat, begitu komited untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul ekoran daripada kenaikan kadar sewaan bagi PPR.
"Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.
Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Selain itu, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri juga akan mempertingkatkan pengurusan dan penyelenggaraan di sesetengah PPR yang dirasakan kurang sistematik.
Langkah itu, tambahnya, bagi memastikan kediaman yang disediakan adalah selesa serta setimpal dengan nilai sewaan yang dibayar oleh penghuninya.
Sejajar dengan matlamat tersebut, katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan satu perbadanan pergurusan bagi mengawal selia dan mengurus semua PPR di Selangor.
Ia bertujuan untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perumahan terlibat dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu agi, kerajaan negeri akan sentiasa memantau bagi mengelakkan dari adanya pihak yang tidak layak, cuba mengambil kesempatan untuk bantuan yang diberikan.
"Kerajaan negeri akan senantiasa memantau dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sengaja membuat bayaran lewat atas alasan tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya berkemampuan," katanya.
-malaysiakini
"Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.
Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Selain itu, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri juga akan mempertingkatkan pengurusan dan penyelenggaraan di sesetengah PPR yang dirasakan kurang sistematik.
Langkah itu, tambahnya, bagi memastikan kediaman yang disediakan adalah selesa serta setimpal dengan nilai sewaan yang dibayar oleh penghuninya.
Ia bertujuan untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perumahan terlibat dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu agi, kerajaan negeri akan sentiasa memantau bagi mengelakkan dari adanya pihak yang tidak layak, cuba mengambil kesempatan untuk bantuan yang diberikan.
"Kerajaan negeri akan senantiasa memantau dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sengaja membuat bayaran lewat atas alasan tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya berkemampuan," katanya.
-malaysiakini
Rakyat Boleh Nilai Tindakan Kasar MB Perak Terhadap Jurugambar... Betul Ke Berita Ni?
KOTA BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Tindakan kasar Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya semalam membuktikan sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan ini akan dinilai rakyat negeri itu, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Tunjuklah kepimpinan contoh yang mereka laungkan sebelum ini. Sebelum ini amat mudah tuduh kita apabila mereka tidak menjadi kerajaan tetapi bila perintah negeri, lain pula jadinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini hari ini.
Mohammad Nizar dilaporkan bertindak sedemikian selepas jurugambar, Mohd Najib Mohd Nor, 28, merakamkan gambarnya menerima surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Mohammad Nizar juga dilaporkan telah mengherdik Mohd Najib dan memanggil jurugambar itu dengan panggilan "woi" bagi meminta diserahkan kad memori kameranya.
Hishammuddin berkata sikap sedemikian tidak akan diterima rakyat dan Pakatan Rakyat akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.

Kumpulan Pertama 353 Jemaah Haji Terengganu Berlepas Ke Madinah
KUALA TERENGGANU, 13 NOv (Bernama) -- Kumpulan pertama 353 jemaah haji dari Terengganu berlepas terus ke Madinah melalui penerbangan sulung MAS KT39 tengah hari tadi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.
Pengurus Besar (Kajian dan Pembangunan Haji) Tabung Haji, Sharuddin Abu Bakar berkata, kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 3,000 jemaah dari negeri ini yang tersenarai untuk mengerjakan haji tahun ini.
"Penerbangan ini mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan penerbangan pertama yang berlepas dari LTSM terus ke Madinah dan untuk musim haji kali ini sebanyak lapan penerbangan dijadualkan berlepas secara terus dari LTSM," katanya.
Beliau menghadiri majlis meraikan jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah di Stadium Tertutup Gong Badak, yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Yang turut serta ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Penerbangan Malaysia Tengku Azmil Zahruddin.
Sharuddin berkata penerbangan terakhir dari Terengganu ialah pada 13 Nov.
Katanya walaupun ini merupakan kali pertama jemaah haji diterbangkan terus ke Madinah dari LTSM, namun setakat ini Tabung Haji tidak mengalami sebarang masalah untuk urusan pendaftaran masuk jemaah haji.
"Setakat hari ini semua berjalan lancar, cuma terdapat sedikit masalah pergerakan jemaah haji yang agak lambat ke Stadium Tertutup Gong Badak yang menjadi tempat berkumpul sebelum mereka dibawa menaiki bas ke LTSM," katanya.
Beliau menasihati jemaah haji dan waris mereka supaya datang sejam lebih awal dari jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan trafik ditambah dengan keadaan cuaca hujan pada waktu ini.
Sementara itu tinjauan Bernama mendapati urusan daftar masuk jemaah haji di Stadium Tertutup Gong Badak berjalan lancar dengan bantuan kakitangan Tabung Haji, polis dan Malaysia Airport Berhad.
Rata-rata jemaah haji yang ditemui gembira dengan penerbangan terus itu.
Che Tom Abdullah, 73, dari Batu Rakit dekat sini berkata, dengan penerbangan terus itu ia banyak memudahkan jemaah haji dari pantai timur terutama bagi warga emas sepertinya.
"Kalau dahulu kena susah payah pergi ke Kelana Jaya ataupun Kuantan terlebih dahulu, terpaksa keluar belanja yang lebih, tetapi sekarang tidak perlu lagi kerana dapat terbang terus dari sini. Ia banyak menjimatkan belanja," katanya.
Beliau yang mengalami kecacatan di kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1990, kali pertama mengerjakan haji tahun ini setelah menolak tawaran pertama pada tahun 1999 ekoran kecacatan yang dialaminya akibat kemalangan itu.
Che Tom ke tanah suci dengan ditemani isterinya Mek Ngah Jusoh, 71 dan anak keenam mereka Che Mansor Che Tom, 36.
Muzlifah Othman, 39, dari Dungun turut gembira dengan adanya penerbangan terus itu.
"Ia banyak memudahkan jemaah haji dari Terengganu dan tidak perlu lagi bertolak sehari atau dua hari lebih awal. Saya sendiri bertolak pukul 6 pagi dari Dungun bersama suami masih sempat untuk datang ke sini," katanya.
Beliau akan menunaikan haji bersama suaminya Mohamad Zulkahar Din, 42, dan anak bongsu mereka yang masih menyusu badan yang berumur setahun 10 bulan, Mohamad Zul Andrean Iskandar.

Subscribe to:
Posts (Atom)