KUALA TERENGGANU, 13 NOv (Bernama) -- Kumpulan pertama 353 jemaah haji dari Terengganu berlepas terus ke Madinah melalui penerbangan sulung MAS KT39 tengah hari tadi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.
Pengurus Besar (Kajian dan Pembangunan Haji) Tabung Haji, Sharuddin Abu Bakar berkata, kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 3,000 jemaah dari negeri ini yang tersenarai untuk mengerjakan haji tahun ini.
"Penerbangan ini mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan penerbangan pertama yang berlepas dari LTSM terus ke Madinah dan untuk musim haji kali ini sebanyak lapan penerbangan dijadualkan berlepas secara terus dari LTSM," katanya.
Beliau menghadiri majlis meraikan jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah di Stadium Tertutup Gong Badak, yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Yang turut serta ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Penerbangan Malaysia Tengku Azmil Zahruddin.
Sharuddin berkata penerbangan terakhir dari Terengganu ialah pada 13 Nov.
Katanya walaupun ini merupakan kali pertama jemaah haji diterbangkan terus ke Madinah dari LTSM, namun setakat ini Tabung Haji tidak mengalami sebarang masalah untuk urusan pendaftaran masuk jemaah haji.
"Setakat hari ini semua berjalan lancar, cuma terdapat sedikit masalah pergerakan jemaah haji yang agak lambat ke Stadium Tertutup Gong Badak yang menjadi tempat berkumpul sebelum mereka dibawa menaiki bas ke LTSM," katanya.
Beliau menasihati jemaah haji dan waris mereka supaya datang sejam lebih awal dari jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan trafik ditambah dengan keadaan cuaca hujan pada waktu ini.
Sementara itu tinjauan Bernama mendapati urusan daftar masuk jemaah haji di Stadium Tertutup Gong Badak berjalan lancar dengan bantuan kakitangan Tabung Haji, polis dan Malaysia Airport Berhad.
Rata-rata jemaah haji yang ditemui gembira dengan penerbangan terus itu.
Che Tom Abdullah, 73, dari Batu Rakit dekat sini berkata, dengan penerbangan terus itu ia banyak memudahkan jemaah haji dari pantai timur terutama bagi warga emas sepertinya.
"Kalau dahulu kena susah payah pergi ke Kelana Jaya ataupun Kuantan terlebih dahulu, terpaksa keluar belanja yang lebih, tetapi sekarang tidak perlu lagi kerana dapat terbang terus dari sini. Ia banyak menjimatkan belanja," katanya.
Beliau yang mengalami kecacatan di kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1990, kali pertama mengerjakan haji tahun ini setelah menolak tawaran pertama pada tahun 1999 ekoran kecacatan yang dialaminya akibat kemalangan itu.
Che Tom ke tanah suci dengan ditemani isterinya Mek Ngah Jusoh, 71 dan anak keenam mereka Che Mansor Che Tom, 36.
Muzlifah Othman, 39, dari Dungun turut gembira dengan adanya penerbangan terus itu.
"Ia banyak memudahkan jemaah haji dari Terengganu dan tidak perlu lagi bertolak sehari atau dua hari lebih awal. Saya sendiri bertolak pukul 6 pagi dari Dungun bersama suami masih sempat untuk datang ke sini," katanya.
Beliau akan menunaikan haji bersama suaminya Mohamad Zulkahar Din, 42, dan anak bongsu mereka yang masih menyusu badan yang berumur setahun 10 bulan, Mohamad Zul Andrean Iskandar.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment