"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Lagi Berita Hairan - malaysiakini

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Polis mengesan ketua kumpulan ajaran sesaT Ayah Pin yang lari ke Thailand pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu pihaknya tidak dapat menangkap lelaki tersebut kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Terengganu.

Ini lagi satu berita yang menghairankan aku... kenapa pulak polis tak boleh tangkap ayah pin sebab tak dapat kebenaran JAIT?

Perlu ke polis tunggu pelepasan dari Jabatan Agama untuk menangkap orang yang terbukti membawa ajaran sesat dan terbukti ianya sesat dengan pengesahan dari majlis fatwa kebangsaan?

Macam mana pulak dengan kes Raja Petra tempohari? kenapa pulak Raja Petra boleh ditangkap tanpa menunggu kebenaran dari majlis agama negeri?

Apakah "komen" dalam tulisan Raja Petra lebih membahayakan Malaysia daripada ajaran sesat ayah pin?

Apa pulak alasan jabatan agama untuk tidak memberi pelepasan kepada polis? ajaran ayah pin tu sesat ke tidak???

Hairan sungguh la Malaysia ni... makin lama makin banyak benda gila berlaku...

1 comment:

kekwa66 said...

MALAYSIA BOLEH!! HAHA!!! BOLEHLAND!!!