"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Gabung sivil, syariah

Undang-undang lazim dan undang-undang syariah di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam boleh diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Kata beliau, pengharmonian undang-undang itu boleh menjadi kenyataan kerana kini pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam.

‘‘Hasilnya penguatkuasaan undang-undang syariah dalam perbankan Islam berjaya mewujudkan banyak produk berasaskan Islam termasuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, takaful dan sukuk yang tidak pernah dibayangkan kewujudannya 50 tahun lalu.

‘‘Dengan ini, penentuan sama ada undang-undang syariah itu sebenar-benarnya berlandaskan Islam, maka sesebuah negara tidak seharusnya berundur ke belakang untuk melihat perbezaannya,” katanya ketika membentangkan syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini.

Beliau dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Abdul Hamid turut menegaskan, beliau percaya perkembangan sama boleh berlaku tanpa prejudis di negara-negara yang majoritinya umat Islam.

3 comments:

Unknown said...

Mana boleh gabung...Undang2 tuhan dan undang manusia...
Ynag boleh ialah undang sivil tu ikut masuk kedalam undang syariah...

Mr Joker said...

Undang-undang sivil bagi yang bukan beragama Islam, undang-undang syariah bagi yang beragama Islam.

gabung dibawah 1 institusi.maknanya hakim2 yang beragama islam boleh juga menjadi hakim sivil bawah 1 bumbung dan organisasi.

Anonymous said...

Dalam perkara ini kita harus lihat dari segi pro dan kontra. Kalau yang pro lebih banyak dan tidak menjejaskan martabat undang-undang Syariah, ada baiknya juga. Tapi jika yang kontra lebih banyak, eloklah dielakkan. Yang bagusnya, jika undang-undang sivil duduk bawah undang-undang syariah. Barulah takde siapa akan pertikai jika Malaysia declare sebagai negara Islam...