"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Betul Ke MB Perak Herdik Wartawan? - malaysiakini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..".

Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib.

''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu," katanya.

Mohd. Najib bagaimanapun enggan menyerahkan kad tersebut tetapi bersedia memadamkan gambar yang diambilnya itu di depan Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu meminta kamera untuk memastikan gambar- gambar tersebut telah dipadamkan.

Selepas membuat pemeriksaan, beliau menyerahkan kamera itu kepada Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Tidak lama selepas itu, barulah kamera berkenaan diserahkan semula kepada Mohd. Najib.

Mohammad Nizar kemudian bertanya lagi kepada jurugambar itu ''Siapa beri keizinan ambil gambar ini? Awak dari mana?".

Berita dari Utusan Malaysia Online... betul ke laporan ni? aku kalau berita dari Utusan ni macam kurang percaya sikitla... banyak sangat putar-belitnya... tapi kalau betul laporan ni... tak patut betul la MB Perak ni... tak patut tang "bahasa" tu... awat yang kasaq sangat? tapi kalau laporan ni tak betul... siap la hangpa...

Kita tunggu respon dari MB Perak..!

2 comments:

Anonymous said...

ha..ha..padan muka utusan meloya ni. Dgn depa ni bukan boleh bagi muka. Jgn jadi cam setengah MB PR, Pantang dapat mic, nak bercakap je...tak kirala sapa yg hulur mic tu..lastnya btg hidung sendiri yg kena..

Anonymous said...

memang selalunya ahli politik PR memang tak suka pada wartawan Utusan Malaysia.tapi tak pasti pula jika wartawan UM yang salah atau Nizar memang berlaku kasar kepada wartawan tersebut.

apapun,diharapkan Nizar dan wartawan tersebut tampil memberi keterangan masing-masing untuk dinilaikan.