"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka. Mungkin terpengaruh dengan fatwa ustazah UMNO agaknya.

Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.


"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil.


"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.


Ustaz Ismail berkata, tindakan ustazah UMNO, Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebelum ini. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan.

“Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.


Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar sebelum ini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru PAS Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain supaya turun padang dan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk membantu ibu tunggal. Saya khuatir jika dibiarkan UMNO yang menguruskan, habis dilacurkan pula ibu tunggal-ibu tunggal ini.



-Tranungkite

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak pasti sama ada Dr Mashitah tersilap cakap atau memang berniat cakap begitu. Itu hanya pandangan peribadi dan bukannya fatwa. Mungkin beliau tak perasaan masa buat kenyataan itu... Jangan hanya kerana beliau seorang maka, seluruh UMNO juga yang dikaitkan...

harimauputih said...

tersilap cakap apa nya sedara... dia jawab soalan dlm ruangan akhbar harian metro bila ditanya kan pasal hukum melacurkan diri bila terdesak. nak sokong orang pun, jgn membai buta. mmg ustazah ni dh buat satu benda yg melampau. tgok lah, kesan buruk nanti. biar dia yg tanggung dosa mana2 pompuan yg mlacur sbb 'darurat'. lacur ini hukum dia zina. ada ker zina dibolehkan bila darurat? haram!!!!