"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Trio Raja Lawak Di Malaysia - malaysiakini

Makin kelakar rasanya menteri-menteri dari parti melayu terbesar UMNO@PEKEMBAR@SARKIS(P.Ramlee cakap) sejak akhir-akhir ni.

Memang betul kata-kata Che'Det satu masa dulu dalam sajaknya "melayu mudah lupa"... tapi yang ni versinya lain sikit tapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sama.

Trajedi pertama melibatkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO semasa mengumumkan jumlah wang yang terlibat dalam pembelian eurocopter yang masih lagi jadi kontroversi sampai hari ni...

Mula-mula Pak lah maklumkan satu jumlah yang besar (aku tak ingat berapa...1.6++bil kot...) lepas tu angka tu dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat dan Pak Lah muncul dengan kenyataan - "saya tersilap... angka sebenarnya ialah 1.1++bil... saya kesal dengan kesilapan saya... Pak Lah... Pak lah...

Lepas trajedi Pak Lah... datang pulak trajedi Syed Hamid dalam isu penutupan post polis di Chow Kit...

Asalnya Syed Hamid maklumkan post polis di Chow Kit terpaksa ditutup atas faktor keselamatan anggota polis yang bertugas... (tugas polis memang la bahaya... jadi apa masalahnya??? itu kan tanggungjawab...).

Tak lama lepas tu dalam sidang dewan Teresa Kok mintak penjelasan lagi sekali berhubung penutupan post polis tersebut (di Chow Kit), jawab Syed Hamid pulak kali ni - post tersebut terpaksa ditutup sebab tuan tanah ambik balik tanah tu untuk dibangunkan... aik?

Dalam sidang dewan tu jugak Syed Hamid nyatakan kekesalannya atas salah maklumat awalnya berhubung penutupan post polis di Chow Kit sebelum ni... sorang lagi menteri masuk dewan tanpa fakta yang cukup...

Hari ni pulak ada sorang lagi menteri dari parti yang sama (UMNO@PEKEMBAR@SARKIS*P.Ramlee cakap) buat kenyataan kesal dengan kenyataannya awalnya dalam isu pemecatan 6 hakim malaya...

Sebelum ni dalam dewan jugak, Nazri maklumkan bahawa 6 hakim tersebut bukan dipecat sebaliknya mereka bersara awal dan hari ni pulak kenyataannya ialah kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar, sebaliknya sememangnya mereka telah dipecat namun mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu.

Lagi sorang menteri masuk dewan tanpa maklumat dan fakta yang lengkap...

Cukup 3 orang menteri yang diketuai oleh tak lain tak bukan Perdana Menteri Malaysia sendiri sebagai trio "Opsss... ana tersilap" menghiasi berita lawak kabinet Malaysia...

Bukan calang-calang orang rupanya mereka-mereka yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO@PEKEMBAR@SARKIS(P.Ramlee cakap) untuk menerajui negara Malaysia ni...

Macam-macam kebolehan rupanya ada pada diri para pemimpin kita ni... boleh membohong/menipu... boleh melawak... dan yang paling ramai sekali aku tengok cukup pandai "buat bodoh" je...

Kemana agaknya "mereka-mereka' ni nak memacu negara Malaysia?

Kedepan atau "six feet under?"

No comments: