Dalam posting aku yang sebelumnya bertajuk
Layan Zali & TuNGOKlangit Kejap..., aku berikan 1 soalan yang aku fikir cukup mudah bagi seorang yang "TINGGI" ilmu pengetahuan agamanya melalui komen-komen yang selalu ditinggalkan dalam website ini.
Setiap hari ada sahaja TARBIah-TARBIah yang diberi oleh TuNGOKlangit kepada pembaca-pembaca dan juga pengkomen-pengkomen dalam website ini dan melalui pemerhatian aku, TuNGOKlangit hanya "BERTANGGUNGJAWAB" menTARBIah para pembaca website-website dan blog-blog pro Pakatan Rakyat.
Tak tau pulak aku sebab apa jadi macam tu, mungkin pada ilmu TuNGOKlangit, para pembaca website-website dan blog-blog pro Barisan Nasiyonal sudah amat bagus dan tak perlu diTARBIah malah carutan-carutan mereka didalam laman-laman pro Barisan Nasiyonal tidak perlu diTARBIah atas alasan yang mungkin hanya TuNGOKlangit sahaja yang faham berdasarkan pada ilmunya yang "TINGGI".
Soalan aku pada TuNGOKlangit -
- Apa hukumnya seorang pemerintah (Perdana Menteri) yang tidak memerintahkan isterinya menutup aurat sedangkan aurat itu wajib bagi seorang Islam..?
Maka dijawab oleh TuNGOKlangit berdasarkan ilmunya yang "TINGGI" -
- Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman dan tergesa-gesa tu geng syaitan... tapi saudara saya TP bukannya tergesa2 dia mahukan kepastian untuk meneguhkan keimanannya... alhamdullillah.
Itu jawapan dari TuNGOKlangit kepada aku.
"Sabar itu separuh dari iman dan tergesa-gesa itu geng syaitan. dia mahukan kepastiannya untuk meneguhkan keimanannya"... jadi apa yang aku paham ialah TuNGOKlangit cuba menjelaskan bahawa PM tidak tergesa-gesa tetapi mahukan kepastian untuk meneguhkan keimanannya"... begitu agaknya...
Aku permudahkan lagi soalan aku mengikut akal budak "TABIKA KEMAS"... -
- Berdosa atau tidak kalau tidak menutup aurat..?
Aku ringkaskan jugak jawapan TuNGOKlangit -
- Sabar itu separuh dari iman...
Maka aku simpulkan bahawa TuNGOKlangit ialah seorang "PESAKIT MENTAL" yang sedang keliru dan beliau mungkin sedang mencari dimanakah "AKAL DAN PEMIKIRANNYA" didalam ruang-ruang cyber yang luas ini.
Maka aku buat kesimpulan lagi bahawa TuNGOKlangit ini ialah seorang yang "ISEM"... mungkin termakan diri akibat ajaran "ISLAM HADHARI" yang dipelajarinya.
Sabar itu memang separuh dari iman, tapi kalau dah Akil Baligh, dah beranak pinak, dah bercucu-cicit tapi masih "mencari kepastian untuk meneguhkan imannya" bagi aku adalah alasan...
Susah sangat ke nak tutup aurat..? tak cukupkah apa yang Allah telah tunjukkan kepada kita akan kekuasaannya setelah berabad-abad agama Islam diturunkan oleh Allah melalui Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. atau perlukah kita bersujud kepada Allah memohon agar dipercepatkan tiupan angin sangkakala baru kita nak sedar akan kekuasaan Allah dan disaat-saat dunia sedang hancur dek tiupan angin sangkakala baru kita nak menunaikan suruhan Allah..?
Begitu ke TuNGOKlangit..?