"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 25, 2008

Alamak...LORI!!!

Assalammualaikum...

Hari ni dapat satu email dari kanta_putih dgn tajuk "Alamak...LORI!!!... macam menarik je...terus buka & isinya :

Alamak Loriii!!!...syukur...alhamdulillah...

Sudah beberapa kali saya hampir melanggar belakang lori...
kalau saya tak pantas memusing stering mahu dah arwah saya...
atau isteri atau anak saya jadi mangsa..

selalu bercerita dengan isteri...
bagaimana kita nak memberi cadangan di negara kita ni ya...???
nak hantar pada jabatan kerja-raya..dia org baca ke??
nak hantar kat mana ya...JPJ???macam mana???
akhirnya saya yg dah menjadi ahli pasif di RJ ni agak lama,
ingin mengutarakan disini...
mana tahu ada rakan-rakan yg punya saluran terbaik...
boleh tolong memajukannya kedepan lagi...

bukan cadangan besar pun...
saya berpendapat...
kalau boleh semua kenderaan berat khasnya lori...
di kehendaki menampal sticker perkataan "LORI" atau "LORRY"
di bahagian belakang sesebuah lori tersebut...
Sticker tu biar besar dan dari jenis 'pemantul cahaya'
rasanya kalau dikuatkuasakan pasti semua lori boleh pasang..
kos tak ler sampai beribu-ribu...
Jadi...jika berlaku kerosakkan atau lori dipandu perlahan,
semua kenderaan lain akan nampak jelas..
mungkin kemalangan yang melibatkan langgar belakang lori dapat
dikurangkan...

harap cadangan saya yang tak seberapa ni dpt perhatian...

Hm...lepas baca terfikir...betul jugak ye? kenapa selama ni x de yang terfikir hal macam ni?kurang berfikir atau memang tak ambik kisah?jadi aku pun ambik keputusan untuk panjangkan email dari kanta_putih(sebenarnya aku pun tak tau saluran ni betul ke tak)dan harap-harap ada antara pembaca dapat panjangkan lagi cadangan ni...kalau cadangan ni sampai pada pihak berkaitan,tak mustahil banyak trajedi dapat dikurangkan...

Saturday, May 24, 2008

PBP - Budaya Kita REAKTIF dan tidak PROAKTIF.


Assalamualaikum...

Perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia & Singapura sudah berakhir dengan Singapura mendapat pengiktirafan dari ICF sebagai pemilik muktamad Pulau Batu Putih.Malaysia sekadar mampu berputih mata.bagaimanapun,banyak respon dari pelbagai individu yang agak menarik dapat kita lihat semenjak krisis tersebut berakhir...saya amat tertarik dengan satu ulasan dari seorang rakan cyber tentang isu tersebut...sama-sama kita nilaikan kebenarannya dan harap dijadikan iktibar dimasa hadapan.

Salam alaik,

Ma'af. Saya terpaksa membentangkan sedikit perkara sensitif.

Jatuhnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah hasil budaya kita sendiri. Kali ini hasilnya amat pahit sekali.

Budaya yang saya maksudkan adalah budaya REAKTIF dan tidak PROAKTIF.
Akibat dari sifat REAKTIF, bukan sahaja Malaysia dikudungkan dari Pulau Batu Putih, bahkan 12km nautika sekeliling pulau tersebut juga jatuh ke tangan Singapura.

REAKTIF = hanya mengambil tindakan setelah sesuatu yang dahsyat berlaku. sifat begini asalnya dari sikap tidak mahu berfikir jauh lantas tidak menganalisa sebarang kemungkinan pada masa akan datang. simptom biasa adalah leka dan lalai. Pelan perlaksaan jika ada, biasanya dijalankan dengan lembab. over-confident NUMBER 1 dan sangat suka dipuji serta benci dikritik. hasil dari sikap ini biasanya adalah pencapaian yang menyedihkan dan mungkin menyesal tak sudah.

Jika REAKTIF sekalipun, perlaksanaan pelan tindakan seharusnya dijalankan dengan tekun dan berterusan.

Malaysia hanya bertindak setelah Singapura memfailkan protes rasmi kepada ICJ pada 1980. Singapura bertindak setelah kerajaan Malaysia mengeluarkan PETA RASMI pada tahun 1979 yang memasukkan Pulau Batu Putih ke dalam Malaysia. Keputusan UTAMA ICJ untuk memihak kepada pihak Singapura adalah ini. ICJ juga berkata, Malaysia dan kerajaan sebelumnya, tidak pernah ambil tahu mengenai Pulau ini sejak 1890.

ICJ menyatakan bahawa Malaysia telah melepaskan tanggungjawabnya terhadap Pulau Batu Putih kerana tidak terlebih dahulu menfailkan saman terhadap Singapura. Tambahan pula kata ICJ, pegawai kerajaan negeri Johor tidak mengakui bahawa Pulau Batu Putih adalah kepunyaannya.

Singapura telah lama merancang sambil Malaysia leka seperti biasa. Singapura menjalankan penyelidikan demi penyelidikan dengan tekun untuk menjayakan rancangan jahatnya. Mereka melihat MANFAAT yang besar jika berjaya dan telah VISUALAIZE kejayaan sebelum Malaysia megeluarkan PETA RASMI itu lagi. Singapura tahu kerajaan Malaysia tidak membuat sebarang persediaan diperingkat perundangan antarabangsa. ZAP !!!! Masuk perangkap.

Kita lihat contoh-contoh lain yang menyakitkan hati:
1. Setelah kemalangan maut berlaku berkali-kali di simpang 3 atau 4, BARULAH PIHAK MAJLIS TEMPATAN memasang traffic light.
2. Setelah bertahun-tahun lamanya penumpang dan pelancong kena tipu dengan PEMANDU TAXI JAHAT, barulah nak jalankan operasi pembanterasan.
3. Setelah ramai anak zina, buang anak, pelacuran serta rogol berleluasa, barulah kononnya nak mempertingkatkan pendidikan akhlak di sekolah.
4. Buat rumah-rumah FLAT banyak-banyak kat BANDAR tanpa merancang keadaan trafik dan logistiks. Bila jam teruk, nak kenakan macam-macam pada pengguna jalanraya.
5. Buat 3 sistem LRT, tapi stesen lain-lain. Menyusahkan yang OKU, Warga Emas dan pengguna terpaksa berhujan-berpanas.
6. Kurikulum Universiti tak dikemaskini dan Bajet penyelidikan tak dinilai semula. Bila jatuh TARAF UNIVERSITI tempatan ke tangga-tangga jauh ke bawah, barulah kelam-kabut.
7. Banyak lagi hal tapi tak dapat dimuatkan.

PROAKTIF = mempunyai VISION pencapaian yang jelas. Mempunyai MISSION yang tertera dan teratur. Sikap melaksanakan pelan tindakan dengan tekun sebab VISIONnya jelas. Bersedia untuk merubah pelan bila perlu setelah mengkritik diri sendiri dan mendapat feedback dari orang lain. Sibuk dengan tugasan lantas tak sempat nak mengumpat dan memfitnah. Tidak mudah menyalahkan orang lain. Hasil sikap PROAKTIF biasanya kejayaan.

Budaya PROAKTIF bermula di SEKOLAH dan di RUMAH. Didiklah budak-budak tu supaya Malaysia tak bertambah KODONG dan supaya kita semua menikmati hidup lebih baik.

itulah antara analisis yang agak menarik dan ada benarnya...memang itulah yang selama ini berlaku didalam masyarakat dan kepimpinan kita.sudah terantuk,baru terngadah.menang sorak,kampung tergadai...yang lebih perit ialah...KALAH SORAK,WILAYAH TERGADAI...

MALAYSIA GEMILANG DALAM GEMERLAPAN.

*penganalisis lebih dikenali dengan nick Mann Trex.

Result AF6 Sudah Dirancang - Toi Bakal Juara.

Assalamualaikum...

citer pasal hiburan sekali-sekala...sebenarnya tak berapa nak ulas pasal ni.tapi td masa p minum ngan kengkawan,terkeluar la topik hiburan & kebetulan lak salah sorg kawan yg jadi "forumist" ms minum td tu kerja di Astro...

patut rancangan berbentuk undian sms ni diharamkan sebab ada unsur judi & penipuan...nak tau kenapa?
beb...result finalist dh dirancang oleh pihak Astro...skarang 24hb.mei,2008 jam 9.17 malam aku umumkan yg toi bakal dinobat menjadi juara AF6...

ikut pada info,toi dh berada dirangking teratas undian sejak 3 minggu lepas...last 2 weeks nye result sepatutnya Stacey & Nadia dh terkeluar dr list...tp pihak Astro decide not to reject 2 "puteri" tu sebab akan effect pada concert final...ye la...sape nak p tengok jantan melalak kan?for advertising & penganjur pun agak merugikan sebab tak dapat nak promote any produk & fashion untuk wanita without women finalist...bussiness beb...

erm...same2 kita tunggu betul atau tak info ni...aku pun tak brani nak cakap apa2...

kalau betul & tepat resultnya nanti,tak syak la ada penipuan...kalau tak betul maafkan aku...
bukan nak cari populariti...
aku bukan artis...
aku cuma Topengperak_Xinwugi

*betul ke?aku macam x caye je...ah lantaklah...bukan aku tengok pun menatang AF nih...

Jawatankuasa Khas Siasat Balkis.

Kerajaan negeri Selangor dalam rangka menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat aktiviti,pembubaran Balkis & pemindahan dana RM9.9juta kepada Bakti kata menteri besar Selangor Tan Sri Khalid.

Balkis dikatakan menghabiskan sejumlah RM158,000 melalui Galeri Balkis Sdn Bhd hanya untuk penyediaan pakaian ahli2nya menyertai sukan Balkis sebelum ini.satu jumlah yang agak tinggi untuk perkara seperti itu.Manakala sebanyak RM121,000 pula dihabiskan untuk pakaian batik ahli Balkis & suami masing2 juga untuk sukan Balkis.

Menteri besar Selangor juga memaklumkan yang pihaknya masih belum menerima maklumbalas daripada pendaftar pertubuhan(ROS)berhubung pembubaran Balkis walaupun 3 pucuk surat telah dihantar kepada pertubuhan berkenaan bertarikh 11 april,23 april & terakhir pada 15 mei 2008.agaknya ROS masih belum menyiapkan lagi dokumen tersebut.maklumlah pembatalan persatuan dibuat secara tergesa2...ada la yang tak kena tu.

Khalid juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri masih menunggu laporan percuma tentang pulangan tahunan & imbangan kira2 daripada Yang Dipertua Balkis kerana mengikut seksyen 29 tatacara pertubuhan,pegerakan Balkis yg mendapat sokongan & bantuan kerajaan negeri perlu memberikan laporan percuma.

banyak yg perlu dibongkar.walaupun Khir Toyo menafikan beberapa kenyataan tersebut tetapi kita percaya ada sesuatu yang berlaku disebalik pengetahuan kita.apa yang membuat kita sangsi ialah mengapa sebuah pertubuhan yang tidak menghadapi masalah tiba2 dibubarkan secara tergesa2 dan tanpa alasan yang kukuh.apalagi yang sibuk menafikan segala penyelewengan tersebut bukanlah individu yang menerajui pertubuhan tersebut,sebaliknya suaminya.kenapa isteri Khir tidak menafikan sendiri dakwaan2 tersebut?atau isteri Khir sedang sibuk "menyembunyikan" bukti2 penyelewengan...

ROS pun nampaknya seakan-akan bersubahat.mana taknya 3 pucuk surat meminta penjelasan dari kerajaan negeri langsung tidak mendapat maklumbalas.sebaiknya bukan sahaja Balkis yang perlu disiasat,perluaskan siasatan kepada seluruh organisasi yang berkaitan semenjak Balkis ditubuhkan sehingga pembubarannya.pasti banyak cerita menarik & mengejutkan menanti kita selepas ini...buat Khir...berhati2 dalam langkah2 & kata2 anda...banyak lagi pembongkaran akan didedahkan umum.

Shaid - Penganggur@Usahawan???(dedah jangan tak dedah!)

Assalamualaikum... Ape kejadahnya Shaid?Apa masalah ngko Shaid?aku rasa Shaid ni antara individu yang betul-betul kecewa & tak dapat terima kenyataan bila berlaku pertukaran tampuk pimpinan kerajaan negeri Selangor.mana tak nya...hidupnya jadi tak keruan semenjak berakhirnya PRU12 tempohari...setakat ni dah 2 laporan polis dibuat oleh Shaid terhadap kerajaan negeri Selangor. Siapa Shaid?...

Seorang kenalan rapat Shaid(juga bekas pelajar UiTM)mendedahkan Mohd Shaid Rosli membuat laporan polis tersebut kerana mempunyai kepentingan sendiri.beliau juga mendedahkan bahawa Shaid bukanlah seorang penganggur seperti yg didakwa olehnya.kenyataannya Shaid adalah seorang usahawan yg berjaya & mempunyai perniagaan sendiri di Seksyen 7 Shah Alam. Shaid juga disyaki digunakan oleh pihak tertentu yg mungkin bermotifkan politik untuk membuat laporan tersebut...

seterusnya beliau berkata dia juga tidak tahu kenapa Shaid mendakwa dirinya penanggur sedangkan dia mempunyai perniagaan enterprise & dalam usaha membina syarikat Sendirian Berhad.hai Shaid...buat report tu dh satu hal...menipu tu lagi satu hal...

Nak tau lagi?Rakannya turut mendakwa,selain memiliki perniagaan yang semakin berkembang maju,Shaid juga memiliki sebuah kereta mewah dan aktif dalam sebuah pertubuhan politik....Selain dari kedai ini(seksyen 7 Shah Alam)Shaid juga mempunyai satu lagi kedai di UiTM Shah Alam...walau bagaimanapun Shaid adalah seorang majikan yang baik & tegas serta amat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya...

Itulah antara pendedahan yang dibuat oleh seorang rakan & pekerja Shaid...dari pendedahan tersebut dapat kita simpulkan bahawa Shaid memang memang mempunyai kepentingan sendiri ketika membuat laporan polis tersebut.mungkin harapannya terbantut setelah parti politik yang disokongnya tumbang?al maklumlah...politik itu duit(siapa tak kenal UMNO?)...

Setelah terdedah identiti Shaid yang "menganggur" ni...agaknya ada tak sesiapa yang rajin nak p buat report pulak...boleh report pada polis - Shaid menipu rakyat Malaysia.

Friday, May 23, 2008

DSAI = PKR + UMNO = KERAJAAN BARU MALAYSIA

Selepas PRU12 tempohari aku berjumpa beberapa orang2 besar di Putrajaya sambil makan tengahari & bercerita tentang bermacam2 teori & kawan aku yg sorang ni pulak katanya dia telah didatangi beberapa orang Pak Lah untuk join pertubuhan tersebut & beliau pun berceritalah tentang teori atau perancangan tersebut..

Dia bermati-matian mengatakan yg DSAI akan join UMNO tapi dalam mekanisma yg berbeza iaitu UMNO mesti berada dibawah pentadbirannya... Dulu mungkin agak mustahil, tapi dalam keadaan UMNO sekarang di tempat tercorot yg dahagakan sokongan, tak mustahil perkara itu berlaku... ( UMNO semakin terhakis kuasanya & PKR pula dalam saat pengukuhan kuasa... sama2 memerlukan antara satu sama lain)

Juga dikhabarkan bahawa Pak Lah lebih rela memberikan kerusi panas Perdana Menteri kepada DSAI daripada Najib yg terlalu kurang daya inteleknya, kurang pengetahuan agamanya dan yg paling pasti Najib adalah diantara manusia yg terlalu takutkan bini... maka jika najib menjadi PM, siapa pemerintah sebenarnya??? Najib atau Rosmah??? Kalau najib jadi PM, maka setiap keramaian, pastinya akan ada acara karaoke yg mana menjadi acara kegemaran Rosmah botox itu... (Eh, bukan botox la... kulit muka rosmah tegang & berseri2 sebab dia selalu ambik air sembahyang 5 waktu & selalu bangun malam bertahajjud la... jangan bersangka buruk tentang Rosmah... Kalau puji Rosmah, senang sikit nak dapat projek... hehehehe...)

DSAI lebih prefer bergabung dengan UMNO kerana darah UMNO telah mengalir lama didalam tubuh badan kaum utama dan terbesar di Malaysia iaitu Melayu & PKR sebenarnya sudah cukup untuk mewakili 3 kaum terbesar iaitu UMNO, MCA & MIC... Pada masa tesebut, parti komponen BN tadi mungkin akan hilang arah & demi untuk mengekalkan kuasa dan survival hidup, maka mereka terpaksa patuh sahaja kepada penggabungan tersebut atau ahli2 mereka akan masuk PKR. Ini kerana kalau mereka terus menjadi pembangkang pun, mungkin mereka akan akan jadi pembangkang yang lemah.

Setelah DSAI memerintah negara, maka dalam masa 10 tahun akan datang dan sebelum DSAI melepaskan jawatannya, DSAI akan secara perlahan2 meletakkan UMNO ditempatnya semula & pastinya kaum melayu akan memerintah negara ini semula. Ini kerana jika PKR masih menjadi majoriti pentadbir negara, kekacauan susun atur pemerintahan mengikut kaum agak sukar untuk dilaksanakan tanpa kelibat DSAI... Ketuanan rakyat yg dicanangkan oleh DSAI sebelum ini hanyalah sebagai talian hayat politiknya sahaja... Rakyat itu sebenarnya masih lagi terbahagi kepada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina & India. Jadi apa yg berbeza??? Cuma approach nya sahaja yg bebeza. Mana mungkin DSAI dapat menafikan hak melayu seperti yg termaktub didalam perlembagaan malaysia.

Sebenarnya DSAI hanya ingin melaksanakan janji beliau terhadap Almarhum Dato' Fadhil Nor (DFN) dahulu yg mana beliau ingin membuat reformasi didalam UMNO & insyaallah suatu hari nanti UMNO akan kembali relevan kerana isi kandungan UMNO tersebut adalah dari baka2 yg terbaik sahaja.

Kemana hala tuju PAS & DAP selepas ini...??? DAP mungkin akan mengikut DSAI tetapi bagi PAS agak kurang pasti kerana masih lagi terdapat ramai pembesar2 PAS yg masih tidak sebulu dengan DSAI, tapi kalau Almarhum DFN masih ada, mungkin ceritanya akan menjadi sebaliknya...

Tunggulah apa akan jadi sebelum bulan september nanti... terlalu banyak kemungkinan dan teori politik sekarang..

Samy & MIC - Mengharap Pada Yang Tak Boleh Diharap.

Assalamualaikum...

Dah lama tak dengar berita dari Presiden MIC Dato'Sri S Samy Vellu.Aleh aleh bila Che'Det declare kluar UMNO je baru la timbul balik bekas menteri ni.yang menariknya ialah Samy cakap dia tak nak terlibat dalam masalah UMNO.bagus la tu...& yang paling menariknya ialah keluhan Samy supaya Pak Lah menumpukan pada agenda menunaikan janji pilihanraya yang telah ditabur oleh UMNO/BN sebelum PRU12 tempohari juga rayuan Samy supaya kerajaan membantu 187 pelajar cemerlang India Malaysia yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini.rujuk - http://www.malaysiakini.com/news/83200

Dan yang terbaru pula MIC akan menjalankan gerakan besar-besaran untuk menarik lebih ramai golongan muda dan profesional untuk memimpin cawangan parti di seluruh negara bagi memulihkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN).rujuk - http://www.malaysiakini.com/news/83318

Pada Samy saya nak nasihatkan - usahlah diharapkan apa-apa lagi pada kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO pimpinan Pak Lah.Samy & MIC harus terima kenyataan yang selama MIC berada didalam BN,masyarakat bawahan pimpinan Samy & MIC tidak pernah mendapat tempat didalam agenda kerajaan.buktinya selepas 50 tahun BN memerintah muncul HINDRAF yang memperjuangkan ketidak adilan kerajaan BN terhadap masyarakat yang diwakili Samy & MIC.terlalu banyak suara yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan BN disuarakan melalui HINDRAF.hasilnya pada PRU12 tempohari,Samy & MIC kalah teruk TKO ditangan masyarakat yang diwakili Samy & MIC sendiri...

Samy & MIC perlu membuka mata dan memandang lebih jauh lagi.harapan Samy & MIC tidak ada pada kerajaan BN sebenarnya.BN sekarang sedang bergelora.tidak ada ruang untuk hal-hal kebajikan lagi.BN yang diketuai oleh UMNO sedang melalui zaman gelapnya.perlukah Samy & MIC mempertaruhkan lagi nasib masyarakat pimpinan Samy & MIC pada sebuah pertubuhan yang semakin hari semakin kabur perjalanannya?parti yang menjadi tonggak BN sendiri sedang terumbang ambing,bagaimana mereka hendak membantu yang lain?mereka sendiri sebenarnya yang memerlukan bantuan.apa yang dapat diharapkan?

Ada baiknya Samy & MIC mengambil satu langkah drastik bagi menjamin kebajikan masyarakat pimpinan Samy & MIC.Samy & MIC wajar menjenguk kepada Pakatan Rakyat.sudah sampai masanya untuk "beralih arah".Pakatan Rakyat telah mebuktikan yang mereka mampu untuk menjaga kebajikan semua kaum dibawah mereka.tidak ada istilah "melayu bersatu" didalam agenda Pakatan Rakyat & tidak ada istilah "Ketuanan Melayu" didalam agenda Pakatan Rakyat.yang ada ialah "Ketuanan Rakyat".

Cukuplah Samy & MIC...bubarkan sahaja MIC dan marilah bersama-sama bergandingan didalam Pakatan Rakyat.usah diharapkan apa-apa lagi pada kerajaan UMNO/BN.its over.pintu Pakatan Rakyat terbuka luas buat Samy & MIC dan Samy mampu untuk mengubah taraf hidup masyarakat bawahan pimpinan Samy & MIC melalui Pakatan Rakyat.kita tidak memperjuangkan kebajikan kaum-kaum tertentu sahaja tetapi kita memperjuangkan HAK SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira bangsa.

Ayuh Samy...mulakan langkah baru & hari baru Masyarakat pimpinan anda bersama Pakatan Rakyat!usah diharap pada yang tak boleh diharap...50 tahun dah...ubahlah kepada "Ketuanan Rakyat"!

Thursday, May 22, 2008

Ahli UMNO jangan baca!!!

Assalamualaikum...

Elok kita perhatikan ke2-2 kenyataan dibawah ini tentang 2 perkaitan rapat sebuah Pertubuhan & penyokongnya...

1 - UMNO - Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuTulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.

2 - Maya Kmu - Kumpulan Menyokong UMNO dengan slogannya "Demi Islam, Untuk Melayu & Kerana Mu Malaysia"(KITA BERJUANG KERANA KEBENARAN DAN KITA MEMPUNYAI FAKTA UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN KITA. KENAPA MESTI KITA KOTORKAN PERJUANGAN INI DENGAN PENIPUAN. FAKTA YANG BENAR WALAUPUN HANYA SATU CUKUP UNTUK MENJADI ASAS PERJUANGAN DAN PENIPUAN WALAUPUN BERIBU RIBU TETAP SATU PEMBOHONGAN. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA).

Hebat kalau dilihat dan dihalusi pada "motto" dan landasan perjuangannya.cukup mantap.tapi hari ini siapa UMNO & MyKmu?

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu...bersatu?apa yang bersatu?kenyataanya ada disini :
Tun Dr Mahathir...Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Seterusnya : Datuk Mukhriz Mahathir...Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI ; Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Kemudian disusuli dengan : Mesyuarat khas selama tiga jam Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini berakhir dengan keputusan "menggemparkan" - barisan anggotanya tetap menyokong presiden.

Dalam sidang media kira-kira lima minit sejurus selepas tengah malam, timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak berkata anggota-anggota MT menyatakan kesetiaannya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

UMNO 1 - Tun Dr Mahathir & penyokong2nya yang diketuai oleh ahli MyKmu(sekarang bekas UMNO).

UMNO 2 - Datuk Mukhriz Mahathir & penyokong2nya(masih ahli UMNO tetapi menentang presiden UMNO).

UMNO 3 - Ahli UMNO yang setia pada presiden parti.

Kenapa sebuah parti yang menggunakan nama PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU berpecah kepada 3 kumpulan?ini ke cara bersatu yang dianjurkan oleh sebuah parti terbesar di Malaysia?

Kita selidik satu perkara lagi : slogan MyKmu - KITA BERJUANG KERANA KEBENARAN DAN KITA MEMPUNYAI FAKTA UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN KITA. KENAPA MESTI KITA KOTORKAN PERJUANGAN INI DENGAN PENIPUAN. FAKTA YANG BENAR WALAUPUN HANYA SATU CUKUP UNTUK MENJADI ASAS PERJUANGAN DAN PENIPUAN WALAUPUN BERIBU RIBU TETAP SATU PEMBOHONGAN. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Fakta?baca balik semua kenyataan diatas dan jelaskan dimata "fakta" untuk menyokong perjuangan anda?

Saya telah meneliti banyak perkara yang telah berlaku saban hari sejak dulu hingga sekarang didalam UMNO dan saya dapat simpulkan bahawa perjuangan UMNO & penyokong2nya bukanlah berlandaskan pada "fakta" tetapi lebih kepada "auta".UMNO sering melaungkan gendang menyeru seluruh rakyat supaya "bersatu" tetapi UMNO sendiri tidak dapat "menyatukan" para ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu BERSATU itu sendiri.


Selama lebih 50 tahun UMNO tidak pernah menyatukan apa-apa pun di Malaysia tetapi UMNO lah punca kepada perpecahan.kalau ada yang bersatu pun bukan atas nama "perpaduan" tetapi lebih kepada "matlamat peribadi",habis madu sepah dibuang.UMNO bukan lagi madah perjuangan,UMNO adalah "PUSAT PERNIAGAAN" dan "PERPECAHAN".

Ayuh rakyat Malaysia...kita berpakat dibawah panji Pakatan Rakyat!

Wednesday, May 21, 2008

RM1.2 Bilion dilabur ke Pulau Pinang.

Pulau Pinang peroleh RM1.2 bilion pelaburan

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang memperoleh pelaburan asing berjumlah RM1.2 bilion dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat esok, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang turut berada di Kongres Dunia Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) 2008, tidak memaklumkan butiran lanjut mengenainya.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pembinaan sebuah kilang di Pulau Pinang oleh Ibiden Co Ltd, Jepun dengan pelaburan RM1 bilion. - bernama

Assalamualaikum...

Bangga betul bila membaca laporan dari bernama tentang sebuah negeri diutara Semenanjung.satu masa dulu ada yang mempersoalkan keupayaan kerajaan PR didalam mentadbir mana-mana negeri di Malaysia.walaupun tanpa bantuan dari kerajaan pusat(buat masa ini)namun kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng(DAP)berjaya juga mendapat pelaburan asing dalam tempoh yang amat singkat.

Apa yang menarik sekali disini ialah keyakinan & kepercayaan pelabur asing untuk melabur disebuah negeri yang diterajui oleh bukan kerajaan pusat dan Lim Guan Eng juga tidak mengambil masa yang lama untuk meyakinkan pelabur asing tersebut didalam membuat pelaburan yang sebegitu besar jumlahnya.pasti kreadibiliti Lim Guan Eng dipandang begitu tinggi sehingga mendorong mereka mengambil keputusan tersebut.

Kita mengharapkan agar selepas ini lebih ramai para pelabur tempatan membuka mata dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama dibumi tanah tumpah mereka sendiri walaupun negeri tersebut diperintah oleh PR seterusnya dapat membantu memacu ekonomi yang lebih kukuh dan membuka lebih peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan yang selama ini terabai dibawah kerajaan pusat.

Namun disebalik kejayaan demi kejayaan yang diperolehi,sukalah kita untuk mengingatkan pimpinan kerajaan negeri PR agar tidak lalai dan sentiasa berhati-hati dengan kejayaan yang tak seberapa ini.banyak lagi yang menanti.

Lompat Mantan PM vs Lompat Mantan TPM.

Assalamualaikum...

bangun pagi ni hati tergerak nak menjenguk blog mantan PM & agak menarik jugak tajuk dari laman mantan PM hari ni :

LOMPAT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi BN selama 22 tahun amat konsisten dengan telahan bahawa tidak akan berlaku cukup MP BN yang akan ‘melompat’ dan menyertai mana mana parti Pembangkang atau menubuhkan parti baru yang akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR), agar memboleh Kerajaan Persekutuan alternative kepada BN dibentuk.

Dalam tulisan terbaru, beliau mengariskan sepuluh sebab mengapa fenomena ‘melompat’ ini amat kecil kebarangkalianya berlaku.

Sebelum ini, beliau pernah amat yakin mempersoalkan kemungkinan MP BN melompat agar Kerajaan Persekutuan BN tumbang.

Wahwahwah...

Semenjak berada diatas platform bebas ni,makin galak mantan PM bicara soal "lompat".ada pulak dengan teorinya sekali.tapi rasanya kalau setakat teori tanpa praktikal jawabnya tak kemanalah teori mantan PM ni...kita sedia maklum berapa ramai ahli UMNO yang mengikut jejak "kurang cerdik" mantan PM ni...

Terpaksa gunakan ayat "kurang cerdik" sebab mana ada pahlawan yang berperang dari luar medan perang?kalau ada pun agaknya jenis panglima ilmu hitam.tak kan mantan PM ada pakai ilmu hitam?

Tak taulah sejauh mana akan berjaya mantan PM dengan teori lompatnya tapi aku dapat rasakan teori mantan PM tak akan berjaya sebab apa yang menjadi matlamatnya ialah untuk menjatuhkan PM Pak Lah sahaja tanpa ada tawaran lain yang lebih menarik lagi...MP Sabah & Sarawak bukan bicara soal Pak Lah layak atau tak.mereka bicara soal kemampuan kerajaan membela nasib rakyat Sabah & Sarawak.

Mantan PM masih dalam rona pemikiran jumud UMNO.masih bicara soal jawatan.sekarang bukan masanya untuk memikirkan tentang jawatan.apa yang menjadi dasar perjuangan ialah membela rakyat.teori & tawaran mantan PM masih berkisar pada "kuasa".masih dangkal lagi rupanya pemikiran tokoh bekas pengasas & ahli UMNO ini.

Jika dilihat pada tawaran dan situasi politik semasa negara Malaysia,tak mustahil teori lompat mantan TPM akan lebih berjaya & amat menarik sekali untuk para MP Sabah & Sarawak yang sekian lama terpinggir.apa yang diharapkan pada parti yang semenjak berakhir PRU12 asyik bertelagah tentang kuasa?Apa yang diharapkan pada parti yang telah 50 tahun memacu negara tetapi masih Sabah & Sarawak negeri terkaya mengungguli tangga teratas kemiskinan tegar?

Nah...tawaran yang menarik & masa yang panjang diberi oleh Pakatan Rakyat untuk difikirkan oleh para MP Sabah & Sarawak tak terkecuali di Semenanjung.mantan PM pula dah tentu tak punya masa yang panjang untuk merealisasikan teori tersebut...silap perkiraan,teori dan perancangnya merengkok dalam sel besi angkara Linggam si kaki mabuk.

Jadi para MP & bekas ahli UMNO...fikir-fikirkan...siapa Tun Mahathir pada masa ini dalam politik Malaysia & apa yang boleh dilakukan oleh Tun sebagai "bukan siapa-siapa" & apa pula yang mampu dilakukan Pakatan Rakyat.Jangan salah langkah...