"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 04, 2008

Pemberian Bunga HKL: BPR Soal Siasat YB Zuraida.

Masih ingat lagikah terhadap pemberian bunga yang di beri Puan Zuraida kepada Hospital Kuala Lumpur ?

Sebentar tadi Puan Zuraida telah tampil ke Badan Pencegah Rasuah Wilayah Persekutan di atas tuduhan memberi rasuah kepada pihak hospital pada 4 Ogos 2008 berikutan bunga yang di beri.

Bunga yang di beri atas niat untuk menjadi perangsang di dalam melakukan tugas di kakatakn rasuah semata-mata.

Pada jam 2.oo petang Puan Zuraida telah hadir untuk lapor diri dan memberi sedikit keterangan dan soal siasat telah dijalankan terhadap beliau.

Soal siasat selama 2 jam itu tidak habis mengupas pemberian bunga ini membabitkan Anwar Ibrahim.

Kenapa perlu di kaitkan Dato Seri dalam setiap pekara.

Namun saya yakin pihak hospital mendapat arahan dari pihak tertentu untuk mendakwa saya.

Mereka masih mencari pelbagai langkah bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Difahamkan B.P.R menerima laporan dari pihak hospital di mana Puan Zuraida cuba untuk merasuah dengan pemberian bunga tersebut dan cuba untuk mendapatkan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan.

Turut kelihatan bunga yang di beri pada 4 Ogos di simpan B.P.R bagi tujuan siasatan lanjut.

Selama ini diberi bunga tidak menjadi isu sebesar ini namun dengar sahaja PR bunga yang ikhlas juga dikatakan rasuah, kenapa harus di fikir sampai tahap sebegini ? Sentiasa berfikiran buruk sangka.

Tidak logik baginya pemberian bunga di katakan rasuah. Walaubagaimanapun beliau turut tampil untuk bekerjasama didalam siasatan tersebut. Menurutnya lagi tiada apa yang perlu di gusarkan kerana yakin perbuatan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Yang penting Nawaitu kita. Jika kita di pihak yang benar insyaAllah Allah S.W.T akan membantu kita. Mudah-mudahan kebenar itu muncul.

-P-99

TP - Kah kah kah kah kah... BPR dah kene sawan babi... sikit-sikit siasat, sikit-sikit siasat... bagi bunga pun x leh... rasuah maaa...

Jangan gatal-gatal nak bagi buah tangan dah skarang nih... kang tak pasal-pasal kene siasat kang... Kemisen x pe... x dak hal..! Baruah punya BPR..!

Kununnya Reputasi Tengku Adnan Terjejas...

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K.Lingam tidak dapat diragukan telah memberi kesan terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menjejaskan reputasinya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini

Peguambela Tengku Adnan, Datuk Bastian Pius Vendargon berkata berikutan hasil siasatan suruhanjaya itu, Tengku Adnan juga terdedah kepada kemungkinan prosiding jenayah.

Vendargon berkata dengan keadaan itu, Tengku Adnan berhak memohon bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya kerana Perintah 53 Peraturan 2(4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 menetapkan pemohon mesti membuktikan yang mereka terjejas teruk dengan sebarang keputusan pihak berkuasa awam sehingga semakan terhadap keputusan itu perlu didengar.

"Dalam kes ini, siasatan laporan itu telah menjejaskan reputasi pemohon (Tengku Adnan). Oleh itu dia (Tengku Adnan) berhak membuat permohonan itu (mendapatkan semakan penghakiman)," katanya.

Vendargon berkata oleh kerana Tengku Adnan tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap hasil siasatan suruhanjaya, pilihan yang ada buat Tengku Adnan ialah memohon semakan penghakiman.

Vendargon sedang menjawab bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi pada 16 Julai untuk menolak permohonan lima individu bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya itu.

Pemohon berkenaan ialah peguam Datuk V.K. Lingam, hartawan Tan Sri Vincent Tan, Tengku Adnan dan dua bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin.

Mereka mahu bahagian tertentu dalam laporan suruhanjaya itu yang mengaitkan mereka supaya dipadamkan.

Suruhanjaya itu dianggotai pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, hakim mahkamah rayuan yang bersara Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Anggota panel dalam inkuiri 17 hari itu adalah berhubung klip video 14 minit itu yang dikeluarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaparkan Lingam berbual di telefon, kononnya dengan Ahmad Fairuz, didakwa mengaturkan urusan pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu dalam laporannya yang dikeluarkan kepada awam mendapati video klip itu adalah tulen dan mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap Lingam, Vincent, Tengku Adnan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Fairuz dan Mohd Eusoff atas salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat alasan kukuh untuk menyiasat enam lelaki itu berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman 1976.

Dr Mahathir tidak membuat permohonan untuk semakan penghakiman.

Pada perbicaraan hari ini, Vendargon juga mengemukakan hujah bahawa laporan suruhanjaya itu jelas tertakluk untuk semakan penghakiman.

Vendargon berkata pemohon bagi permohonan semakan penghakiman itu tidak menuntut sebarang gantirugi atau perintah mahkamah tetapi hanya ingin mendapatkan perisytiharan terhadap laporan siasatan suruhanjaya.

Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Kadir Musa membenarkan permohonan Vendargon untuk memadamkan nama lima pesuruhjaya seperti yang disebut di dalam permohonan semakan penghakiman dan digantikan dengan permohonan yang sama oleh Lingam dan Vincent.

Dalam permohonannya, Lingam dan Vincent memberikan nama responden itu sebagai Ahli Suruhanjaya Siasatan mengenai Rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim-hakim".

Hakim Abdul Kadir kemudian memerintahkan keputusan itu juga terpakai kepada permohonan Ahmad Fairuz dan Mohd Eusoff.

Vendargon akan meneruskan penghujahan pada 9 Sept.

Al Fatihah: Samad Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru.

Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No. 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Anshar kepada Bernama di sini hari ini.

Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata, dialisis kedua bapanya pada pukul 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun.

Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah.
Bagaimanapun keadaan jantungnya baik.

Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri.

Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.

Malah penglibatannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi.

Abdul Samad yang banyak terlibat dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu.

-mSTAR Online

Sumpah Bukan Aku!!!

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.

Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu.

"Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang Porigi dan kedua-dua akhbar tersebut," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kenyataan Ramlang Porigi melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau berkata keduadua penerbitan itu tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan artikel temuramah mereka dengan Ramlang.

"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.

Pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bilabila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," katanya.

Khairil Annas berkata pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari yang mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang bagaimanapun pada 24 Ogos lepas telah turun berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa beliau telah diarah untuk menjadi saksi pada majlis itu, dan turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari itu tidak sah.

Bagaimanapun keesokannya, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Sementara itu, Ramlang dalam temuramah dengan Suara Keadilan dan Siasah mendakwa pegawai khas Najib mengarahkannya menjadi saksi kepada sumpah Mohd Saiful Bukhari itu.

-mSTAR Online

Gua Tak Salah... Apahal Nak Mintak Mahap..?

(Mutakhir) PETALING JAYA:“Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”

Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.

Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas kesalahannya yang tidak dibuatnya.

Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:

“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambahnya, "mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf."

Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Terdahulu, pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.

Terdahulu di Putrajaya, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.

"Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.

Dipetik Bernama, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.

"Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial," katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpin-pemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.

"Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet," katanya.

Beliau berkata permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.

"Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu.

"Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana "tiada tempat untuk beliau bersembunyi."

"Mana dia nak pi.? Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga," katanya.

-mSTAR Online

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur hari ini hujan tak henti-henti.
Jam macam nak gila.
Peniaga warong kecewa.

Raya lagi 26 hari.

Kalau tak ada duit nak beli baju dan seluar baru
Pergi kedai BUNDLE – jamin memuaskan.

Sapa tak tahu apa itu kedai BUNDLE – dia tak cool.

Kalau tak tahu apa cool – masuk Sintok.

-Tukar Tiub

Perbelanjaan UMNO ketika PRK P-44

Klik gambar untuk paparan jelas.

UMNO/BN Mendung...

SEPT 4 — This is the season of despair for Malaysia’s once proud Barisan Nasional — of uncertainty, indecision, broken promises and a credibility deficit.

Just listen to the once strong and commanding voices of Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Dr Lim Keng Yaik. They now have the timbre of beaten men; of politicians who despite their rich experience are at a loss to point the way forward for their supporters and countrymen.

Just listen to Cabinet ministers and senior politicians in their private moments. They are in unfamiliar territory; not knowing how to regain the trust of their constituents; wondering why their announcements are greeted with cynicism; troubled that the arch enemy Datuk Seri Anwar Ibrahim is Mr Teflon — nothing sticks on him.

Dr Mahathir, Dr Lim, the ministers and politicians know that if the mood of despair does not lift, this could be the last time the BN governs Malaysia, the end of one of the world’s longest ruling regimes.

This is what the former prime minister said on his blog yesterday: “The BN is in a sorry state… I hate to say it but the Permatang Pauh victory by PKR probably sounded the death knell of all the BN parties and the BN.”

To be sure, the despair began long before the night of March 8 when news filtered through that the alliance of DAP-PKR-Pas had not only denied the BN its two-thirds majority in Parliament but also surrendered control of Kedah, Penang, Selangor and Perak.

For non-Malays, it started in 2005, when it became clear that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was reneging on his promise of being the leader of all Malaysians. He stood and watched as his party members flaunted their political muscle and questioned the status of Chinese and Indians. He was a bystander as Hindus and Christians faced challenges in practising their religions. He tolerated the unlawful behaviour of Umno warlords like the late Zakaria Deros in the name of political expediency.

All these omissions and actions only deepened the sense of despair about the country among Chinese and Indians, and hammered home the message that the interests of minorities will not be protected under the Umno-led BN.

For many Malays, the umbilical cord with Umno and the BN was cut 10 years ago, when Dr Mahathir dumped Anwar unceremoniously from government and when for the first time, many in the community wondered whether the New Economic Policy really benefited them. Along the way, they reached the conclusion that the politicians entrusted to look after their interest have grown fat and rich on government largesse. In the back of beyond, Umno is still strong. But in urban centres, many Malays no longer call Umno their party of choice.

Can Umno stop the rot? Can Umno galvanise a listless BN? Can Umno reconnect with the ground? Gerakan’s Dr Lim, a politician who has worked with the likes of Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir, did not think so.

He did not believe that any current or future Umno leader has the vision or the will to shake the ruling party out of its stupor and make the necessary reforms which Malaysians want done. In an interview with Off the Edge, he sounded defeated, fed-up with the arrogance and money culture in Umno.

Not once did he blame Abdullah directly but reading in between the lines, it is clear that he assigns much of the BN’s problems to the weak leadership of Umno. Does he have a silver bullet for the BN? Dr Lim offers a fountain of rhetoric but little else.

It seems even the man with all the answers is giving up. Dr Mahathir noted that some readers on his blog had asked him to do something about the country.

His response was short: he had done everything. He had openly criticised Abdullah; asked him to step down as prime minister and Umno president; accused him of corruption; resigned from Umno; spoken about corruption and the fate awaiting Malays and started a blog.

“Privately many said they support me and they want Abdullah to step down. But they are not prepared to say it openly. That was why I started my blog. About six million had visited my blog site and tens of thousands have commented and supported me.

“But most appear to be worried and would not give their names. They are usually anonymous. So the support is not effective.

“I cannot do everything all by myself. I need support. I cannot just go to Dato Seri Abdullah, catch him by the scruff of his neck and throw him out,”' he said.

Getting rid of Abdullah may not be enough to lift the cloud of despair hanging over the BN and Malaysia. A recent survey commissioned by a government agency showed that many Malaysians seemed dissatisfied in the manner the BN operates.

More than 60 per cent of Chinese and Indians polled wanted the BN to become one single multiracial political party. Surprisingly, 71 per cent of Malays, Indians and Chinese polled said that BN race-based affirmative action policy is obsolete and must be replaced with a merit-based system.

Taken individually, 63 per cent of Malays support this change in policy, 83 per cent Chinese and 85 per cent Indians and 63 per cent non-Muslim Bumiputeras.

These findings make nonsense of some of the assumptions Umno politicians have relied on even after Election 2008.

-TMI

Ceh..! Depa Belakon Ka..?

JOHOR BAHARU, 4 Sept (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat laporan atau memberikan bukti-bukti palsu berkaitan jenayah rasuah melibatkan penjawat awam.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata tindakan itu bukan sahaja membuang masa pihaknya melakukan siasatan malah dianggap fitnah dan menganiaya mereka yang tidak melakukan jenayah rasuah.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka mengikut (Seksyen 182) Kanun Keseksaan," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Jawatan Bersama Mencegah Rasuah antara Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dan BPR.

Ahmad Said berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Majistret Kajang Isnin lepas yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap Ketua Pemuda Umno Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya, Mohd Rusihan Abu Aziz yang mengaku salah membuat laporan palsu mengenai rasuah politik 30 Julai lalu.

Mengenai gejala rasuah di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom), beliau berkata belum ada tangkapan lanjut berkaitan rasuah membabitkan kelulusan kereta.

Ahmad Said berkata BPR masih memantau kes itu dan menjangka beberapa tangkapan akan dibuat pada masa akan datang.

Mengenai MoU itu, katanya ia bertujuan meningkatkan sistem penyampaian dan keyakinan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MBJB.

Jawatankuasa dengan keanggotaan minimum seramai 15 orang itu dipengerusikan bersama oleh Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Naim Nasir dan Pengarah BPR Johor Simi Abdul Ghani.

Ia akan melihat dan menutup sebarang lompang yang memberi peluang berlakunya jenayah rasuah dalam MBJB.

MBJB merupakan kerajaan tempatan pertama di kalangan 147 kerajaan tempatan di negara ini yang mempunyai jawatankuasa seumpama, bagi mewujudkan sistem penyampaian yang memuaskan hati rakyat.

TP - Ceh... aku macam dapat baca je apa bakal jadik lepas ni... pagi tadi Mazlan buat laporan ke-2 Pak Lah rasuah... tup tup petang ni BPR kasik warning dekat pembuat laporan palsu... aku agak la kan... 3-4 hari lagi Mazlan kene tahan sebab "buat laporan palsu"... korang agak macam mana? Meh kita main teka-teka...

Pusrawi's Dr Osman appears in public

BREAKING NEWS! updated 3.35pm - Dr Mohd Osman Abdul Hamid, the Puswari Hospital doctor who examined Mohd Saiful Bukhari Azlan, appeared in public today to stand by his claim that he found no evidence of sodomy on the alleged victim.
MCPX

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Osman took leave from his hospital more than one month ago after his medical report on Saiful was mysteriously leaked on July 28.

The doctor, who was accompanied by his lawyers - M Puravelan and Yusri Kamarudin - called a press conference at the Bar Council auditorium at 12 noon today.

He confirmed that the statutory declaration, which was published in the Malaysia Today website was indeed signed by him.

"I am not involved in politics. I will always tell the truth," said the soft-spoken bespectacled doctor who sounded slightly nervous.

He also expressed anger over the leaking of the medical report which landed him in the spotlight.

In the statutory declaration, Osman stood by the leak medical report where he did not find any sign of sodomy after examining Saiful's anus.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 pc 040908 01Saiful has claimed that he was sodomised by his ex-boss, Opposition Leader Anwar Ibrahim on June 26.

Anwar was subsequently charged with the offence a few weeks later.

Osman said that he was calling the press conference "to clear his name.

Reading from a prepared statement, Osman said he went on leave as he came under pressure following a police investigation into his medical check-up on Saiful.

He also said that he did not know how his medical report on Saiful became public.

To a question if he was still in employment with Pusrawi, Osman said he would be returning to work as soon as possible.

He also dismissed claims that he was worried for his safety.

Below is Dr Osman's press statement that he read out this morning:

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 08"I am the doctor who affirmed the statutory declaration dated Aug 1, 2008.

I have had the chance to read the statutory declaration that has been put up on the website of Malaysia Today. I confirm that it is a true copy of my statutory declaration. I will now confirm that the contents of the statutory declaration is correct.

I had gone on leave. There was a lot of pressure on me. I am now back in Malaysia. There has been a lot of media statements in Malaysia made by various individuals.

Some of these statements have put me in a bad light both professionally and as a person. Please be assured that I had merely done my job as a doctor. I am not involved in politics. I will always tell the truth.

I have never at any time breached my professional ethics. I have always practised doctor-patient confidentiality."

Below is the transcript from the question-and-answer session during the 15-minute press conference:

Where were you during this period (that you went 'missing')?

I was away, I was on holiday.

Did you go back to Burma?

(All) I can say (is) I was away.

You said you respect doctor-patient confidentiality. Why then did you make the statutory declaration and release the medical report?

There were a lot of statements in the Malaysian papers, I just want to clarify these things, I wanted to clear my name, that’s why I produced the statutory declaration.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 03Why did you reveal the medical report in the first place?

No, I was not responsible (for the leaking of the) medical report.

Are you still with Pusrawi Hospital?

Yes I think so, I am still on leave.

Did you receive any threats which forced you to leave the country?

There is no threat but (due to) my experience after seeing the patient (Saiful), I myself felt very depressed and shaken that’s why I wanted to take leave. My hospital (then) advised me to take leave for a while (and now) I am back here.

When are you going back to the hospital?


As soon as possible.

Do you know how Malaysia Today got hold of your statutory declaration?

I don’t know.

Do you know how the medical report was leaked?

No I don’t, I have no idea.

Do you have anything extra to add apart from your press statement?


I am sad because my patient’s (medical record) was leaked from somewhere.

Are you angry?

Yes, I am very angry but this is out of my hand, I am not holding the patient’s folder all the time. If I am working as a doctor in my own clinic, this (record) will be under my hand.

You went on leave on your own accord?

They advised me to take leave because of my ‘experience’ (feeling afraid).

Do you still stand by the contents of the statutory declaration?

Yes, I confirm.

You maintain that the content is correct?


Yes.

Were you and your family in danger at anytime?


Not in danger.

Were you harassed by the police?

No, they never detained me.

Will you participate in any police investigation?

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 pc 040908 02Puravalen: Our instruction is that he will cooperate with the police in the investigation. Yusri has also been interviewed by the police in respect of his professional relationship with Dr Osman.

When did you come back to Malaysia?


Recently, few days ago.

Which police took your statement?

From Bukit Aman (federal police headquarters).

You said you were depressed and shaken, why?

I wasn’t shaken. I was depressed after the police investigation, three times (of questioning), because I am not familiar and used to (dealing with) the police. I am a doctor, I have no experience in that kind of things. I didn’t even know that the patient (was Saiful), I didn’t know the name.

Do you have any idea whether you would be subpoenaed as a witness in Anwar's trial?

Puravalen: Going on general circumstances, he would be a critical component for the chain of evidence, so it would be nothing unexpected if he gives evidence in court.

Are you still staying at the same place or have you moved somewhere else?

I am staying in Kuala Lumpur.