"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 04, 2008

Ceh..! Depa Belakon Ka..?

JOHOR BAHARU, 4 Sept (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat laporan atau memberikan bukti-bukti palsu berkaitan jenayah rasuah melibatkan penjawat awam.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata tindakan itu bukan sahaja membuang masa pihaknya melakukan siasatan malah dianggap fitnah dan menganiaya mereka yang tidak melakukan jenayah rasuah.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka mengikut (Seksyen 182) Kanun Keseksaan," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Jawatan Bersama Mencegah Rasuah antara Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dan BPR.

Ahmad Said berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Majistret Kajang Isnin lepas yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap Ketua Pemuda Umno Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya, Mohd Rusihan Abu Aziz yang mengaku salah membuat laporan palsu mengenai rasuah politik 30 Julai lalu.

Mengenai gejala rasuah di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom), beliau berkata belum ada tangkapan lanjut berkaitan rasuah membabitkan kelulusan kereta.

Ahmad Said berkata BPR masih memantau kes itu dan menjangka beberapa tangkapan akan dibuat pada masa akan datang.

Mengenai MoU itu, katanya ia bertujuan meningkatkan sistem penyampaian dan keyakinan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MBJB.

Jawatankuasa dengan keanggotaan minimum seramai 15 orang itu dipengerusikan bersama oleh Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Naim Nasir dan Pengarah BPR Johor Simi Abdul Ghani.

Ia akan melihat dan menutup sebarang lompang yang memberi peluang berlakunya jenayah rasuah dalam MBJB.

MBJB merupakan kerajaan tempatan pertama di kalangan 147 kerajaan tempatan di negara ini yang mempunyai jawatankuasa seumpama, bagi mewujudkan sistem penyampaian yang memuaskan hati rakyat.

TP - Ceh... aku macam dapat baca je apa bakal jadik lepas ni... pagi tadi Mazlan buat laporan ke-2 Pak Lah rasuah... tup tup petang ni BPR kasik warning dekat pembuat laporan palsu... aku agak la kan... 3-4 hari lagi Mazlan kene tahan sebab "buat laporan palsu"... korang agak macam mana? Meh kita main teka-teka...

No comments: