Sambung balik surat kontroversi.
Perenggan ke-2 dalam surat menyebut - Tuan,ingin saya beritahu tuan bahawa selama 7 tahun saya buat lelongan ini tiada apa-apa masalah timbul.Kami telahpun menjalankan dengan jayanya sehinggakan kehidupan kami serba mewah.Kami berdua keturunan hindu dan berbangsa India.
Nah..! Provokasi bermula dekat sini (perenggan ke-2).pertama aku nak ulas penggunaan bahasa individu yang berpelajaran tinggi & berkaliber.kita pergi pada lojik.bagi seorang yang berpendidikan tinggi, lebih-lebih lagi yang berbangsa India (aku ada ramai member India) penggunaan bahasa didalam urusan surat menyurat KEBIASAANNYA dilakukan dalam bahasa Inggeris - itu fakta sebab depa lebih mudah & terror bahasa inggeris.
Lagi 1, apa pulak rasionalnya mendedahkan keturunan (ada ke keturunan "Hindu"?) dan bangsa pengirim surat? erm...tang "keturunan Hindu" tu aku dah bantai gelak dah dengan Pak aku... apa la yang reka surat ni bangang sangat pengetahuan Amnya... keturunan dengan agama pun tak reti nak beza... kalau ye pun nak provoke orang... biar la lojik sikit...
Ulasan aku - Kencing, surat rekaan.
Opening surat ada sikit cantik la, masuk perenggan ke-2 dah start mengarut. nampak macam tak sabar-sabar nak provoke. saje ditimbulkan sentimen keagamaan & bangsa supaya yang membaca tapi tak fikir, naik darah... bila darah naik atas kepala, mula la isap rokok sambung puting. silap sikit, jom bertumbuk... confirm tengok orang keliling nampak keciiiiik je... lebih-lebih lagi "keturunan" yang disebut kat atas tadi... itu motifnya...
Awal-awal dah cucuk jarum sentimen perkauman & keagamaan.
Sebab paling kukuh untuk aku katakan bahawa surat ni rekaan & cubaan memprovoke ialah penggunaan bahasa yang paling rendah standardnya berbeza dengan "pendidikan" penghantar (aku tak pasti 2 nama tu wujud atau tak sebab aku try search dalam enjen carian V6... resultnya "0"...ada 1 info je tapi lekeh gila.rujuk kat [sini] kira info cap ayam la...
Yang lain-lain aku malas nak ulas... aku dah ajar sikit-sikit tu, hangpa pikiaq pulak sendiri...
Ni aku tambah sikit lagi... korang perati cara surat tu ditaip & penggunaan bahasanya ada ala-ala "rock" sikit-sikit... aku suka penggunaan ayat "selamba" tu... nampak sangat surat ni direka oleh "kutu jalanan" & bukannya oleh seorang yang berpendidikan tinggi & berkaliber disamping berjaya dalam perniagaan & berpengalaman lebih 7 tahun...
Perati betul-betul dekat penghabisan surat tu... semua pemimpin melayu dia hantam cukup-cukup... yang aku herannya, orang UMNO/BN dia tak hantam macam dia hantam pemimpin Pakatan Rakyat... ni skill baling batu sembunyi tangan... jangan tertipu beb... yang lain-lain korang pikir pulak... tolong pikir sekali kenapa mamat yang bisnesnya dah jalan lebih dari 7 tahun tak de company stamp.
Last call - korang agak kenapa surat ni ditaip dalam bahasa Malaysia & bahasa yang dipakai pun kira low class punya bahasa@bahasa pasar?
Jawapannya - sebab surat ni memang direka untuk memprovokasi orang-orang melayu lebih-lebih lagi pakcik-pakcik & makcik-makcik yang semangat "melayunya" kuat dalam diri.jugak golongan-golongan sasaran depa ialah golongan-golongan berpelajaran sederhana/sekolah tak tinggi. sebab golongan ni paling sensitif & paking mudah diprovoke...
C'mone geng... kalau betul surat ni bukan rekaan, mesti dia buat dalam bahasa Inggeris bro... orang terpelajar kalau marah, jarang cakap melayu betoi x? udahla Mat Ezam... aku tau la keje jahat ngko nih... pas ni korang tengok la sesumpah tu mesti bersumpah tak tau apa-apa...
Aku rasa yang akan timbul lepas ni & ulas isu surat ni ialah geng-geng ayahanda, kekanda, angah, acik & jugak ucu... komplot jangan tak komplot...
Klik gambar untuk paparan jelas.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment