"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 04, 2008

Kununnya Reputasi Tengku Adnan Terjejas...

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K.Lingam tidak dapat diragukan telah memberi kesan terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menjejaskan reputasinya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini

Peguambela Tengku Adnan, Datuk Bastian Pius Vendargon berkata berikutan hasil siasatan suruhanjaya itu, Tengku Adnan juga terdedah kepada kemungkinan prosiding jenayah.

Vendargon berkata dengan keadaan itu, Tengku Adnan berhak memohon bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya kerana Perintah 53 Peraturan 2(4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 menetapkan pemohon mesti membuktikan yang mereka terjejas teruk dengan sebarang keputusan pihak berkuasa awam sehingga semakan terhadap keputusan itu perlu didengar.

"Dalam kes ini, siasatan laporan itu telah menjejaskan reputasi pemohon (Tengku Adnan). Oleh itu dia (Tengku Adnan) berhak membuat permohonan itu (mendapatkan semakan penghakiman)," katanya.

Vendargon berkata oleh kerana Tengku Adnan tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap hasil siasatan suruhanjaya, pilihan yang ada buat Tengku Adnan ialah memohon semakan penghakiman.

Vendargon sedang menjawab bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi pada 16 Julai untuk menolak permohonan lima individu bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya itu.

Pemohon berkenaan ialah peguam Datuk V.K. Lingam, hartawan Tan Sri Vincent Tan, Tengku Adnan dan dua bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin.

Mereka mahu bahagian tertentu dalam laporan suruhanjaya itu yang mengaitkan mereka supaya dipadamkan.

Suruhanjaya itu dianggotai pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, hakim mahkamah rayuan yang bersara Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Anggota panel dalam inkuiri 17 hari itu adalah berhubung klip video 14 minit itu yang dikeluarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaparkan Lingam berbual di telefon, kononnya dengan Ahmad Fairuz, didakwa mengaturkan urusan pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu dalam laporannya yang dikeluarkan kepada awam mendapati video klip itu adalah tulen dan mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap Lingam, Vincent, Tengku Adnan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Fairuz dan Mohd Eusoff atas salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat alasan kukuh untuk menyiasat enam lelaki itu berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman 1976.

Dr Mahathir tidak membuat permohonan untuk semakan penghakiman.

Pada perbicaraan hari ini, Vendargon juga mengemukakan hujah bahawa laporan suruhanjaya itu jelas tertakluk untuk semakan penghakiman.

Vendargon berkata pemohon bagi permohonan semakan penghakiman itu tidak menuntut sebarang gantirugi atau perintah mahkamah tetapi hanya ingin mendapatkan perisytiharan terhadap laporan siasatan suruhanjaya.

Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Kadir Musa membenarkan permohonan Vendargon untuk memadamkan nama lima pesuruhjaya seperti yang disebut di dalam permohonan semakan penghakiman dan digantikan dengan permohonan yang sama oleh Lingam dan Vincent.

Dalam permohonannya, Lingam dan Vincent memberikan nama responden itu sebagai Ahli Suruhanjaya Siasatan mengenai Rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim-hakim".

Hakim Abdul Kadir kemudian memerintahkan keputusan itu juga terpakai kepada permohonan Ahmad Fairuz dan Mohd Eusoff.

Vendargon akan meneruskan penghujahan pada 9 Sept.

4 comments:

Sheikh said...

Ha Ha... He He... Ho HO...!

Anonymous said...

cantik nyerrr.. bendera KELATE tu yek..rasa cam kenal jer..hahaha.

Sapo ore kelate ni?
Nok kenal buleh ko?

Mr Joker said...

raktamrittika - hahaha... kawe la oghe klate tu...

kigho skapong la dih..?

Anonymous said...

huh, g mano mano,mesti ado ore klate...maju bena klate nih...hahhaah...