"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 26, 2009

Penanti: SPR Arah PKR Turun Bendera Depan Pejabat UMNO - malaysiakini

Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.

Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.

Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.

Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah wujudkan bermacam-macam lagi undang-undang dan arahan-arahan pelik ikut kepala bapak pengerusi SPR.

Aku sokong je SPR dari jauh...

Sokong bawa rebah..!

Banner Propaganda Kembali Lagi Di Penanti Pula - malaysiakini

Banner ni ade ejen Perisik Rakyat jumpa di Penanti... seingat aku, Banner dengan tajuk macam ni pernah muncul di Permatang Pauh masa Pilihanraya Kecil P-044 dulu. masa tu Pakatan Rakyat bertanding melawan UMNO dan jugak Bebas.

Aku tak mau tuduh sape-sape dalam hal ni tapi aku suka warna merah tu... kalau ya pun nak buat propaganda, carik la kaler lain selain kaler Merah dan Biru... nampak sangat la geng...

Yang aku herannya, calon Pakatan Rakyat bukan DS Anwar sebaliknya Mansur... yang kene serang DS Anwar... alamak... mentaliti macam budak skolah betul la creator propaganda ni...

UMNgok betul..!

Oit... aku tak tuduh UMNO tau, tu aku sebut UMNgok bukan UMNO..!

Kah kah kah kah kah ... !!!

DS Ir Nizar Bakal Pesuruhjaya PAS Perak..? - malaysiakini

Menurut Tok Guru Hj. Ahmad Awang, pada usia 74 tahun ketika ini beliau merasa patut berundur daripada memimpin organisasi PAS yang lebih memerlukan pemimpin pantas, dinamik dan progresif. Tok Guru adalah pemimpin paling senior (dari segi umur) yang mendapat pencalonan untuk bertanding pada muktamar Jun ini.

Bersama dengan keputusan menarik diri daripada pertandingan di peringkat PAS Pusat, Tok Guru Hj. Ahmad Awang juga memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang telah diamanahkan kepadanya sejak 8 tahun lalu.

Kata Tok Guru dalam ucapannya, "Saya telah memaklumkan hal ini (melepaskan jawatan PJ) kepada Dato' Seri Presiden sebentar tadi".

"Keputusan ini bukan bermaksud saya akan meninggalkan perjuangan ini. Saya tidak akan meninggalkan kerja-kerja perjuangan PAS. Saya akan tetap bersama PAS tetapi bukan sebagai pemimpin organisasi di peringkat Pusat atau negeri. Saya akan memberikan tumpuan kepada tugasan yang telah lama saya lakukan iaitu meneruskan usaha dakwah selagi ada hayat". Demikian penjelasan Tok Guru Hj. Ahmad Awang.

Semua perwakilan yang diminta memberi komen tentang keputusan Pesuruhjaya PAS Perak itu amat mengalu-alukan keputusan yang disifatkan sebagai 'berjiwa besar' dan 'memandang jauh ke hadapan'.

Sehubungan dengan itu PAS Perak sessi 2009-2011 yang akan bermula selepas Muktamar PAS Pusat awal Jun ini akan mendapat Pesuruhjaya baru. Antara nama-nama yang memimpin PAS Perak ketika ini ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain (TPJ 1), DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin (TPJ 2), Hj. Asmuni Awi (TPJ 3), Hj. Abd Rahim Md Ariff (SU), Dr. Hj. Khairudin Dato' Hj. Abdul Malek (Bendahari), Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki (Ketua Penerangan) dan Ustaz Suid Din (Ketua Dewan Ulama').

Selain itu antara nama-nama yang turut dikaitkan dengan PAS Perak ketika ini ialah Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Nama-nama yang paling banyak disebut untuk mengisi amanah ini ialah DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin dan Hj. Asmuni Awi.

Baca selanjutnya di [sini]...

Monday, May 25, 2009

Satu Malaysia: MAKAN Dulu Woi..!

Cuba korang jenguk dekat [sini] pas tu baca moto dekat atas laman web Pemuda UMNgok Malaysia... ni memang tak reti mengeja ke atau memang kepala otak tau nak MAKAN je ke aku tak tau...

Tapi kalau sebut UMNO memang tak dapat dipisahkan dari "MAKAN"... "MAKAN" harta orang lain macam harta tu mak bapak UMNO punya harta...

Satu Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutaMAKANkan

UMNgok..!

Minyak Hitam Dan Servis Motorsikal Percuma..!

BENGKEL "SAFETY RIDING" BERSAMA YASIR SAID (JUARA CUB PRIX ASIA).
TARIKH : 26 MEI 2009
WAKTU : 4.30 PETANG
TEMPAT : JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI.

Demo "Weikang" dan "Williey".
Demo dan taklimat safety riding.
Pertandingan berkaitan safety riding.
Percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama.

Anjuran : Parti KeADILan N.Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMK Permatang Pauh, semua di jemput hadir.

Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. Parti KeADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat/safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel "Safety Riding" bersama Juara Cub Prix Asia saudara Yasir Said.

Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma.

Selain itu, Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat.

Demonstrasi willie dan weikang (iaitu dua aksi popular anak muda bermotorsikal) akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh Parti KeADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt. Mertajam, diharap dengan program ini Parti KeADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup
sehat anak muda.

Janda Ahli Politik Masih Dara...

Seorang janda yang sudah tiga kali kawin-cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mau periksa dalam, terjadi percakapan.

Janda : “Hati-hati periksanya ya dok, saya masih ‘perawan’ lho …!”

Dokter : “Lho? Katanya ibu sudah kawin-cerai tiga kali, mana bisa masih perawan …?”

Janda : “Gini lho dok, eks suami saya yang pertama ternyata impoten (mati pucuk).”

Dokter : “Oh gitu, tapi suami ibu yang kedua gak impoten kan?”

Janda : “Betul dok, cuma dia gay, jadi saya gak diapa-apain sama dia.”

Dokter : “Lalu suami ibu yang ketiga gak impoten dan bukan gay kan?”

Janda : “Betul dok, tapi ternyata dia itu orang ‘partai politik umno’….”

Dokter : “Lalu apa hubungannya dengan keperawanan ibu …?”

Janda : “Dia cuma janji-janji saja dok, ‘gak pernah direalisasikan!!!”

Dokter : “?!?!?!?!????”

Nota : cilok dari detikdaily.com.

Sunday, May 24, 2009

Wanted: Ismail Kamal@Dee - malaysiakini

Aku dapat 1 komen dalam post aku yang [ni] dan aku rasa aku nak tolong geng kita ni... korang baca sendiri komen tu (aku copy & paste dekat bawah) -

Anonymous has left a new comment on your post "Gambar-Gambar Sekitar Penamaan Calon Penanti (5) -...":

Salam...

Sapa kenal mamat dalam pic nombor 4 tu tolong kirim salam...

Ismail Kamal @ Dee...

Sama kerja kat KL dulu...

Sekarang tak tau dia kat mana...

Coz saya pun dah tak kerja M'sia lagi...

Sekarang dah kat negeri pdg pasir...

Dee hang email aku la...

-Awey... (abechef@yahoo.com)

Rujuk gambar dekat atas (klik untuk besarkan imej)...

Jadik, sesape yang kenal brader dalam gambar dekat atas tu, tolong bagitau dia member dia Awey kirim salam dari Negara Padang Pasir dan mintak tolong brader dalam gambar tu email geng dia Awey ni ha... email dekat atas tu...

*Sekali-sekala buat jejak kasih ok jugak kan..? Hahaha...!!!

Aku Punya Pasallah..! Kah Kah Kah Kah Kah...!!!

Aku terbaca berita ni dekat [sini], dan aku sangat-sangat tertarik dengan apa yanng aku quot dekat bawak ni -

Apa kenyataan Harussani yang menyintak hati saya itu? Harussani berkata :
  • "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang".
Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini...
  • "DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam".
Aku pun terfikir... apa pulak masalahnya kalau orang nak buat mogok lapar? bukannya menyakitkan sape-sape... bukannya merosakkan harta benda sape-sape... bukannya mencederakan sape-sape... bukannya menyusahkan sape-sape...

Dah dia orang nak buat mogok lapar, biar je lah... apa masalahnya? nak buat demonstrasi tak boleh, nak pakai baju hitam tak boleh, nak pasang lilin tak boleh... nak bersuara tak boleh... ni nak mogok lapar pun tak boleh..? aik?

Sure Heboh boleh pulak... tak de masalah pulak..?

Rasuah@politik wang boleh pulak... tak de masalah pulak..?

Rampas kuasa boleh pulak... tak de masalah pulak..?

Aik..?

Jadi aku pun ambik keputusan untuk buat macam dekat bawah ni sebab dah lama sangat dah aku tak buat...

Hmmm... ada MASALAH ke dengan PASAL yang aku buat ni..?

Kah kah kah kah kah ... !!!

Double Trouble: Only In Malaysia..! - malaysiakini

Ya... inilah Negara Malaysia yang kita cintai. sejak bermulanya era pemerintahan Najib, macam perkara pelik mula berlaku di Malaysia.

Sebelum ni dalam era Pak Lah pun banyak jugak berlaku perkara-perkara yang pelik dan mengejutkan tapi tidaklah sehebat era Najib.

Hanya di Malaysia sahaja berlaku kejadian sebuah negeri mempunyai 2 orang Menteri Besar, hanya di Malaysia sahaja berlaku kejadian sebuah negeri mempunyai 2 kerajaan, hanya di Malaysia sahaja berlaku kejadian sebuah negeri mempunyai 2 team EXCO, hanya di Malaysia sahaja berlaku kejadian sebuah negeri mempunya 2 orang speaker dan yang terbaru pula berlaku dalam parti komponen Barisan Nasiyonal dimana parti PPP kini mempunyai 2 orang Presiden.

Ini semua adalah impak dari perbuatan bodoh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Semua perkara mula jadi bercelaru dari awal Najib memegang jawatan Perdana Menteri dan dalam masa tak sampai pun 2 bulan, berbagai kembar-kembar berjaya dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan slogan 1Malaysia, semuanya mula menjadi retorik, bukan 1Malaysia yang berjaya dibawa oleh Najib sebaliknya lebih banyak "Twin Malaysia" berjaya ditonjolkan.

Bila sebut "Twin Malaysia" aku rasa ada lagi kembar-kembar yang boleh disepadankan dengan Negara Malaysia sekarang.

Mahkamah Malaysia bolehlah dipadankan dengan Mahkamah Bollywood. badan-badan penguasa di Malaysia termasuk PDRM jugak boleh kalau nak dipadankan dengan apa yang ada dalam filem Bollywood. semuanya bercelaru...

Apa bezanya Dewan Undangan Negeri di Malaysia dengan Taiwan? tak banyak beza kan?

Nikmatilah segalanya hanya di Malaysia...

Aku tengah kumpul info untuk 1 artikel bertajuk "Wang Malaysia not 1Malaysia"...

Tungguuu...

*September ni rege minyak naik lagi kan? kah kah kah kah kah ... !!! what a beautifool Malaysia...!

N-12 Penanti: Gambar Sekitar Ceramah Perdana Berapit - malaysiakini

Penampilan khas Dato' Zaid Ibrahim di pentas politik Pakatan Rakyat bukan perkara baru semenjak beliau meletakkan jawatannya dalam kabinet Pak Lah kerana protes dan tidak bersetuju dengan dasar-dasar UMNO/Barisan Nasiyonal yang lebih banyak menindas rakyat dan hanya menguntungkan "jerung-jerung" peliharaan UMNO/Barisan Nasiyonal.

"UMNO/Barisan Nasiyonal hanya pandai mencipta slogan tetapi tidak pernah mentafsirkan slogan-slogan tersebut didalam pelaksanaan"... "tolak UMNO/Barisan Nasiyonal, negara akan bertambah kukuh bersama Pakatan Rakyat..!" - pesan Dato' Zaid Ibrahim kepada para pengundi N-12 Penanti...

Menteri Besar Rakyat Perak Dato' Seri Ir Nizar turut hadir memberikan sokongan kepada calon N-12 Penanti. walaupun tidak dapat meluangkan banyak masa di Berapit kerana mengejar masa untuk ke ceramah seterusnya di Kubang Semang, namun kehadiran Menteri Besar Rakyat Perak amat dinanti-nantikan oleh para hadirin.

Negara Malaysia bukan milik UMNO/Barisan Nasiyonal, tetapi anugerah Allah untuk rakyat Malaysia. cukup negeri Perak dilacurkan oleh UMNO/Barisan Nasiyonal, benamkan terus UMNO/Barisan Nasiyonal dalam mana-mana PRK/PRU yang ada.

Hidup rakyat..! Bubar DUN Perak..!

Ribuan hadirin memenuhi kiri kanan pentas ceramah, kehadiran tak kurang dari 3 ribu hadirin.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu turut hadir memberi penerangan situasi politik terkini kepada para hadirin.

Dari Melaka, berdemo di atas jalanraya memperjuangkan hak seorang gadis yang dirogol oleh seorang Ketua Menteri, disumbat kepenjara bertahun-tahun, ISA Kamunting pernah menjadi rumah ke-2 beliau dan akhirnya dinobat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Siapa tak kenal wira rakyat saudara Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang lebih terbela dibawah ketua Menteri berbangsa Cina tetapi memahami Islam lebih daripada seorang melayu yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Musuh ketat UMNO/Barisan Nasiyonal. buat la PRK dimana-mana ceruk pun di Malaysia, letak la sape-sape pun jadi calon mewakili Pakatan Rakyat, parti ngok UMNO/Barisan Nasiyonal tetap dok serang DS Anwar Ibrahim... tak paham aku... nampak sangat gila UMNO/Barisan Nasiyonal ni...

Calon PRK N-12 Penanti Dr. Mansor Othman. kalau menang, bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. ingat... undi calon no-1 N-12 Penanti untuk kesejahteraan anda..!