"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng Isytihar Sertai PKR...

Laporan dari Malaysiakini...

Former health minister Chua Jui Meng has today quit MCA and announced that he would be joining the opposition PKR.

"I am resigning as member of MCA and with the permission of PKR's de facto leader, I'm announcing that I'm joining PKR," he told a crowd of 1,000, which responded with shouts of 'reformasi'.

"I'm convinced that today I'm standing on the right side of history, especially at this defining moment of history, I'm joining this party."

He and PKR de facto leader Anwar Ibrahim appeared together at the PKR's 'The Truth Behind the Scandals: Perak, PKFZ and the BN Conspiracy' forum in Sunway Resort Hotel & Spa.

The forum participants applauded as Chua and Anwar entered the hall at 3.30pm.

A banner 'Congratulations to Chua for joining PKR' greeted the MCA leader as he walked in.

Chua explained that he decided to join PKR because the country's two-coalition political system was being undermined by Umno.

He added that the death of Teoh Beng Hock, the political aide of Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah, was the “tipping point” in his decision to defect to the opposition.

Teoh's body was found on Thursday sprawled on the roof of an adjacent building after he had undergone questioning late into the night at the offices of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

In joining PKR, Chua said he was taking a "new journey, a journey of change".

Chua was accompanied by former MCA senator David Yeoh Eng Hock and former Lumut parliamentarian Yap Yit Thong.
In a short speech, both Yeoh and Yap also announced they were joining PKR which drew a thunderous applause from the crowd.

Malaysiakini has two days ago reported that Chua would be defecting to PKR.

Pakatan seeks to regain momentum

Chua had on Thursday called an emergency meeting of his Bakri MCA division where he resigned as its division chief after 23 years.

He urged members of the division to give their undivided support to MCA president Ong Tee Keat.

It is believed that the opposition is seeking to use Chua's defection to regain momentum for the opposition which has been floundering due to internal bickering and a resurgent Barisan Nasional under new Prime Minister Najib Abdul Razak.

Chua, 64, had contested for the MCA president's post twice and lost to two Ongs - Ong Ka Ting in 2005 and Ong Tee Keat in 2008.

Chua was not picked to defend his Bakri parliamentary seat in the last general elections.

The seat was subsequently won by DAP's Er Teck Hwa. Bakri is the sole parliamentary seat in Johor which fell to the opposition in the 2008 general elections.

Layan Zali & TuNGOKlangit Kejap...

zali has left a new comment on your post "ISA: Tun Pak Lah Mahu ISA Dimansuh..?":

ni muhyiddin dah beritau dah...

IPOH 18 Julai – Kerajaan akan meneliti cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penelitian terhadap akta tersebut sedang dibuat dan ia tidak akan kekal seperti status sekarang.

tak ada isu lain ke TiPU?

Ni komen zali dalam pos aku yang sebelum ni... jadi meh kita layan zali kejap...

Sesape yang rajin, tolong bagitau zali yang BoNGOK ni dari zaman Tun Che Det sampai zaman Tun Pak Lah dah berapa kali dah kajian dibuat keatas akta ISA... budak zali ni baru keluar dari gua... jadi pengetahuan Amnya agak kurang...

Tolong ya...

Kejap-kejap lagi TuNGOKlangit akan sambung dengan TARBIah ala-ala BTN... UMNgOk tak pernah dan tak payah di TARBIah oleh TuNGOKlangit, tapi Pakatan Rakyat asyik dok kena...

Soklan untuk TuNGOKlangit... apa hukumnya seorang pemerintah (Perdana Menteri) yang tidak memerintahkan isterinya menutup aurat sedangkan aurat itu wajib bagi seorang Islam..?

Jawab ya TuNGOKlangit... jangan kona baring pergi cerita hal lain pulak ya..!

ISA: Tun Pak Lah Mahu ISA Dimansuh..?

TPU - Pergh... biar betul Tun Pak Lah ni..!

Apasal masa dok pegang jawatan PM dulu tak de usaha langsung nak mansuhkan ISA..? ni dah turun takhta baru sibuk berkokok nak mansuhkan ISA..!

Ini mesti nak beli jiwa orang kampung ni..!

Akhirnya Tun Pak Lah akan berada sebaris dengan Tun Che Det... tanda-tanda awal dah ada dah ni..! bila nak declare keluar UMNgOk..?

Teoh Beng Hock: UMNgOk Yang Semakin Ngok..!

Imbas kembali berita awal tahun bertarikh 29hb. Januari, 2009 sebelum berlaku Perhimpunan Agung UMNgOk...
  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
Dan berita yang baru sahaja berlaku hari Khamis lepas...
  • Setiausaha Politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
  • Mayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
  • Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Macam biasa... setelah berlaku ke 2-2 peristiwa bersejarah tersebut dan setelah laporan polis dibuat maka dengan bergayanya pihak-pihak yang terbabit mengeluarkan kenyataan seperti dibawah -
  • "Kita harap semua pihak bersabar dalam perkara ini, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofile tinggi".
  • "Kita juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan hal ini dan juga kita ingin memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan spekulasi didalam kes ini".
  • "Siasatan akan dilakukan dengan adil dan telus... pihak kami tidak akan menyembunyikan apa-apa hasil siasatan dan semua hasil siasatan akan dibentangkan kepengetahuan umum setelah selesai semua siasatan".
  • "Kita berharap semua pihak akan memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan kes ini"...
Dan hakikatnya ialah... setelah 6 bulan laporan polis dibuat oleh AHLI UMNO DAN JUGA AJK UMNgOk PAHANG, dimana hasil siasatan kes tu..?

Hari ni ada Ahli UMNgOk dan juga Penyokong Totok UMNgOk menyindir-nyindir Pakatan Rakyat kerana bangkit membela Teoh, tetapi mereka lupa ada ahli UMNgOk juga telah dilakukan sedemikian rupa juga. dan pembelaan terhadap pengadu masih samar-samar.

Kenapa masih ramai yang BUTA HATI dan KERAS HATI..?

BANYAK MAKAN HASIL KERJA HARAM KOT...

Friday, July 17, 2009

Chua Jui Meng Bakal Sertai PKR..?

KL : Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang - sumber [sini].

TPU - No komen... yang pasti, orang UMNgOk akan keluarkan statement - Chua Jui Meng hanyalah duri dalam daging... jadi perletakan jawatan beliau dan juga penghijrahan beliau ke Pakatan Rakyat tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasiyonal... (sambil garu-garu kepala...)

Kah kah kah kah kah ... !!!

Pakatan Rakyat pulak jangan seronok sangat... beg plastik kalau dah penuh sangat main sumbat je lama-lama pecah..!

Teoh Beng Hock: "Sepatutnya Ia Hanyalah Satu Ugutan..."

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

N-41 Manek Urai: Terima Kasih kepada Semua Yang Terlibat...

Terima kasih kepada semua blogger-blogger dibawah dan juga sahabat-sahabat yang bersama-sama kami di Manek Urai sepanjang kempen PRK N-41 Manek Urai...
http://perakexpress.com/www/

Menang dengan majoriti yang amat ciput memang agak mengecewakan tetapi akhirnya terubat juga setelah aku tahu bahawa kami berhadapan dengan jentera pilihanraya dibawah seliaan bekas ADUN Dabong. bila dapat tahu kekuatan dan kelebihan jentera lawan berbanding jentera Pakatan Rakyat yang serba kekurangan, hati jadi bangga...

Syukur tak terhingga kepada Allah kerana akhirnya kemenangan menjadi milik rakyat.

Mungkinkah kita akan berhadapan dengan jentera "sehebat" ini lagi sekiranya berlaku PRK di Galas nanti..? aku tak fikir UMNgOk/Barisan Nasiyonal akan menurunkan jentera sekuat ini lagi di Galas nanti sebaliknya aku lebih percaya bahawa UMNgOk/Barisan Nasiyonal akan menurunkan jentera yang lebih kuat dari yang kita hadapi di Manek Urai.

Ini bukan masa untuk bersenang-lenang...

Mohon Keberkatan Dari Allah...

Teo Bong Hock: "Tunggulah" Polis Buat Siasatan

Sebenarnya aku malas sangat-sangat nak komen apa yang berlaku di Pejabat SPRM semalam yang melibatkan kematian seorang pembantu kepada seorang EXCO Selangor.

Tapi terasa nak komen jugak leps aku baca apa yang Bakaq tulis dalam posting terbarunya kejap tadi...

Aku quot sikit apa yang Bakaq utarakan dalam post dia...
Jadi komen aku macam ni je lah untuk Bakaq...

Nak buat macam mana Bakaq oi... kita ni kecik je di mata orang-orang atas ni... nyawa kita ni kalau ikut pada "Mazhab KERAjaan Pusat", dok dalam tangan dia, kalau ikut "Mazhab KERAjaan Pusat" la...

Semua jentera baik perkhidmatan awam atau swasta adalah HAK MILIK MUTLAK KERAjaan Pusat... kita ni sape Bakaq oi...

Terima je lah dengan REDHA...

PRU-13 nanti kita ajar UMNgOk/Barisan Nasiyonal cukup-cukup... tak lama dah... sabaq je... sikiiit je lagi...

Slideshow N-41: Puteri UMNgOk In Action

Samseng-Samseng BN...

Saje aku nak publish gambar-gambar dekat bawah ni...
Mamat pakai topi ni kira macam taiko la dalam gerombolan Sungai Peria... habis semua dikomplennya... pakai serban x leh dekat, pakai tudung labuh tak boleh tapi pakai cap BN boleh... Ngok sungguh... kerja dia ni buat provokasi je... carik pasal, pas tu bila keadaan dah tegang, mamat ni hilang...
Makcik ni pun sama, tukang cucuk... mulut mengalahkan bontot ayam... habis dimaki-makinya yang mana ada dekat keliling dia... buruk rupa makcik ni...
Yang ni tukang pukul curi... aku dengan PinkTurtle dok perati je dia ni... dalam kecoh-kecoh, sempat jugak 2-3 kali dia ni ambik batu nak baling... nasib baik ada yang sempat halang dia ni...

Masa kami serbu rumah tempat UMNgOk bagi-bagi duit tu dia ni pun ada sekali dekat rumah tu... tapi bila dia nampak ramai sangat geng-geng media dok shot gambar, cepat-cepat dia ni blah...
Yang pakai baju belang-belang purple ni lagi sorang Samseng UMNgOk... nak cakap melayu, tak macam melayu... entah bangsa apa aku pun tak tau... tapi dia ni memang tau nak buat kacau je.... tengok gambar pun korang boleh tau dah...