"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 25, 2009

Hakim Dalam Prosiding SELCAT Adalah Rakyat

Oleh kerana itulah, maka dalam prosiding SELCAT tidak ada hakim dan tidak ada penghakiman serta pemberian hukuman kepada pesalah. Malahan, tidak ada sesiapa yang akan dilabel sebagai pesalah ataupun pelaku kesalahan.

Prosiding ini adalah untuk mendapat penerangan dan penjelasan dari sesiapa sahaja di dalam apa-apa sahaja topik yang bersangkutan dengan perjalanan dan pentadbiran negeri Selangor terutamanya di dalam isu yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Selangor.

Hasil dari prosiding dan penjelasan serta kenyataan yang diberikan seterusnya akan diedarkan kepada rakyat supaya rakyat negeri Selangor memberi penghakiman. Sekiranya terdedah berlakunya jenayah dalam sessi2 soal jawab ini, maka terpulang kepada pihak Peguam Negara ataupun LA negeri untuk mengambil apa2 bentuk tindakan undang-undang. Malahan pihak perseorangan juga berhak mengambil tindakan sivil hasil dari perbincangan dan prosiding ini.

Oleh kerana itulah juga, sessi soal jawab ini dipanggil “prosiding” dan bukannya “perbicaraan”. Ini kerana sessi ini tiada hakim, tiada peguamcara, peguambela dan tiada juri. Tidak ada yang dituduh bersalah dan tiada yang perlu membela diri. Hanya sessi soal jawab supaya rakyat dapat menghakimi. Namun, pihak yang dipersoal-jawab itu ada hak untuk membawa peguam mereka bagi tujuan mendapat nasihat undang-undang sewaktu prosiding ini berjalan.

Misalnya, sekiranya DO Kelang, Bukhari Husin memberitahu bahawa beliau terpaksa mempercepatkan kelulusan peruntukan ADUN untuk tujuan kempen pilihanraya BN, maka rakyat Selangor kelak akan menghakimi Barisan Nasional dalam PRU ke 13 kelak. Ini kerana arahan pencepatan proses tersebut datang dari BN dan bukannya DO tersebut.

Prosiding Anjuran SELCAT Adalah Perkara Normal Dalam Mana-Mana Demokrasi

Amalan prosiding yang dianjurkan SELCAT ini adalah amalan yang amat normal dan tidak menjadi apa2 keaiban kepada mana-mana orang sekalipun. Ianya menjadi amalan normal dalam semua Negara Komenwel dan Negara2 Demokrasi yang Maju.

Saya sendiri pernah membaca transkrip Prosiding JK Senat Amerika dalam hal berkaitan Pengganas yang dipengerusikan oleh Senator Bill Mitchell. Dan pada waktu itu, wakil dari Negara Sudan telah dipanggil ke Senat di Amerika untuk menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan. Sudan pada waktu itu diwakili oleh saudara Hasan Turabi. Dan hasilnya, Negara Sudan telah Berjaya dikeluarkan dari senarai negara2 pengganas.

Contoh lain adalah sewaktu MP dari Britain, George Galloway, mengadap JK yang ditubuhkan oleh Senat Amerika kerana terdapat tuduhan bahawa George Galloway menjual senjata kepada Saddam. Peluang tersebut digunakan George Galloway untuk membantai pentadbiran Bush serta mempersoalkan JK tersebut kenapa tidak dipanggil Dick Chenney yang jelas telah menjual senjata kepada Saddam Hussein?

Sila tonton prosiding atau sessi soaljawab tersebut di bawah :

Ertinya, SELCAT mempunyai hak untuk memanggil sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Selangor atau bukan rakyat Selangor untuk menghadiri sessi tersebut dan menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh mereka.

Namun akhirnya rakyat yang akan menjadi hakim.

Tulang Besi

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?

Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soal jawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soal jawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana D.O. tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku D.O. Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk memberi impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysian Insider dibawah)
Dato' Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato' Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan D.O. ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?

Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan memberi alasan kononnya sessi soal jawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitakan Dato Hasan berkata :
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini?

Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?

Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:
Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.

Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Khas Semperna Aidilfiri 1430 Hijrah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah S.A.W.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya Aidil Fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah S.W.T. mewajibkan kita bersiyam (puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll). Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulannya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabdian sepenuhnya kepada kehendak Allah S.W.T.

Terdahulu dari bulan Ramadhan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, dipelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri.

Segala amalan ramadhan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus. Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya. Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.
Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah : 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka selama lebih 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, berbuka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll.

Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang, ADUN Pasir Panjang)

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri Buat Semua...

Tak update..? huh...!!!

Yup... memang agak lama aku tak update website ni... agak sibuk dengan persiapan Aidilfitri. aku cuba ingat-ingat balik perjalanan aku bermula dari Pilihanraya Kecil yang pertama lepas PRU-12 iaitu PRK P-044 Permatang Pauh.

Dah banyak sangat masa keemasan aku dengan keluarga aku yang aku korbankan & keluarga aku pun dah banyak kehilangan masa keemasan mereka dengan aku selama ni, jadi aku ambik keputusan untuk berehat seketika. bayar balik masa-masa emas aku dengan mereka, sama-sama bergelumang dalam persiapan Aidilfitri kali ni.

Website tidak akan dikemaskini buat sementara waktu. aku nak berehat seketika, ini masa untuk aku bersama dengan keluarga aku. jadi mohon maaf pada semua atas perkara ini.

Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia baik pro BN mahupun pro PR...

Terlalu banyak nama-nama yang setia meninggalkan komen-komen, ada yang baik, ada yang agak nakal. tak perlu aku sebut nama-nama korang supaya tak kan ada yang terasa hati "eh... Topeng ni tak ingat dekat aku ke..?"...

Buat korang-korang semua... mohon maaf zahir dan batin... ada baiknya korang pun luangkan masa keemasan dengan keluarga buat seketika...

Aku akan kembali selepas Aidilfitri untuk misi seterusnya - PRK N-31 Bagan Pinang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... selamat menyambut Syawal... Maaf Zahir dan Batin...

Wednesday, September 16, 2009

Majoriti Golongan Muda Tolak UMNO/BN - Tun Daim

80% dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari UMNO itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

TPU - Hah..? 80%..? ye ke..? tak kan la TDZ nak menipu pulak... TDZ kan orang UMNO, mana bley tipu...

Tapi Bijan cakap "Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"... ni kira mendahulukan rakyat jugak la ye..? mendahulukan rakyat dalam hal-hal yang merugikan rakyat, mengutamakan pencapaian yang sebegini hebat iaitu meminggirkan rakyat sendiri...

UMNO boleh, 1Malaysia boleh..!

Pak angguk-pak angguk UMNO dan para pencacai mesti marah dekat TDZ... mesti pencacai akan cakap - TDZ dah nyanyuk..! Tak caya..? tungguuu......

Tuesday, September 15, 2009

Bila Anai-Anai Menjadi Kelkatu...

Dalam seminggu 2 ni, banyak sangat yang kita dengar atau baca perihal adanya sejumlah ADUN dari Pakatan Rakyat yang bakal meninggalkan Parti masing-masing baik dari PAS, PKR atau DAP dan khabarnya mereka-mereka ini bakal berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan pada pimpinan tertinggi di negeri masing-masing.

Kerajaan Pakatan Rakyat di 3 Negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor khabarnya dalam keadaan berjaga-jaga dan menunggu masa untuk kehilangan sokongan didalam Dewan Undangan Negeri masing-masing sebaik Sidang Dewan Undangan Negeri bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.

Aku tak jelas sangat bila 3 negeri dibawah Pakatan Rakyat akan mengadakan Sidang DUN masing-masing tapi yang jelasnya, sebaik Sidang DUN bermula, ada perkara hangat dan hangit akan berlaku. setakat mana kebenaranya... Allahua'lam... sama-sama kita tunggu.

Sebaik mulanya tersebar berita-berita angin tersebut, telipon aku tak berenti-renti berdering. ramai yang dok bertanya betul atau tidak dan ramai jugak yang dok bertanya kenapa aku tak ulas dalam website ni...

Jawapan aku cukup mudah... kalau nak lompat, lompat je lah... kalau rasa tak percaya, maka nyatakan pendirian secara jelas. buat sidang akhbar, jangan main sorok-sorok macam tikus. tapi zaman sekarang tikus lagi berani... mana ada main sorok-sorok dah. setakat nak menyelit celah-celah kaki manusia di Jalan TAR tu selamba je... tak macam ADUN-ADUN yang kununnya "hilang kepercayaan" tu.

Sekarang dah hampir tiba musim hujan... mungkin ana-anai dah bertukar jadi kelkatu...

Pada aku mudah. kalau nak tumbang Kerajaan Pakatan Rakyat di 3 negeri selepas apa yang berlaku di Perak, maka tumbanglah. jangan ditahan-tahan, tak payah dirunding-runding lagi dengan mana-mana ADUN yang "hilang kepercayaan" tu.

Bila dah sampai ke tahap nak isytihar keluar dari parti masing-masing dan juga beramai-ramai nak isytiharkan diri sebagai calon bebas pada aku bukan masanya untuk berunding lagi. masa untuk berunding ialah sebelum adanya "rasa tak puas hati". masa untuk berunding ialah bilamana ketika masalah dikawasan masing-masing tak dapat diselesaikan selepas dirujuk oleh pihak pimpinan atasan.

Apa yang berlaku sekarang ialah, masalah dikawasan masing-masing (ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan") selesai tanpa banyak masalah tetapi ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" pula yang ada masalah dengan pihak Pimpinan Atasan... apa masalahnya... tiada yang tahu... itu masalahnya.

Jadi apa yang aku nampak, ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" ini ada agenda tersendiri. apa agendanya aku tak tau, nak tuduh yang bukan-bukan, aku tak de bukti. cumanya, aku pelik... kenapa orang-orang yang rapat dengan ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" termasuk pembantu khas mereka tak tahu apa masalah yang dihadapai mereka sebaliknya orang-orang pembangkang dinegeri masing-masing lebih tahu...

Pelik... pelik tapi benar...

Bila dah jadi perkara semacam pelik tapi benar, jadi eloklah dibiarkan saja mereka-mereka itu tadi membawa haluan dan kepercayaan masing-masing mengikut apa yang mereka mahu. kalau dah rasa gembira dengan cara itu, maka teruskan saja niat korang.

Aku tak rasa Pakatan Rakyat akan rugi dalam hal ni. aku terpaksa fikir lebih jauh. ya... buat apa ada anai-anai dalam parti sedangkan anai-anai adalah perosak. nyahkan saja anai-anai yang ada supaya Pakatan Rakyat lebih kukuh. untuk masa ini, kita akan kehilangan kuasa keatas negeri masing-masing. tapi perlu kita ingat realiti dan faktanya ialah - kita tumbang bukan kerana rakyat, tetapi kerana beberapa orang ADUN yang tidak amanah.

Lebih baik kehilangan mereka-mereka yang tidak amanah daripada kehilangan kepercayaan dari rakyat yang memilih.

Itu perkara yang paling mudah untuk menghidupkan apa yang kita panggil "demokrasi". kalau ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" nak blah, biarkan mereka blah... berilah kebebasan kepada mereka supaya mereka dapat menghayati erti kebebasan dan "demokrasi". aku percaya PRU-13 nanti mereka akan lebih faham apa itu makna "demokrasi" dan "kuasa rakyat".

Kalau benar perkara ini berlaku nanti, ianya adalah satu bonus untuk Pakatan Rakyat. tak perlu lagi bersusah payah memilih calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. yang akan tinggal bersama dengan Pakatan Rakyat selepas ini ialah mereka yang aku percaya benar-benar berjuang demi rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat... bukan untuk "aku".

Pilihan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat pada waktu ini bukanlah satu pilihan yang baik bagi mereka-mereka yang bijak menggunakan akal. tapi bagi mereka yang tidak tahu bahawa mereka itu berakal, inilah masa yang terbaik. banyak tawaran menarik menanti demi untuk menunjukkan bahawa Parti yang lemah (UMNO/BN) itu adalah kuat disebaliknya.

Untuk sahabat-sahabat yang sama-sama menghidupkan perjuangan membela rakyat diatas paltform Pakatan Rakyat, tak payahlah melatah atau marah-marah kalau benar ada ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" merealisasikan khabar angin ini. bergembiralah kerana kita tak perlu lagi bersusah payah memerhatikan segala gerak-geri mereka-mereka yang telah kita pilih dalam PRU-12.

Orang-orang yang "tersalah" platform ini (sepatutnya bersama UMNO/BN) tahu untuk menonjolkan rupa sebenar mereka tanpa perlu kita bersusah payah lagi. Pakatan Rakyat akan bersih dengan sendirinya dari najis-najis dan pokok-pokok paku-pakis yang menumpang selama ini.

Musim hujan telah tiba, anai-anai yang selama ini bersarang dalam Pakatan Rakyat akan keluar sebagai kelkatu... bebas berterbangan meninggalkan sarang masing-masing... tapi berapa lama jangka-hayat kelkatu..?

Lumrah hidup kelkatu, bila keluar dari sarang, terus menuju kearah cahaya... cuma kelkatu kurang bernasib baik sebab ia tidak tahu ada pemangsa menunggu dikawasan bercahaya...

PRU-13, kita akan tunjukkan kepada para kelkatu apa yang ada pada "cahaya" dan apa itu "kebebasan".

Salam Lailatul Qadar... Allahuakbar..!

Monday, September 14, 2009

1Malaysia Kena Tipu Dek Proton...

Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…

Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…

Haaaa… Ini baru harga Proton… Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton, ada yang sakit jantung nanti…

"1Malaysia - Rakyat DiHULUkan, KeUNTUNGan DiuTAMAKkan..!"

Penamaan Calon 3 Okt, Mengundi 11 Okt...

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos

Sunday, September 13, 2009

UMNO Seksyen 23 vs Saidina Umar Al-Khattab

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian.

Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
  • “Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini.

Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

Wallahu a'lam
KHALID SAMAD

Saturday, September 12, 2009

1Malaysia: Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan...

Dekat atas ni ialah gambar seorang penduduk dalam kawasan Parlimen Pekan...

Namanya ialah Muhammad Hassan...

Saje aku paparkan gambar kedhaifan penduduk dalam kawasan Parlimen PM sendiri... bukan apa... aku teringat kata-kata PM semalam (sumber - sini) -
  • UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.
  • Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
  • “Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.
Amacam..? ni PM kita ni cakap bahasa apa..? kalau tak membelit-menipu sekali dalam sebulan tak boleh ke..?

Yang aku paham sekarang - 1Malaysia - Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan.

Ptuih..!