"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 20, 2010

Aku, Lim, Islam & Hidayah...

Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

Imbas Kembali: Kempen PRU Paling Islamik Dari UMNO


Takbir Aidilfitri Versi Islam UMNO...


Lebih 50,000 kunjungi rumah terbuka Perdana Menteri

Lebih 50,000 rakyat menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran Pekan di sini dengan semangat 1Malaysia.

Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir 2 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum saling beramah mesra, selain menikmati pelbagai juadah di hampir 100 gerai yang disediakan di dataran tersebut.

Sumber - Utusan Malaysia Online

TPU - Setahu aku Utusan Malaysia ni antara Media Perdana paling tua umurnya dekat Malaysia... tak kan umur dah lebih dari setengah abad masih tak de jurukamera..? mana gambar "lebih 50,000 ribu rakyat" yang hadir..?

Sunday, September 19, 2010

Royalti Petroleum & Gas Kelantan: Doa Sampai Kerajaan Dacing Terbalik - Husam Musa


Royalti Petroleum & Gas Kelantan - Ulasan Al-Jazeera


"Allahu Akhbar" Ganti "Daulat Tuanku" - Sultan kelantan

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13hb. September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431 (Hijrah) tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari Jumaat 17hb. September, 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.


Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua (sila klik disini untuk lampiran) yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).

Sumber - The Kelantan Insider

Saturday, September 18, 2010

Wartawan & Ulama' 1 Tujuan - TGNA

Tugas yang dipikul oleh dua golongan iaitu Ulamak dan Wartawan adalah sama dan kedua-duanya akan dipersoalkan di Akhirat nanti, Cuma caranya berbeza, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan para petugas media dalam majlis Dialog Menteri Besar bersama Wartawan malam tadi bertempat di salah sebuah hotel di sini.

Seramai 30 wartawan dari pelbagai media hadir dalam majlis tersebut.

Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa dua golongan ini mempunyai cara penyampaian ilmu kepada masyarakat dan masyarakat akan menerimanya.

Beliau juga menegaskan kedua-dua kumpulan ini juga mempunyai golongan yang jahat iaitu wartawan dikenali sebagai Wartawan Upahan dan Ulamak pula dikenali sebagai Ulamak Palsu dan mereka inilah yang merosakan masyarakat dengan cara penyampaian masing-masing.”

Turut hadir ialah Pengarah beberapa Urusetia Kerajaan lantikan Politik seperti, Urusetia Penerangan Abdul Rahman Yunus, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Zainiah Abdul Halim, Pengarah Tabung Tok Kenali Mohd Khir Zahari, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat Dr. Hj. Nazmi bin Hj Ghazali Azmi dan Ketua Pengelola Halaqat Negeri Abdullah Razak

Nik Aziz berkata Wartawan menggunakan tulisan dan ulamak pula melalui ceramah, mengajar maupun menyertai politik dan wartawan bergerak selari dengan golongan ulamak iaitu menyampaikan apa yang disebut oleh ulamak dan sekiranya penyampaiannya salah, masyarakat yang akan menerima kesannya.

“Ulamak lahir semenjak zaman Nabi manakalah wartawan lahir di zaman eropah dan ada yang mengatakan dari China, namun tugas dua golongan ini adalah sama dan golongan ini akan dipersoalkan di Akhirat nanti akan setiap perbuatan dan penulisan yang mereka lakukan di dunia ini”katanya lagi.

Beliau juga berharap wartawan masa kini dapat membuat keputusan sendiri dalam membuat laporan berita dan dalam konteks negara Malaysia, banyak media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenar terutamanya apabila berkaitan dua kumpulan besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Kita lihat di negara kita kini, media arus perdana begitu takut untuk melaporkan perkara sebenar, oleh itu saya rasa wartawan yang hadir malam ni kena fikir balik dan jangan lagi duduk dalam akhbar yang bersekongkol dengan pemimpin yang rasuah dan politik dunia semata-mata”ujar beliau lagi.

Di majlis tersebut juga Menteri Besar membuat perbandingan dua akhbar arus perdana di mana ada yang hanya menyiarkan berita dari pihak kerajaan pusat sahaja dan satu lagi menyiarkan bagi kedua-dua pihak dan rakyat Kelantan kini semakin kurang memilih akhbar yang hanya berpihak kepada satu pihak sahaja.

Semasa sessi dialog dibuka, wakil akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Bernama, Harakah , Sin Chew Daily dan Astro Awani mengambil bahagian untuk bertanyakan pelbagai isu dan dijawab mesra oleh Menteri Besar.

Di antara isu yang dibangkitkan ialah ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu.

Nik Aziz ketika menjawa persoalan tersebut berkata mereka bukannya dipinggirkan tetapi mereka sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar.

“ Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar, saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni , buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni”katanya lagi.

Sumber - GegarKelantan.net

Friday, September 17, 2010

Apabila Tuanku Sultan Mengangkat Ulama Ditempat Sepatutnya...

Tengok gambar je lah... mesti korang boleh paham... kecuali kalau hati tu dah gelap...

Daulat Tuanku..!
Daulat Tuanku..!
Daulat Tuanku..!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!
Allahu Akbar...!!!

Thursday, September 16, 2010

Kemaskini: 1,110 Keping Dirham Terjual Dalam Masa Hanya 2 Jam..!

[Kemaskini 3:17 am] Sekolah Agama Maahad Saniah Pasir Putih hari ini mencatat rekod peribadi penjualan Matawang Syariah Dirham Perak Kelantan apabila berjaya menjual sebanyak 1,110 keping Dirham Perak Kelantan dalam masa tidak sampai 2 jam semasa ketika Majlis Aidilfitri dan Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah siang tadi.

Majlis yang turut dihadiri oleh ADUN Limbungan Drs.Zainuddin bin Awang Hamat, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan yang juga ADUN Salor Dato' Paduka Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Pasir Putih Haji Muhammad bin Husin dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba sedikit lewat kerana memenuhi undangan menghadiri majlis 1 pernikahan sebelumnya.

Majlis Aidilfitri dan juga Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah, Pasir Putih siang tadi menjadi lebih menarik apabila pihak pengurusan Maahad Saniah mengambil keputusan untuk menjadikan Dirham Perak Kelantan sebagai tarikan utama kepada para pengunjung membeli sambil menyumbang kepada Dana Pembangunan tersebut.

Lelongan awal Dirham bernilai RM50 bagi 1 Dirham yang mana baki nilainya akan dimasukkan kedalam Tabung Dana Pembangunan Maahad Saniah berjaya dijual sebanyak hampir 100 Dirham manakala selebihnya pula berjaya dijual dengan harga antara RM20 sehingga RM18 bagi 1 Dirham.

Dalam majlis yang sama juga, sepasang pengantin baru dari Pasir Putih, Kelantan juga telah bermurah hati mendermakan Mas Kahwin mereka sebanyak 2 Dinar kepada Tabung Dana Pembangunan Maahad Saniah manakala seorang anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur dan pulang berhari raya pula telah mencatat sejarah (mungkin sejarah dunia) sebagai pembeli Dirham terbanyak berjumlah lebih dari 200 Dirham dan kesemua Dirham tersebut telah didermakan ke Tabung Dana Maahad Saniah.

Sertai Sahabat Facebook Dato' Paduka Haji Husam Musa di - Official Supporters Page of Husam Musa

Sumber - :: Husam Musa ::