"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 09, 2008

"Barang Naik" - Silent Killer!

Assalamu'alaikum...

Masih lagi dengan isu "Naik Minyak"...berbagai pendapat dan Persoalan dibincangkan oleh semua warga Malaysia baik di alam cyber mahupun dialam nyata dari kedai-kedai kopi membawa kepada hotel-hotel 5 bintang tetapi saya perhatikan ada 1 golongan yang dinafikan haknya secara senyap malah langsung tidak ada diberi ruang untuk mereka menyuarakan pendapat mereka akhir-akhir ini seolah mereka-mereka ini tidak wujud atau memang mahu dihapuskan terus kewujudan mereka dibumi Malaysia.

Bercakap pada soal rebet minyak,kita sedia maklum bahawa para pemilik kenderaan yang terpilih akan menerima rebet atau "subsidi" dari kerajaan Barang Naik sebanyak seperti yang dimaklumkan."kami prihatin pada kesusahan rakyat dan pemberian rebet sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat"...itulah kata para menteri-menteri Barang Naik tetapi mereka lupa pada 1 golongan...

Samada mereka lupa atau mereka sengaja menidakkan kehadiran golongan-golongan ini,itu kita tidak tahu tetapi bagi saya menteri-menteri Barang Naik sememangnya mahu "membunuh" golongan ini!!!ini tuduhan terus dari saya dan saya amat-amat bertanggungjawab keatas tuduhan saya terhadap KERAjaan Barang Naik!!!saya ulang sekali lagi tuduhan saya - KERAJAAN MALAYSIA PEMBUNUH!!!

Saya jelaskan disini bahawa tuduhan saya ini amat-amat berasas dan faktanya saya jelaskan sekali disini.anda boleh berfikir,menilai dan terpulang pada anda samada bersetuju atau tidak dengan Fakta saya ini.

Siapa yang mahu "dibunuh" oleh KERAjaan Malaysia?selama hari ini tidak ada seorangpun yang membicarakan tentang golongan "miskin" di Malaysia.kenaikan harga minyak di Malaysia seperti yang diumumkan oleh KERAjaan Malaysia bagi saya akan membunuh golongan miskin di Malaysia.sejajar dengan kenaikan harga minyak dipasaran dan di Malaysia pasti akan disusuli oleh kenaikan harga barangan keperluan.

Bagi kita yang memiliki kenderaan sedikit sebanyak(padahal langsung tidak)akan meringankan beban kita sebagai pengguna dan pembeli kerana kita akan mendapat sedikit "subsidi@ehsan" yang dinamakan rebet tetapi apa halnya pula dengan golongan miskin atau berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kenderaan?mana subsidi untuk mereka?apa pembelaan KERAjaan Barang Naik pada golongan ini?

Kita sama-sama "menikmati" kesan dari kenaikan harga minyak.barang keperluan naik,cas perkhidmatan naik,kos sara hidup naik,itu naik ,ini naik dan bermacam serbamakneka bakal naik dan kita mendapat sedikit "subsidi@ehsan" dari KERAjaan Barang Naik & dikhabarkan pula kemungkinan(MUNGKIN)cukai jalan dan tol bakal dimansuhkan atau dihapuskan terus(saya rasa tak mungkin)tetapi apa yang mereka(golongan miskin & pendapatan rendah)yang tidak punya kenderaan dapat?saya ulang - APA YANG MEREKA DAPAT?

Mereka hanya dapat kenaikan tetapi kesinambungan yang mereka dapat ialah kematian@pembunuhan secara terancang atau lebih manis kita panggil "silent killer"!hidup semakin terhimpit...maksud saya "terhempap" tetapi pendapatan tidak berubah.mereka menikmati hasil pendapatan yang sama tetapi mereka juga mendapat imbuhan beban kehidupan yang tak sama beratnya malahan semakin terbeban.

Ini kita panggil pembunuhan terancang.membunuh secara senyap.siapa pelakunya?sudah tentu KERAjaan Malaysia!kenapa KERAjaan Malaysia?sebab KERAjaan Malaysialah yang menaikkan harga minyak!!!senang kata mereka "ubah cara hidup" ada pulak yang lebih bangang mengatakan "naik tinggi-naik tinggi la...tapi kita bagi rebet!"...sungguh bodoh,bangang,bacul,tak sekolah ,dangkal,jumud dan sewaktu dengannya menteri yang mengeluarkan kenyatan tersebut.maaf...saya lupa...menteri-menteri KERAjaan Malaysia tidak ber"otak" maka soal itu tak wujud...

Setakat mana lagi kita nak minta golongan tersebut mengubah cara hidup mereka sedangkan sebelum kenaikan pun dah ramai yang kais pagi makan semalam,kais petang makan pagi tadi?bagi ibubapa pasti sanggup mengikat perut asal anak tidak kelapara tetapi perlukah sampai ketahap anak-anak pun perlu mengikat perut untuk kehidupan esok yang semakin menyusahkan?atau menteri-menteri Barang Naik dambakan kematian mereka-mereka ini?

Anda kesana kemari berkereta mewah.pagi menaiki jet peribadi untuk menikmati kopi beraroma di Brazil tengahari lunch di Dubai,malam menikmati steak di Amsterdam & tengah malam pulang kekatil empuk anda di Istana hasil rompakan rakyat marhain sedang rakyat yang dibawah KERAjaan anda hanya menikmati seketul ubikayu rebus untuk makan malam sahaja bersama air rebusan ubi tadi sebagai pembasah tekak dan juga airmata meratap kehidupan.prihatinkah anda syaitan-syaitan laknat?macam mana lagi perlu golongan itu berubah?

Apakah bila golongan ini berubah dari bernyawa kepada mayat baru menteri-menteri KERAjaan barang naik puashati?

Tuan,Puan para pembaca nilailah sendiri apa yang saya perkatakan benar atau tidak dan tepatkah tuduhan saya bahawa KERAjaan Malaysia adalah "pembunuh".kita tidak pernah sedar,mereka memang tidak akan sedar malah mereka langsung tak berminat untuk sedar.

Apakah ini yang kita harapkan?saya tidak menyalahkan semua kita yang "terlupa" tetapi ada antara kita yang tidak pernah melihat kebawah.kononnya menasihatkan supaya bersabar dan redha akan ketentuan Allah.ya...memang kita redha...memang itu kuasa Allah.tetapi Allah juga menganugerahkan kita akal,fikiran dan tulang empat kerat.Allah tidak mencampakkan kita memberi nyawa dan kehidupan semata-mata untuk menunggu ketentuan-Nya.

Gunakan anugerah Allah sebaik mungkin.itu perintah-Nya.KERAjaan ini tidak layak untuk mentadbir dan membela nasib rakyat negara Malaysia sebaliknya lebih kepada "membunuh" rakyat Malaysia secara terancang.

"Barang Naik" - Silent Killer!
"KERAjaan Malaysia - The Planner!

TUKAR KERAJAAN!!!
TUKAR KERAJAAN!!!
TUKAR KERAJAAN!!!

No comments: