"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 26, 2008

Abdullah Akan Jelaskan Pertemuan Umno-PAS Kepada Parti Komponen BN

PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pertemuan UMNO dan PAS, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata Abdullah dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu pada mesyuarat BN, bulan depan.

"Selepas mesyuarat pengurusan pada 6 Ogos, saya akan memanggil satu mesyuarat penuh Barisan Nasional, jadi di situ, Perdana Menteri akan datang untuk memberi penjelasan.

"Kita akan mendapatkan satu tarikh daripada Perdana Menteri, mungkin beberapa hari selepas mesyuarat pada 6 Ogos itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat cawangan Umno Matahari di Presint 8 di sini hari ini.

Ketika mengulas pertemuan di antara UMNO dan PAS yang akan diadakan lebih kerap bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam dan kepentingan orang Melayu, Tengku Adnan berkata pertemuan itu tidak akan merosakkan hubungan di antara parti komponen BN.

No comments: