"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 26, 2008

Keputusan muktamad Menteri Besar, Exco Terengganu tidak boleh gunakan Mercedes – PM

PUTRAJAYA 25 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan negeri itu.

Perdana Menteri berkata, kereta-kereta itu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

Menurut Abdullah, beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam mengenai pendirian Kabinet bahawa kerajaan negeri itu perlu mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive.

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, adalah muktamad.

“Dalam perjumpaan malam tadi, kita sudah maklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa Terengganu jangan gunakan kereta Mercedes untuk kegunaan Exco-Exco mereka.

“Tapi dalam hal ini, sebab sudah diberikan (kereta Mercedes kepada Exco), kalau nak jual pun ada kerugian, jadi kita gunakan kereta itu untuk tetamu.

“Itu keputusannya... tidak ada lebih, tidak ada kurang,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta untuk Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Ahmad yang membuat keputusan pembelian itu mendakwa kereta keluaran Proton amat rendah kualitinya dan kos senggaraannya tinggi. Beliau menjadikan faktor itu sebagai alasan pembelian tersebut.

Walaupun setiap sebuah kereta Mercedes itu dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Kelmarin, Badan Pencegah Rasuah (BPR) mula menyiasat kos penyenggaraan kereta Perdana V6 Executive kerajaan negeri Terengganu yang mencecah sehingga RM175,229.79 sebuah antara tahun 2004 dan 2008.

Sementara itu, Abdullah turut mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu bahawa siasatan BPR dalam kes penyenggaraan kereta Proton Perdana yang berjumlah RM1.07 juta untuk tempoh empat tahun lalu sepatutnya diperluaskan kepada dakwaan penyelewengan dalam penganjuran Piala Monsun di negeri itu dan beberapa projek pembangunan lain.

Abdullah berkata: “Jika BPR ada sebab-sebab yang perlu dibuat siasatan kerana diragui dan disyaki ada unsur-unsur rasuah, itu terserahlah kepada BPR. BPR akan tentukan.”

Ketika mengulas hasrat Singapura yang mahu menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Putih, Abdullah berkata, Malaysia menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal yang telah dibentuk oleh kedua-dua negara untuk membincangkan perkara itu.

“Kabinet tidak bincang perkara ini tapi Kabinet tahu mengenainya.

“Yang penting selepas keputusan dibuat (oleh Mahkamah Antarabangsa di The Hague pada Mei lalu) mengenai Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kedua-dua negara telah bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal supaya kalau ada isu dan tuntutan berkaitan, maka ia akan dibawa ke pengetahuan jawatankuasa itu.

“Tidak payahlah berhujah dan berbalah mengenai perkara ini,” kata Perdana Menteri.

-UMO

TP - Kah Kah Kah Kah Kah...korang tengok la...beli Merc 14 bijik pastu sadai buat reban ayam...PM Pak Lah ngok ngek tak bagi pakai, kecuali untuk tetamu...last skali tiap-tiap hari Mat Said jemput tetamu luar datang Gganu...molek-molek nak bajet, jadi melecet...tak kene gaya Mat Said buat keras pedal jugak...order lagi 14 bijik Toyota "Camry" baru untuk Exco-Exco x pun order 4wd pulak untuk kegunaan rasmi...hok mapuh...Pok Loh jugok...kah kah kah kah kah...tunggu je la...14 merc + 14 V6 + 14 Camry = Pak Lah ngok ngek..!

No comments: