"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 02, 2008

Ahmad Said ketuai siasatan segera babitkan Ghani Patail, Musa Hasan

diciplak dari : klpos

Oleh Bernama
Rabu, 02 Julai 2008

KL: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan segera menyiasat laporan polis yang dibuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, berhubung dakwaan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini berkata, siasatan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Keterangan mengenai laporan itu telah diserahkan kepada kami dan untuk memastikan ia tidak berat sebelah, siasatan akan dilakukan oleh BPR. Kami boleh siasat, tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman mengenai pembangunan modal insan dan sistem kerja yang berwibawa dengan Kastam Diraja Malaysia di sini.

Ahmad Said menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

Anwar dalam laporannya mendakwa Abdul Ghani dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.

Abdul Ghani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Menurut Ahmad Said, proses siasatan akan dilakukan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk merekodkan keterangan masing-masing.

"Kita akan panggil siapa sahaja yang terlibat, termasuk Anwar sendiri," katanya.

No comments: