"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 02, 2008

BPR akan siasat aduan Anwar

diciplak dari : malaysiakini

Jul 2, 08 7:05pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan segera menyiasat laporan polis yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, berhubung dakwaan Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini berkata, siasatan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Keterangan mengenai laporan itu telah diserahkan kepada kami dan untuk memastikan ia tidak berat sebelah, siasatan akan dilakukan oleh BPR. Kami boleh siasat, tak ada masalah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ahmad Said menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar mendakwa, Musa dan Abdul Gani menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 September 1998.

Abdul Ghani pada ketika itu merupakan timbalan pendakwaraya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Menurut Ahmad Said, proses siasatan akan dilakukan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk merekodkan keterangan masing-masing.

Komen Musa

"Kita akan panggil siapa sahaja yang terlibat, termasuk Anwar sendiri," katanya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Musa berkata polis akan tetap menyiasat laporan yang membabitkan nama beliau yang dibuat oleh ketua umum PKR itu.

"Saya tidak mahu komen atau beritahu apa-apa mengenai perkara itu. Biar siasatan dijalankan berkaitan tuduhan Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung tuduhan Anwar terhadapnya, Musa berkata: "Untuk apa? Biarlah polis siasat."

Musa juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar, kononnya mereka diarah tidak menghubungi beliau (Musa) berkaitan laporan itu.

Khamis lalu, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

No comments: