"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 17, 2008

Mursyidul Am PAS: Nafi laporan akhbar, anggap sumpah Saiful karut

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan akhbar hari ini yang menyiarkan kenyataannya bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut kaedah Islam.



"Semalam saya kata macam ni. Sumpah dalam Islam ialah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bukan dengan memegang al-Quran," jelasnya.



Nik Aziz berkata, sumpah dengan memegang al-Quran umpama meniru budaya penganut agama Kristian yang menyentuh Bible untuk bersumpah.



"Semua kita tiru barat. Seperti Nabi Muhammad (SAW) tidak tinggalkan kita ajaran untuk kita contohi.



"Ini semua karut. Inilah kerja Melayu Umno yang suka tiru barat," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.



Beliau sekali lagi menegaskan sumpah menggunakan al-Quran bukan mengikut amalan Islam yang sebenar.



"Sumpah dalam Islam tu memang ada. Tapi tak semestinya pergi ke masjid, di rumah pun boleh...atas batas jalan tengah jalan pun boleh. Tak ada apa-apa masalah," katanya.



Tambah beliau, bersumpah di masjid juga sama seperti tindakan orang Kristian yang pergi ke gereja untuk bersumpah.



Ditanya adakah sumpah perlu dilakukan dihadapan seorang imam, beliau berkata: "tak perlu ada imam, ada malaikat dah cukup."



-mSTAR Online

No comments: