"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 14, 2008

Pemuda PAS gempur BN demi Anwar

Ketua Pemuda PAS mengarahkan anggota-anggota dewan itu "menggempur" BN bagi memastikan kemenangan tokoh utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Membentangkan ucapan utamanya di perasminan muktamar Dewan Pemuda PAS malam ini, Salahuddin Ayub berkata pembabitan serius parti itu dalam pilihanraya ini sangat penting untuk membuktikan ia masih setia bersama Pakatan Rakyat.

Penglibatan itu penting, tambahnya, setelah PAS diberikan imej ingin bekerjasama dengan Umno dan BN dalam isu rundingan tertutup dengan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

"Pilihanraya ini amat penting bagi kita setelah minda rakyat terperangkap dalam permainan kotor BN dalam isu muzakarah baru-baru ini.

"Setelah PAS membuat keputusan tegas untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan BN, inilah peluang terbaik untuk PAS membuktikan bahawa kita masih setia dengan Pakatan Rakyat," kata Salahuddin di penghujung ucapannya di majlis itu yang diadakan di stadium tertutup Indera Mulia, Ipoh.

"Saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat supaya turun menggempur Permatang Pauh bagi melenyapkan keangkuhan BN."

Tambahnya, Pemuda PAS akan membuka markas besar untuk menggerakan jentera pilihanrayanya dan menggesa pergerakan itu "bekerja sepenuh hati untuk memastikan Anwar mencatatkan kemenangan besar" dan sekali gus merapatkan semula jentera Pakatan dalam menghadapi BN.

Salahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, mencadangkan kepemimpinan ulama yang diperkenalkan sejak 1982 dinilai semula agar kumpulan itu tidak "berada dalam zon selesa", "lebih relevan dalam dunia kontemporari" dan "lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini, menangani kerencaman isu dan masalah moden."

"Dewan Pemuda PAS tidak mahu melihat ulama’ berada dalam zon selesa dalam gagasan Kepimpinan Ulama’, sehingga sebahagian ulama’ mengambil sikap reaktif kepada isu atau fenomena yang berlaku dan tidak membuat persediaan lebih rapi untuk menangani perkara mendatang," katanya.

Beliau berkata Pemuda PAS merancang satu "Seminar Kepimpinan Ulama: Satu Penilaian Semula" yang, antara lain, bertujuan meneliti keberkesanan gagasan kepemimpinan ulama sepanjang 25 tahun lalu.

-Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Gempur jangan tak gempur,semoga kemenangan berpihak kepada PR. Selamt berjuang.....

Mr Joker said...

Allahu Akbar..!