"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 27, 2008

Aku Tak Tau La...Hang Pi Tanya Botak...

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang boleh menentukan kedudukan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah menyerahkan surat rayuan yang diterimanya daripada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu baru-baru ini untuk membebaskan pemimpin pertubuhan haram berkenaan kepada Syed Hamid.

''Ini adalah perkara yang di bawah Kementerian Dalam Negeri dan saya telah pun serahkan surat kepada menteri yang berkenaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Ahad lalu, Samy Vellu berkata, lima pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut ISA sejak 13 Disember tahun lalu sepatutnya dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Menurut Presiden MIC itu, penahanan lebih lama R. Kengadharan, 41, M. Manoharan, 47, V. Ganabatirau, 35, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35, akan menambah kebencian masyarakat India terhadap kerajaan.

-Utusan Malaysia Online

TP - Kalau bab tangkap, memang PM boleh masuk campur... bab nak lepas balik... PM tolak dekat TPM, TPM tolak dekat Menteri, Menteri tolak dekat Timbalan Menteri, Timbalan Menteri tolak dekat EXCO, EXCO tolak dekat Polis, Polis tolak dekat Persatuan, Persatuan tolak dekat Kelab, Kelab tolak dekat Ku Li...... Ku Li cakap - Malaysia Republik Banana a.k.a Sarkis

No comments: