"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 27, 2008

MCA Kekal Bersama BN

KLANG: MCA tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan ekonomi negara terus berkembang dan mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, MCA sebagai antara pengasas BN tidak perlu bertindak keluar daripada BN hanya kerana ada pemimpin Umno yang membuat kenyataan berbaur perkauman termasuk melabelkan kaum Cina sebagai pendatang.

Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, hanya segelintir pemimpin dan anggota Umno yang bersikap sedemikian manakala sebahagian besar pemimpin Umno dan parti komponen lain mengamalkan sikap toleransi serta mengutamakan perpaduan kaum.

"Kita tiada pilihan lain dan BN adalah yang terbaik dalam usaha memastikan perpaduan dan hak saksama semua kaum di negara ini terbela," katanya selepas merasmikan pejabat baru MCA Bahagian Kapar di Mutiara Point Jalan Meru di sini hari ini.

Beliau berkata, pucuk pimpinan dan anggota MCA perlu menyedari hakikat bahawa Umno adalah antara gabungan terbaik bagi parti terbesar kaum Cina di negara ini berdiri di bawah pakatan BN.

"MCA tidak akan bergabung dengan PAS kerana kita tidak pernah menjalin kerjasama dan hubungan yang baik seperti hubungan MCAUmno," katanya.

Ong berkata, MCA juga tidak akan bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mahu sejarah lama berulang iaitu ketika era penubuhan Independence Malayan Party (IMP) pada 1951 sehingga MCA tidak mendapat sokongan dan hilang arah perjuangan.

Katanya, berdasarkan sejarah, bekas Presiden MCA, Tan Sri Tan Cheng Lock menyertai parti IMP yang ditubuhkan Datuk Onn Jaafar selepas tiga minggu beliau keluar daripada Umno pada 1951.

Beliau berkata, bekas Presiden MCA itu memberi sokongan penuh kepada IMP kerana kawan baik kepada Onn tetapi parti itu mendapat sambutan sehingga dibubarkan pada 1954.

Ketika mengulas mengenai kemungkinan pelan peralihan kuasa berlaku lebih awal berikutan penangguhan Perhimpunan Agung Umno kepada Mac tahun depan, Ong berkata, perubahan dalam BN perlu bermula daripada sekarang bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau berkata, BN perlu bersedia lebih awal dan bukannya merancang untuk menghadapi pilihan raya akan datang pada saatsat akhir.

"Kalau kita mahukan peningkatan, penjenamaan semula atau reform, inilah masanya," katanya kepada selepas merasmikan Gerai Sungai Lembing di Kuantan.

Ong berkata, parti komponen BN juga perlu bersatu dan mengelak daripada berpecah belah dengan bergaduh sesama sendiri.

"Pertelingkahan tidak relevan sekarang, apa yang penting ialah kerja keras dan positif," katanya.

-mSTAR Online

No comments: