"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 19, 2008

Analisis: Jenayah Berleluasa, Kreadibiliti Dan Integriti Polis Wajar Dipertingkatkan !!

Kematian ngeri adik Ying Xin baru-baru ini jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa negara Malaysia kini bukan lagi sebuah negara "Selamat, Aman dan Makmur" seperti yang dicanangkan dalam slogan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Sesungguhnya, kematian ngeri beliau itu jelas membuktikan kepada kita bahwa para penjenayah di negara ini sudah semakin berani bertindak "drastik" dan diluar batas kemanusian.

Apa lagi yang harus diperkatakan sebenarnya?

Bermula dengan siri pembunuhan demi pembunuhan seperti Canny Ong, Noritta Shamsuddin, adik Nurul Huda, Farah Deeba, Nurin Jazlin serta ramai lagi mangsa yang dikenalpasti, dan kini kehilangan adik Sharlinie masih lagi menjadi tanda tanya yang tidak berpenghujung.

Apakah ini menunjukkan bahawa negara kita ini selamat, aman dan makmur seperti yang diwar-warkan?

Mengapakah ini semua berlaku dalam keadaan pasukan keselamatan kita dianggap antara yang terbaik di rantau ini malahan juga di dunia?

Persoalannya, mengapakah penjenayah-penjenayah ini masih berleluasa di Malaysia?

Mengapa mereka gagal dibenteras dan diambil tindakan?

baca selanjutnya di [sini]

No comments: