"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 19, 2008

Wartawan Gila Cabar Teresa Kok

Para pemimpin dan penyokong DAP serta menteri besar Selangor begitu gembira menyambut pembebasan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Dan ia juga menandakan bermulanya 'perangnya' dengan sebuah akhbar tempatan.

Walaupun pihak polis telah membebaskannya tanpa syarat selepas tujuh hari ditahan untuk siasatan berhubung peranannya dalam petisyen berhubung laungan azan di sebuah masjid di Puchong, tetapi kebenarannya masih dipersoalkan.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini, Teresa ditanya oleh seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia sama ada beliau bersedia untuk menjalani ujian mesin mengesan pembohongan untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau tidak terbabit dalam kontroversi azan tersebut.

Selepas wartawan itu mengemukakan soalan tersebut, Lim Kit Siang bingkas bertanya: "Untuk apa?".

"Mereka (polis) sudah membebaskannya, membuktikan bahawa mereka yang silap. Tidak cukup lagi ke?" kata Lim.

Teresa mencelah dengan berkata, sepatutnya mesin mengesan pembohongan itu diuji terhadap mereka yang menuduhnya sebelum meminta beliau berbuat demikian.

Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara berkata, beliau akan mendapatkan keadilan di mahkamah terhadap akhbar berkenaan, kolumnisnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Selain membuat laporan polis terhadap mereka, Teresa juga memfailkan saman RM30 juta terhadap Utusan kerana didakwa telah mencemarkan imejnya.

Beliau juga akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan pihak polis kerana didakwa menangkap dan menahannya secara tidak sah.

-malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

pegi mampos sama DAP

Anonymous said...

wahahah padan muka utusan maloya, suak hati je suruh orang buat ujian mesin mengesan pembohongan...

kalau buat pon mmg patut utk org yg menuduh dan lagipon orang pun boleh menipu dgn mesin ni...

pergi la research dulu macam mana orang guna mesin ni, orang menipu dgn mesin ni walalupon mesin ni dipanggil mesin tak boleh tipu dan macam mana mahkamah akan guna bukti dari mesin ni...

Jangan la sukahati tanya soklan, ko tu wartawan...

Fendy