"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 19, 2008

Muhyiddin Jelaskan Pak Lah Tak Reti Bahasa

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu. Saya jelaskan dan nampak tidak ada apaapa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno di sini.

"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakanrakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macammacam hal. Saya rasa syukur," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihan raya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.

Ketika ditanya mesej beliau terhadap anggota Umno, Muhyiddin berkata: "Mereka harus teruskan macam biasa kerana tidak lama lagi bahagian akan bersidang di mana mereka ada hak untuk putuskan. Tunggulah apa yang akan diumumkan Presiden atau Timbalan Presiden."

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata MT Umno hari ini bersetuju untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

"Kita setuju dengan pelan tersebut. Sama ada mungkin peralihan kuasa akan berlaku lebih awal dari yang ditetapkan... biarlah perkara ini ditentukan oleh Perdana Menteri dan timbalannya," katanya.

Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata MT Umno menerima baik pertukaran portfolio antara Abdullah dengan Najib yang disifatnya sebagai persediaan untuk membolehkan Najib mengalih tampuk kepimpinan kelak.

-mSTAR Online

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Ada satu kebaikan bila Pak Lah berundur sedangkan Najib tidak bagus.

Peranan kolektif para pemimpin UMNO.