"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

HINDRAF: Samy Pun Nak Kene Kencing

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji untuk menimbang rayuan MIC bagi membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 13 Disember tahun lalu, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

"Perdana Menteri berjanji untuk berbincang perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) sebelum membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin MIC itu, diiringi menteri sumber manusia dan setiausaha agung parti itu, berbincang selama setengah jam dengan Abdullah di pejabat perdana menteri awal hari ini bagi mendapatkan pembebasan segera kelima-lima pemimpin Hindraf itu.

"Perdana menteri memberi jaminan bahawa beliau akan mengkaji keadaan dan mencadangkan tindakan sewajarnya. Kami mempunyai sepenuh keyakinan dan kepercayaan dengan perdana menteri dan kami percaya bahawa beliau akan melakukan sesuatu yang positif berhubung perkara ini," katanya dalam laporan Bernama.

Samy Vellu berkata beliau menjelaskan kepada Abdullah sebab-sebab kenapa R Kengadharan, 41, M Manoharan, 47, V Ganabatirau, 35, P Uthayakumar, 47, dan K Vasantha Kumar, 35 - perlu dibebaskan tanpa syarat.

Beliau berkata alasannya adalah mereka telah ditahan hampir sembilan bulan sekarang.

"Sebahagian daripada mereka memerlukan pemeriksaan perubatan walaupun kami diberitahu mereka telah diberi penjagaan yang sewajarnya. Keluarga mereka telah cukup menanggung penderitaan dan mereka sepatutnya dibenarkan pulang untuk menjaga keluarga mereka.

"Sudah tiba masanya mereka dibebaskan kerana mereka tidak membahayakan keselamatan negara," katanya.

Katanya, pembebasan kelima-lima pemimpin itu jug akan "mengurangkan ketegangan" di kalangan masyarakat India terhadap kerajaan.

"Saya juga menerima tekanan daripada pemimpin dan ahli MIC bagi mendapatkan pembebasan mereka. Hari ini saya bercakap dengan Perdana Menteri dan saya boleh memberi jaminan kepada ahli MIC bahawa sesuatu yang baik akan berlaku," katanya.

Samy Vellu berkata beliau akan membangkitkan perkara itu sekali lagi dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan datang.

-malaysiakini

No comments: