"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Penjara

Hari raya lagi 8 hari

Isteri yang suami ditahan ISA
Tidak bershopping tahun ini
Simpan duit untuk buat tambang
Pergi ke kamunting di pagi raya

Pintu sel dibuka jam 7.00 pagi
Ke padang menyanyikan lagu memula moon
Bendera dinaikan
Kemudian menunggu tea/roti jam 8.30

Jam 12.00 pintu besar di ketuk makan sampai
Lalu makan
Senin ikan masin
Selasa ayam
Rabu ikan goreng
Khamis ikan masin
Jumaat telor rebus
Sabtu ikan goreng
Ahad daging

Jangan silap faham ketul ayam
Ikan kembung
Ikan jaket jenisnya lain
Mereka juga yang terkecil dan terkurus
Mereka dikhas untuk banduan
Yang sama kualiti antara makanan di kamunting dengan di rumah
Hanyalah telor dan ikan masin
Kalau telor boleh dikecilkan pasti telah lama dikecilkan
Kalau ikan masin boleh dimasinkan lagi pasti akan dimasinkan semasin masinnya

Jam 2.30 pintu sel tutup hingga 4.00 ptg
Kemudian petang sampai
Buatlah apa sahaja
Jam 7 pintu ditutup kembali hingga esok jam 7 pagi

Badan dikurung pekara biasa
Ramai kita masih terpenjara
Terpenjara dalam penjara yang maha luas
Terpenjara kerana takut hilang kerja
Terpenjara kerana takut berkata benar
Terpenjara kerana ingin membodek menjadi hamba
Terpenjara kerana tidak tahu erti bebas
Terpenjara kerana selesa mengikut kata
Terpenjara kerana tidak berani melihat salah dan benar
Terpenjara kerana bila membuka pintu hati kita tidak tahu apa yang temui

Lalu tinggal dalam zon selamat
Berbondong-bondong macam tikus
Orang ke hulu dia ke hulu
Orang ke hilir dia ke hilir
Orang kata iya dia kata iya
Orang kata hah dia kata hah
Dari lahir ke liang lahad
Mengambil tempat menyibuk diri
Menghabiskan oxigen menjadi stastik negeri
Hidup macam ini lebih baik mati

Dalam penjara
Berulang-ulang berkali-kali
Tapi tak semesti nya membosankan diri
Jika telah mengenal diri sendiri
Tidak ada besi dan jeriji
Dapat menggari pemikiran bebas hakiki

-Tukar Tiub

8 comments:

Anak Kuala said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
- akhamdulillah dan insaf kawan aku ni. tambah bila akhir zaman akan muncul dajal mata satu yang membawa kejahilan (Mata tinggal satu sebab mata satu lagi dah lebam kemudian angkay satu tangan pulak)

Anonymous said...

kalo cmani, baik aku gi dok alaska,takpun kutub utara, atau mongolia, aman, damai

Mr Joker said...

anakkuala - hang bila nak insaf? letak hadis lepas tu kutuk... ape punya turrr..!

asrol - alaska nak kene bantai taufan, mongolia dh x de pompuan (kene bom) hang pi dok depan Kaabah tenang.

Anak Kuala said...

Rumah Terbuka Anwar -Aidil Fitri 2007 : Mereka ini merupakan aktivis-aktivis NGO yang sentiasa mengelilingi Anwar dan sangat berpengaruh menentukan apa-apa keputusan yang bakal dibuat Anwar. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM-, sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Ketua Biskop Kristian dan Tian Chua (Aktivis SUARAM,HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar.
http://www.ned.org/grants/06programs/
grants-asia06.html#malaysia

Anak Kuala said...

Beliau menyatakan pendirian PKR jelas iaitu tidak memilih untuk mewujudkan sebuah Negara Islam tetapi masalahnya majoriti Muslim, tidak suka kepada istilah Negara Sekular yang ditafsirkan bahawa urusan Tuhan tidak ada kaitan dengan kehidupan umum.
Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka.
(sessi dialog di Christian Federation of Malaysia -CFM- (Persekutuan Kristian Malaysia)

Mr Joker said...

anakkuala - citer hang memang best... aku rasa hang dah blh bukak blog sendiri & publish dekat blog hang semer cerita2 tu...

ada brani???

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

wah...baguih ada tazkirah kat blog hang topeng_perak...

Anak Kuala said...

NED berjaya mengangkat Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada 1990. John Stauber dan Sheldon Rampton menulis bahawa dakam pilihan raya Nicaragua 1990 , "Presiden George H W Bush telah bersetuju NED memberi sumbangan berjuta-juta untuk kempen calon pembangkang Violeta Chamorro". Calon proksi Amerika itu menang 55 peratus undi dan berjaya dilantik Presiden melalui manipulasi ketenteraman awam