"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Hari Pertama Menteri Kewangan Baru: GAGAL!

Sebagai seorang ahli PAS yang baik, saya sepanjangnya akan bersangka baik dengan sesiapa pun, hatta terhadap Mustafa Ali ejen UMNO dalam PAS yang terang-terangan mahu jual murah PAS kepada Pak Lah.

Sebab itu saya tidak komen panjang lebar tentang pertukaran portfolio antara Najib dengan Pak Lah, walaupun hati saya bergetik mengatakan pertukaran Najib ke Kementerian Kewangan adalah tidak lebih dari satu pertukaran kosmetik.

Dan hari ini Najib membuktikan tekaan saya tepat. Hakikatnya Najib hanyalah budak korus Khairy Menantu Pak Lah. Hari ini Najib menyanyikan lagu dongeng ‘pasaran bebas’ kegemaran Khairy.

Kata Najib, biarlah kuasa pasaran, yakni kuasa penawaran dan permintaan menentukan nilai pertukaran asing Ringgit. Ini satu statement yang cukup merbahaya bila dituturkan seorang menteri kewangan, yang mana sekaligus ianya tolol.

Nilai pertukaran matawang sesebuah negara tidak boleh dibiarkan terapung tanpa satu strategi yang jelas. Boleh jahanam ekonomi negara dibuatnya.

Diharap Tun Mahathir sudah buat satu catitan pakai ‘marker’ mata besar dakwat merah bahawa Najib telah engkar arahan tambatkan nilai pertukaran Ringgit, langsung menjadikan dia tidak sesuai untuk jawatan presiden UMNO.

Sebenarnya, tanpa perlu mengikuti satu semester kuliah subjek kewangan antarabangsa atau ekonomi antarabangsa, pembaca pun boleh mendapatkan satu gambaran yang agak tepat tentang nilai teoretis Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat atau matawang negara lain dengan menggunakan apa yang dipanggil Big Mac Index.

Walaupun tidak sempurna, Big Mac Index yang terbentuk hasil membandingkan harga hamburger MacDonald jenis Big Mac di seluruh dunia, telah diguna pakai pengamal kewangan antarabangsa untuk mendapatkan satu ‘ball park figure’ – angka paling hampir – akan sejauh mana nilai semasa sesuatu mata wang itu terlebih atau terkurang nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Dalam kes Ringgit, sepanjang tahun 2007 (data sumber percuma), nilainya berbanding Dolar adalah 51% di BAWAH nilai teoretis. Atau dalam kata lain nilai Ringgit sepatutnya berada di tahap US$1 = RM1.71 dan BUKAN US$1 = RM3.41 seperti yang ada kini.

Agak-agak sekarang pembaca boleh faham mengapa negara mengalami inflasi (kalau tidak pun inflasi, rasa mahal bila membeli) khususnya dengan barangan keperluan harian yang di-import seperti gandum, beras, susu dsb?

Punca utamanya ialah nilai pertukaran matawang kita berada di tahap yang salah.

Contoh, katakan nilai sekilo gandum yang disebut harga dalam Dolar Amerika Syarikat ialah US$1. Sepatutnya, jika menteri kewangan kita cekap, kita hanya perlu bayar RM1.70 per kilo. Tetapi kerana wujud 'sedikit' kebingaian di pihak menteri yang tidak berani ditegur oleh pegawai kementerian atau Bank Negara, maka tidak pasal-pasal kita rakyat terpaksa bayar dengan harga RM3.41 per kilo. Buta-buta rugi RM1.71 sen.

Itu satu contoh. Pembaca hanya perlu darab berapa ribu kali kesilapan yang sama dibuat dengan semua barangan import untuk membayangkan berapa ratus billion ringgit setahun kita rakyat rugi dek kerana manusia-manusia pandir mengurus ekonomi negara. Dah tu Khairy Menantu Pak Lah bising pasal subsidi petrol yang hanya sekitar RM10 billion setahun. Bagero, lu!

Bagi diri saya dan dari kacamata saya, yang mana pembaca tidak perlu setuju atau percaya, keputusan Najib tentang strategi negara menangani nilai pertukaran asing Ringgit telah menyerlahkan apa masalah sebenar dengan Kementerian Kewangan – Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Si-Mamak ini yang dalam tahun 1992 dulu telah mengakibatkan Bank Negara kerugian hampir US$9 billion bermain forex dengan wang rakyat mungkin selama ini telah berlagak terlalu pandai; dengan pegawai-pegawai Melayu lain di Kementerian Kewangan gerun membantah demi mengejar pangkat, walaupun mereka tahu tindakan Si-Mamak itu silap.

Tukarkan Nor Mohamed Yakcop ke kementerian lain, atau pun lagi afdhal pencenkan saja, dan barulah Najib boleh bebas dari pengaruh “cerdik tidak boleh ikut” dan seterusnya selesaikan banyak masalah negara yang berpunca dari kementerian itu.

Atau lagi mudah, serahkan saja pentadbiran negara secara terhormat kepada Pakatan Rakyat -- tahulah kami orang PAS dan rakan-rakan dari parti lain membetulkan apa yang tertonggeng silap.

-Boneka, Penyu dan SPR

2 comments:

Anak Kuala said...

ko nie paham ekonomi ke? lulus ngan sastera gak ke cam anwar tu

K.I.T said...

Fuh dasat la mamat ni,..terer ekonomi taraf penyu. Masa DSAI jadi Menteri Kewangan pun,nilai ringgit xtinggi mcm tu.

Klu PR perintah nti aku cadang dia dilantik jadi Gvenor Bank Negara,ganti Tan Sri Zeti.

Skrg ni aku rasa mamat ni tentu bendahari PKR