"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 17, 2008

Welcome General Pak Lah..!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcBercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet.

Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.

Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".

Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno.

Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar 'ancaman pada negara'

mahathir and umno 190508 02Para pemerhati berkata, langkah terbaru Abdullah hari ini adalah untuk memberi jaminan kepada Najib bahawa beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dan juga untuk menangkis kempen yang diketuai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Abdullah daripada jawatan presiden.

Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru.

Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai "satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara".

"Saya tidak akan nyatakan apakah rancangan saya," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap Anwar.

Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Kenapalah nak risau sangat?

Paklah bukan pegi sana jadi Jeneral.
Cuma Menteri Pertahanan. Jika PDRM dibawah kawalan Menteri Dalam Negeri, tidak sebegitu keadaannya untuk Angkatan Tentera. Menteri Pertahanan secara pentadbirannya, hanyalah ketua eksekutif untuk Kementerian Pertahanan. Beliau akan bertanggungjawab untuk perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran Kementerian (pihak kakitangan awam) dan keperluan harian hakiki anggota ATM.

Pengurusan operasi dan atur gerak ATM adalah dibawah Panglima Angkatan Tentera dan Panglima setiap Perkhidmatan TD, TLDM dan TUDM. Sebarang perkara yang melibatkan dasar samada gerakan ketenteraan atau atas keputusan politik untuk operasi ketenteraan, semuanya adalah tertakluk kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT), dimana Menteri hanyalah Pengerusi bukannya pembuat keputusan muktamad kerana Pemerintah Tertinggi ATM adalah DYMM Agong sebagai Field Marshall (5 bintang). Menteri tiada walaupun satu bintang kerana beliau hanyalah ketua ekskutif kementerian. Sebab itu, ada wakil DYMM Agong dalam MAT.

Manakala, penglibatan tentera dalam mengendalikan hal ketenteraman awam, mereka akan guna POPO - (akta yang menyentuh hal ketenteraman awam).

Sayugia dinyatakan bahawa, ATM hanya akan HANYA akan TERLIBAT dan berperanan JIKA ada kes ketenteraman awam yang PDRM TIDAK DAPAT KENDALIKAN. Mungkin saiz ANCAMANnya besar atau berteraburnya pengurusan PDRM. Begitu juga jika ada keputusan eksekutif {baca PM & Kabinet} bahawa negara negara ini akan diperintah oleh tentera atau oleh MAGERAN sebagaimana kejadian dalam tahun 1969.

Tak tahulah kalau ada sebarang rombakan Akta Angkatan Tentera nanti di Parlimen!! Itupun, ambil masa, silap-silap hingga 2010 pun tak siap lagik.