"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 12, 2008

Anwar enggan sebut tarikh tubuh kerajaan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak mahu lagi mengulas mengenai tarikh baru yang ditetapkan bagi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).



Ketika ditanya pemberita, beliau berkata: "Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai...kita akan menyaksikan perubahan".



"Kalau rakyat mahukan perubahan... tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan," katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu di sini.



Di Kota Baharu Jumaat lepas, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.



Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

-mSTAR Online

No comments: