"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 12, 2008

Laluan Alternatif Untuk Pengguna LDP Dikaji

SEPANG, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya sedang mengkaji cadangan untuk menyediakan laluan alternatif bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebagai usaha mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya itu.

Menterinya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata perkara itu telahpun dibincangkan dengan PLUS Expressways Berhad (PLUS) dan cadangan laluan alternatif itu dikaji dan dipertimbangkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), selain turut dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk diteliti.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang di sini hari ini, Ketua Umno Bahagian Sepang itu berkata penyediaan laluan itu perlu memandangkan tahap kesesakan di lebuh raya itu berada di tahap yang teruk terutama di sekitar Plaza Tol Sunway dan Sungai Penchala yang sudah dikategorikan sebagai 'E' iaitu paling teruk.

Katanya jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya itu juga melebihi tahap optimum iaitu 120,000 kenderaan sehari.

Menjawab soalan mengenai perkembangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa kedua, Mohd Zin berkata pakej kedua antara Jabor ke Telemong yang membabitkan laluan sejauh 180 kilometer dijadualkan siap menjelang Mei 2011.

"Projek pembinaan LPT berjalan lancar, cuma dalam proses penjadualan semula di mana kontraktor diberi tempoh tambahan 12 bulan untuk menyiapkan projek berkenaan akibat kenaikan harga bahan mentah.

No comments: