"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 12, 2008

Mukhriz 32, Khairy 16, Khir 10, Zahidi 1

6.40 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Keningau, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua. Reezal kini memperolehi 27 pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.



6.30 petang Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Batu Pahat yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini memperolehi 30 pencalonan dan telah melepasi tahap kelayakan bertanding (29 pencalonan).



6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Sepang yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.



5.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-10 dari bahagian Sungai Siput, Perak, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.



5.10 petang Datuk Mukhriz mendapat pencalonan ke-32 dari bahagian Beaufort, di Sabah untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.



pencalonan terkini mukhriz dan khairyMukhriz mendapat 72 undi dan Khairy Jamaluddin (6 undi) manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (10). Reezal dipilih sebulat suara.



4.05 petang Datuk Mukhriz mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Gombak untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Kini beliau mendapat 31 pencalonan.



3.50 petang Datuk Zahidi Zainul Abidin mendapat pencalonan pertama bagi jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Padang Besar, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.



Zahidi adalah ketua Umno Padang Besar dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis.



3.45 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-17 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Johor Bahru, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.



3.30 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-16 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Bayan Baru, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.



3.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan satu lagi pencalonan dari bahagian Padang Serai untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.



Dengan itu, sehingga hari ini, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno, mendapatkan 30 pencalonan.



Manakala ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sehingga ini mendapatkan 15 pencalonan, termasuk pencalonan terbaru di bahagian Parit Buntar.



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mendapat sembilan pencalonan.



Hari ini beliau mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Langat dan Hulu Langat - kedua-duanya di Selangor.



Bagi jawatan naib ketua pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih kekal dengan 27 pencalonan.



Bagaimanapun, seorang lagi calon, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapatkan empat pencalonan hari ini.



Dengan itu, beliau sehingga ini, mendapat 22 pencalonan untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda.



-malaysiakini

No comments: