"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 22, 2008

DUN Penanti Diisytihar Serambi Mekah Utara

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.

Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.

baca selanjutnya di [sini].

8 comments:

mangchikla said...

Alhamdu lillah. Fuuuishh! ingat tadi kat kpg seghonok!!! Kot jadi lagu tu (takkan lagu p ramli,muekekek), sakan la depa naaa....

mangchikla said...

Cek lupa nak tanya.. awat pagi tadi takleh masuk website. depa bagi "404 Error".ingat kot dah kena "hack" ka plak...

Anonymous said...

mudah kita orang melayu dan islam cair dengan pujian.

apa nak jadi serambi mekah kalau sesama melayu dan islam pun kata kafir?

lim guan eng main propaganda kita dah tabsub...

mangchikla said...

Al hamdu lillah "Puji pujian kepada Al Lah"...

Pembekal Induk Cacing said...

Lupakan politik jap....


Sikit promosi utk peminat induk cacing.

Syarikat saya Eko Harro Agrotech menawarkan cacing dengan harga yang lebih murah dari pelbagai jenis baka seperti Lumbricus Rubellus, Esenia fetida, dan African Night Crawler.

Sila datang segera sementara stok masih ada.

http://indukcacing.blogspot.com

Unknown said...

Kalau yangbaik tu terima je lah...tak nak berperangsangka buruk lagi...Kita kan ada kitab mulia boleh dijadikan rujukan...Kalau LimGE boleh laksanakan tu kira baguslah..Ikut dan setuju bukannya bermaksud taksub..!!!Jangan jadi macam puak keris...dah jelas menyamun berbillion ringgit duit kerajaan/rakyat pun tak dak bunyi apa pun..tunggu anak bini dirampas pun belum tentu lagi bergerak...dok syok ngan slogan ketuanan...tak sedaq depa kena tendang ngan kaum puak sendiri..yang dok menyamun tu...

Anonymous said...

Orang2 melayu yang mengaku islam sedang sibuk berebut jawatan sambil menaburkan fitnah tanpa memikirkan kesejahteraan ummah.. malu nya aku sebagai seorang melayu berugama islam..

keris_warisan010 said...

Biasalah tu .....nak menarik perhatian Umat Melayu. Mulut manis di hatinya Tuhan saje yang tahu.

Kepada Umat Melayu jangan terlalu mudah dibeli dgn kata-kata manisnya.
Ekonomi dan Kuasa di tangan mereka sekarang ni. Fikir-fikirlah........