"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 22, 2008

Usaha sistematik singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?

kemaskini 2:53pm Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej."

"Kami bimbang perkara yang sama akan terus berulang dari satu generasi (pelajar) ke satu generasi yang lain sehingga ia menjadi satu permainan yang yang cukup menyeronokkan bagi sesetengah pihak," katanya, mengulas dua pelajar cemerlang UPM, seorang daripadanya exco PMIUPM, yang dibuang dari Kolej Tun Perak minggu lepas.

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti.

"Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi, yang dibuang kolej kediaman pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana.

Beliau, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco PMIUPM, muncul di depan ramai seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Kedua-duanya yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Safwan menyebut beberapa kes pembuangan kolej yang melibatkan anggota dan pemimpin PMIUPM.

Pada sesi semester 2006-2007, tiga exco wanita persatuan itu didakwa dikenakan tindakan "tanpa alasan yang kukuh.

"Sesi berikutnya, kata Mohd Safwan, seorang exco persatuannya Nor Fathiah Daud "dibuang kolej pada hari pendaftaran kemasukannya di Kolej Mohamad Rashid padahal segala urusan pembayaran yuran dan pemberian kunci bilik telah selesai."

"Sebelum itu, beliau dibuang dari Kolej Pendeta Zaaba tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Presiden PMIUPM sesi lepas Mohd Shukri Fahmi Shukor dan seorang exconya Mohd Sulhi Waqiyuddin "dibuang kolej sebaik sahaja memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan alasan 'setelah maklumat pelajar dikemaskini, nama anda didapati tidak tersenarai untuk tinggal di kolej ini'."

"Kes-kes ini hanyalah secebis daripada episod sedih yang menimpa ahli PMIUPM. Banyak lagi kes-kes yang kami tidak sebut di sini," kata Mohd Safwan.

"Melihat kepada kes ini yang saya sifatkan sebagai menjadi-jadi dan semakin melampau, saya sebagai presiden baru PMIUPM, ingin membuat satu dimensi baru dengan mengambil keputusan nekad untuk mendedahkan kes ini ke pengetahuan umum dengan harapan nasib kami dapat dibela.

"Inilah realiti sebenar yang terpaksa kami hadapi sebagai mahasiswa."

Mohd Safwan menyeru ahli politik dan NGO memberikan "pembelaan" berhubung nasib yang mereka alami.

"Kehadiran kami di kampus hijau ini bukanlah untuk dianaktirikan, tetapi mengharapkan tunjuk ajar bagi kami memimpin masyarakat pada suatu hari nanti," tambahnya.

-malaysiakini

1 comment:

Unknown said...

Itu lah hasil usaha mereka yang suka 'menyalak' ketuanan melayu...mereka menggunakan kedudukan untuk menindas sesama kaum yang cintakan pada Islam...mereka lupa bahawa hanya Islam yang akan mengekalkan bangsa mereka....dari hanyut...