"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 15, 2008

Hang Jangan Wat Malu Malaysia Strawberry..!

NANNING (Guangxi, China), 14 Okt (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek tiba di sini pada Selasa untuk melakukan lawatan kerja empat hari, termasuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri yang bertanggungjawab bagi penerangan dan media dari Asean serta China, pada Khamis ini.

Lepas aku tengok debat Strawberry dengan DSAI haritu aku macam jadik sikit "phobia" dan ada jugak sikit "teruja" nak tengok debat atau forum yang dihadiri oleh Mat Strawberry ni... bukan apa... seronok tengok menteri penerangan menonjolkan sifat-sifat Raja Lawak dengan jawapan-jawapan dan ulasan-ulasan yang 190' lari dari soalan asal dan topik perbahasan...

Bukan senang nak carik menteri yang "Berani" macam Strawberry ni... tanpa ilmu yang cukup, mamat ni masih berani berdebat walaupun apa yang kaluar dari mulut "menteri" ni langsung tak de kena mengena dengan tajuk...

Ni mamat Strawberry dah sampai ke negara China... harap-harap mamat Strawberry tak buat lawak dekat sana... aku risau jugak kot-kot menteri-menteri China bincang pasal lain, Mat Strawberry pulak ulas pasal lain...

Walau macam manapun "performance" strawberry kat sana nanti, aku yakin penyokong-penyokong Barisan Nasional pasti akan kagum dengan "KEBERANIAN" Strawberry menghadiri mesyuarat kat China... hangpa percaya dak?

No comments: