"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 02, 2008

Isu roboh kuil: Kerajaan Selangor bincang dengan jawatankuasa kuil

SHAH ALAM 1 Okt. — Kerajaan Selangor akan berbincang dengan jawatankuasa Kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang yang dirobohkan baru-baru ini bagi menentukan lokasi yang lebih sesuai untuk membina semula kuil itu.



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bukan prinsip kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat untuk merobohkan tempat ibadat dengan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri sangat menghormati agama dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di negara ini.



“Kita juga akan beri peringatan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mereka menjaga selia tempat ibadat dengan lebih tertib dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka kerajaan Selangor di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.



Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kuil terbabit pada 19 Sept lepas yang mengundang bantahan daripada masyarakat India, MIC, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S.Manikavasagam yang mengugut untuk keluar parti jika tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Selangor berhubung isu itu.



Ditanya sama ada beliau akan mengenakan tindakan terhadap kakitangan MPAJ yang merobohkan kuil itu, Abdul Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungwab melakukannya jika perlu.



“Bagaimanapun saya perlu menyiasat terlebih dahulu. Mungkin mereka ada alasan yang sangat kuat kenapa mereka perlu merobohkan kuil itu tetapi untuk kebaikan semua pihak kita akan mempastikan mereka memberi penjelasan berhubung tindakan mereka itu,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, rakyat Selangor perlu bersedia berhadapan dengan masalah ekonomi dunia berikutan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat. Katanya, tidak betul untuk mempercayai bahawa masalah ekonomi dunia hanya berpusat kepada Amerika Syarikat sahaja kerana tempiasnya pasti turut dirasai oleh negara ini.



“Saya juga berharap kerajaan Malaysia akan mempastikan bahawa wang simpanan rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan keadaan ekonomi pada masa ini,” katanya.

No comments: